Sunday, December 21, 2008

Sardine Roll




Baru-baru ni buat sardine roll sikit untuk bekal masa nak pergi zoo taiping. Ada juga masak nasi lemak, sandwich tuna. Kena juga buat roll ni sebab ada anak dara saya tu tak makan roti, kesian lak kalu orang lain makan roti, dia tengok je. Banyak juga masak, bila sampai penang, malam tu makan je nasi lemak yang ada. Plannya nak berpicnic di taman tasik taiping lepas pusing zoo, tapi elok je turun tram di zoo, hujan turun. So, picnic di penang je la.

Dulu pernah buat, tapi tak ingat sukatannya. Resepi ni dapat dari majalah Saji Januari '09, tapi modify sikit ikut citarasa, jadi jugak la...

Resepi Sardine Roll

Bahan
untuk kulit:

300 gm tepung superfine/all purpose flour
200 gm butter
75ml air
6 gm garam

untuk inti:
1 tin isi ikan sardine - buang tulang dan di hancurkan halus
1 biji bawang besar - cincang halus
1 biji limau nipis - ambil perahan airnya
Sedikit garam dan serbuk pepper

2 biji kuning telur - untuk sapu di atas

Cara:
1. Satukan tepung dengan butter. Ramas hingga jadi serbuk roti.
2. Masukkan air dan gaul hingga jadi doh. Biarkan adunan 15-20 min.
3. Untuk inti, Campurkan isi ikan sardin, garam, bawang besar, perahan limau nipis dan pepper, gaul rata.
4. Canai doh tadi setebal 0.3 cm dan potong segi empat panjang.
5. Isi inti sardin dan gulung memanjang.
6. Kelarkan sedikit diatas gulungan sardin tadi dan sapu kuning telur.
7. Bakar pada 170C selama 20 minit hingga masak.

Saturday, December 20, 2008

Chocolate Chips


Sedia untuk dimakan.


Belum masak lagi.

Ni nak clearkan bahan-bahan yang dah ada sebelum anak-anak mula sessi sekolah nanti.
Resepi ni asalnya dapat dari internet di Koleksi resepi diana, tapi saya modify sikit, tambah ground hazelnut sikit. Sedap!!

Chocolate Chips

250 gm butter
1 cup castor sugar - 170 gm
1 cup brown sugar - 170 gm
2 eggs
1 tsp vanilla
2 1/2 cup oatmeal - 225gm
2 cup flour - 246gm
1/2 tsp salt
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
300 gm choc chips
200 gm walnuts - chopped
ground hazelnut

1. Mix butter, sugar & brown sugar. Beat till soft.
2. Add eggs & vanilla, beat well.
3. Ground oatmeal. ( Not too fine, a bit coarse should be ok)
4. Mix oatmeal with dry ingredients.
5. Add to batter, add choc chips & nuts. Mix well.
6. Bake at 170 C for 18 min.


Dendeng Daging


Lauk dendeng yang telah siap dimasak.


Hirisan daging yang telah direbus separuh masak, dan telah ditumbuk nipis dan diperap dengan kicap manis.


Perapan daging yang telah digoreng sebentar.

Selalunya, saya buat lauk ni kalau ada banyak daging lembu, lebih-lebih lagi selepas raya korban, kalau banyak dapat daging.

RESEPI DAGING DENDENG

Bahan:

1 kg daging - potong besar
400 gm bawang - dihiris
semangkuk cili mesin - dlm 200 gm
sedikit kicap manis

Cara:
1. Rebus daging separuh masak dan hiris nipis 1/2 cm, lepas tu tumbuk jadi nipis lagi.
2. Perap daging dengan kicap sekurang-kurangnya 2 jam. Lepas tu goreng sebentar, jangan garing.
3. Guna minyak yang sama goreng bawang hingga garing, masukkan cili mesin gaul hingga cili garing/ pecah minyak..
Tambah kicap.
4. Masukkan daging, gaul rata sebentar dan angkat.

Friday, December 19, 2008

Kerabu & pecal



Dah lama tak buat kerabu sotong ni. Since semua bahan ada, so projek pun jadilah..

KERABU SOTONG

Bahan:

Sotong
Bawang besar ]
bawang putih ] hiris nipis
daun limau purut ]
serai ]
limau nipis
carrot potong panjang
tauge - buang ekornya
sedikit garam

Cara:

1. Bersih sotong, hiris nipis & rebus sebentar.
2. Toskan sotong rebus tadi, biarkan.
3. Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, gaul rata.
4. Perahkan air limau nipis keatas semua bahan tadi.
5. Masukkan sedikit garam, ikut rasa, dan gaul rata.




One of my favorite dish. Kalau makan ni je dah kenyang, tak payah makan nasi. Semua ada, protein, carbo & fat (dari kuah kacang tu).

Bahan nya simple je, ikut selera. Boleh di campur apa-apa ulam-ulaman.
Saya letak daun cekur hiris, daun kaduk dan tenggek burung, serta kacang panjang (semua ada tanam kat belakang rumah) dan tauge. Tauhu dan tempe tu di potong kecil dan goreng.



Kuah kacang ni guna yang ready made je..Agak malas sikit nak bersihkan kulit kacang goreng tu.
Selalunya saya guna kuah pecal 'masri', sedap juga. Nanti kalau rajin, boleh buat kuah sendiri.

Balik Kampung


Bangsal lembu pok teh dan kawasan padang tempat sembelih. Nampak tak batang kayu yang telah di pancangkan.

Sementara berehat selepas sembelihan pertama. Sebahagian melapah dan separuh lagi tolong sembelih. Semua di uruskan oleh orang kampung disitu.

Suasana selepas sembelihan selesai.

Aidil Adha baru ni, kami balik ke Kuantan. Pagi-pagi raya lepas subuh, bertolak ke kerteh untuk majlis korban di rumah pok teh seng' (husin). Cepat juga mereka uruskan 3 ekor lembu, mula dari jam 10-12 tgh hari dah siap dah. Mok wa korban 1 ekor lembu, 7 bahagian untuk anak2 & menantunya. Lembu-lembu tu di bela oleh pok teh.
*******************************************

Balik dari gebeng, sebesen dapat pauh muda (mangga muda) untuk dibuat jeruk.

Ni ada anak bujang saya dok teringin nak makan kuih puteri mandi. Buat warna merah dan hijau, ceria sikit!



Resepi Puteri Mandi

Bahan

2 cawan tepung pulut
1 sudu teh garam
1 cawan air (perahan daun pandan)
1 1/2 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan gula - ikut rasa
2-3 helai daun pandan
pewarna merah dan hijau

Cara:

1. Larutkan garam dengan air perahan pandan.
2. Campurkan air pandan dengan tepung pulut, sedikit-sedikit sehingga tepung tidak melekat ditangan atau mangkuk. Bahagi dua, satu diletak warna merah dan satu hijau.
3. Didihkan sedikit air dalam periuk untuk merebus kuih.
4. Bulatkan adunan tadi sebesar guli dan picit ditengah.
5. Masukkan doh yang telah digentel tadi kedalam air mendidih.
6. Bila doh timbul, angkat dan masukkan kedalam bekas. Buat hingga semua doh habis digentel.
7. Masak gula dengan 1 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
8. Masukkan kelapa parut putih dan padam api.
9. Campurkan doh yang telah direbus tadi dengan kuah airgula bersama kelapa parut didalam satu bekas.
10. Siap untuk di hidangkan.






Di gebeng, mangga muda di panggil buah pauh. Diatas tu gambar dari buah pauh, di belah dua, dihiris ke saiz yang di gemari & hirisan mangga yang telah direndam dalam larutan air garam untuk menghilangkan getah dan air masam buah pauh. Resepi ni belajar dari mok tua (mertua) saya yang di panggil 'mok we' oleh cucu-cucunya.

Jeruk Mangga

Bahan:

Sepeket Garam
Gula 1 kg

Cara:
1. Bersihkan buah pauh/mangga muda hingga bersih.
2. Belah dan buangkan bijinya. Hiris mangga ke saiz lebih tipis.
3. Larutkan garam dalam besen berisi air. Rendamkan hirisan mangga tadi hingga tenggelam. Jika tak cukup, boleh tambah garam lagi. Biar semalaman.
3. Mangga boleh dicuci jika kulitnya telah bertukar warna sepenuhnya. Getah masam dah keluar. Jika tidak, balikkan dan rendamlagi hingga keseluruhan warna kulit mangga dah sekata,
4. Cuci dan toskan airnya.
5. Didihkan air bersama gula untuk mendapatkan larutan gula yang pekat. Sejukkan.
6. Tuangkan air rebusan gula tadi ke dalam botol dan masukkan hirisan mangga yang telah di toskan tadi hingga penuh.
7. Simpan dalam peti sejuk dan selepas sehari, boleh di makan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...