Friday, June 25, 2010

Alya's Birthday


This is a belated entry. Alya's 8th birthday was on 10th May. She choses the sprinkles plus the deco for the toppings, as usual, the color pink aka princess theme. Can you read the lettering on the cuppies? These were a big hit for the kids.

Mee Ladna


This is one of my favorites. While blog hopping, found this recipe on the net at Ika's.


Tq ika for sharing this delicious recipe.


LADNA

Bhn A
  •  Kue teow  - 1 pkt
  • 4tbs Minyak masak
  • 1tbs  Kicap manis

Bhn B
  • 1 cwn Dada Ayam/daging dpotong nipis
  • 3 tbsp Tepung ubi/jagung>>guna 1tsp tuk perap dan 2sb untuk dcampurkan dgn air.
  • 1 tsp Maggi seasoning - saya tak guna

Bhn C
  • 1 tbsp Bawang putih - dicincang
  • 1 tsp Tauchu - tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 tbs Sos ikan 
  • 1 tbs Sos Tiram
  • 1 tbs gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 tbs lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
Cara2:

Bahan A
Panaskan minyak dlm kuali, masukkan kue teow yg telah drendam dan d toskan, masukkan kicap pekat td gaul hingga warna kicap sekata, angkat dan ketepikan.

Bahan B
Gaulkan 1sb tepung jagung bersama daging td bersama 1sb seasoning maggi sampai sebati ketepikan. Biar terperap lebih kurang 10 min.

Bahan C
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, selepas itu masukkan tauchu dan kacau lagi dan masukkan bahan B kacau sehingga daging masak, masukkan udang atau sotong dan kacau lagi, kemudian masukkan lobak merah, fresh shiitake, btg kailan dan baby corn kacau seketika dan masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih dan masukkan pula sos tiram, sos ikan selepas itu tunggu sehingga sayur lembut dan masukkan daun kailan pula perasakan mana yg kurang dan masukkan telur yg telah d kocok td, dan akhir sekali masukkan 2 sb lebihan tepung jagung yg telah dbancuh dgn air, kacau sehingga kuah pekat, matikan api. Masukkan kue teow yg telah dgoreng td kedalam pinggan dan curahkan kuah td ke atas kue teow yg telah dgoreng td.. sedia untuk dhidang, boleh dmakan bersama dgn lada jeruk atau powderkan dgn lada putih td, selamat mencuba! :-)

Koleksi Sayur

SAYUR CAMPUR GORENG

Bahan-Bahan:
100 gm brokoli
100 gm bunga kubis
100 gm cendawan segar
10 batang kacang buncis
5 batang putik jagung
1 batang carrot kecil
100 gm isi ayam [hiris nipis dan kecil]
100 gm udang segar kecil [buangkan kulit]
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ]mayang
2 biji cili merah ]
1 sudu besar sos tiram ]
2 camca teh tepung jagung ]
1 cawan air rebusan ayam ] bancuhkan
garam
daun bawang bawang

Cara:
1. Potong sayur mengikut kesesuaian.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan lembut dan masak.
4. Masukkan putik jagung carrot, kacang buncis, garam dan udang. Gaulkan rata.
5. Bila dah agak lembut masukkan bunga kobis dan brokoli dan juga air rebusan ayam, sos tiram & tepung jagung.
6. Bila dah mendideh masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.

GORENG KACANG PANJANG  & CARROT

bahan
5 batang kacang pannjang [potong pendik]
1 batang carrot kecil [potong panjang]
3 kelopak kobis panjang atau kobis biasa
2 keping tahu putih [potong kecil]
100 gm udang hidup [buangkan kulit]
3 ulas bawang merah ]
1 ulas bawang putih ] mayang
1 biji cili merah ]
minyak untuk tumis
garam
air sikit

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang.
2. Masukkan udang, kacang dan carrot.
3. Masukkan kobis dan garan serta sedikit air.
4. Kacau rata dan tutp sebentar.
5. BIla nampak sayur layu bolehlah dihidangkan.

SALAD RENGKAS

bahan
daun salad
tomato
bawang besar
timun
lada kapsikum
telur rebus
sedikit gula
cuka dan minyak jagung

cara
1. Rendamkan salad dalam air dan toskan.
2. Potong tomato, bawang, timun , cili kapsikum dan elur rebus.
4. Susunkan sayur dalam pinggan hidangan.
5. Gaulkan gula, garam. minyak jagung dan cuka. Tuangkan atas sayuran

SAYUR REBUS BAYAM DAN KELEDEK

bahan
250 gm bayam hijau
100 gm keledek
1 s/b udang kering
1 biji cili merah ]
secubit belacan ] tumbuk hancur
1 labu bawang besar [mayang]
garam
air secukupnya.

cara
1. Daun bayam dan keledek di potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun bayam dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan daun bayam dan biarkan mendideh semula.
4. Rasakan garamnya dan hidangkan.

GULAI CILIAPI PISANG MUDA

Bahan-bahan
1 sikat pisang muda [pisang emas/lemak manis]
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam

Bahan mesin
15 biji ciliapi 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis. R
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidangkan.

PAJERI BOMBAY NENAS aka TUMIS AIR SAYUR NENAS

Bahan-Bahan:
1 biji nenas yang sederhana besarnya
1 biji carrot kecil [ hiriskan kecil]
2 sudu besar gula
3 biji cili merah [hiriskan]
2 biji cili hijau [hiriskan]
1/2 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukup rasa minyak untuk menumis

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar [mayangkan]
2 ulas bawang putih [mayangkan]
1 inci halia [mayangkan]


Cara:
1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air,gula dan garam.
4. Bila telah mendideh masukkan nenas, cili merah dan hijau.
5. Biarkan mereneh sehingga mendideh dan rasakan garamnya.
6. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.

SALAD SAYUR MAYONIS

Bahan Sayuran [hiriskan]
Salad lectucce
timun
bawang besar
kobis manis
carrot
tomato

Sos Mayonis [kacau rata]
1 cawan mayonis
1/2 cawan air sejuk [cold ice water]
2 biji jus limau kasturi
1 s/k lada hitam [kisar]

1. Gaulkan semua bahan supaya semuanya terkena mayonis.
2. Sejukkan sebelum dihidangkan.

GORENG KAILAN DGN BAWANG PUTIH

Bahan
500 gm sayur kailan [potong kecil]
100 gm udang [buangkan kulit]
1 s/b sos tiram
minyak


Bahan tumbuk kasar
10 biji ciliapi
5 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukkan sayur kailan, sos tiram. Kacau rata.
4. Biarkan sebentar dan angkat.
5. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

SUP SAYUR SIMPLE

Bahan
1 batang celery (bukan daun celery)
1/2 biji cili hijau capsicum
2 helai daun kobis panjang
1 biji tomato
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam [hiriskan kecil dan nipis]
1 cm halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
daun sup

Cara
1. Potong kecil semua sayur.
2. Rebus semua bahan dlm periuk kecuali daun sup.
3. Masukkan garam untuk memberi rasa dan biarkan mendideh

PAJERI NENAS

Bahan
1 biji nenas
3 s/b rempah kari ikan [bancuh ngan air sikit]
3 s/b kerisik
2 s/b brown sugar atau gula biasa
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
1/2 cawan minyak
garam

Bahan tumbuk
1 labu bawang besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 paket udang kering

Bahan tumis
5 biji bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Nenas dibuangkan kulit dan matanya. Potong kecil.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumis  dan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuhkan. Kacau rata.
4. Masukkan nenas  sambil dikacau rata. Masaklah hingga naik minyak.
5. Masukkan santan, gula, garam  dan kerisik.
6. Biarkan reneh sampai mendideh dan pekat dan naik minyak.
7. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

KERABU NANGKA

bahan
Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah [mayang]
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam

Cara membuat
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan

JELATAH atau KERABU NENAS

bahan
1 biji nenas muda
2 biji timun
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan kacang tanah goreng [tumbuk ]
gula
garam


bahan tumbuk/mesin kasar
5 tangkai cili merah
2 s/b udang kering
2 ulas bawang merah
1 cm belacan

cara
1. Nenas dan timun dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sedikit garam
3. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan kemudian hidangkan.

TUMIS SAYUR PETOLA

Bahan
2 batang petola [buangkan kulkit dan potong kecil dan nipis]
1 batang kecil carrot [ptong kecil]
1 biji cili merah [hiriskan]
sedikit udang segar [buangkan kulit dan bersihkan]
sedikit air
minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan  minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukan petola, carrot, garam dan air. Biarkan mendideh.
4. Masukan cili merah hiris dan kacau rata.
5. Bila dah nampak layu boleh hidangkan.

GORENG BERLADA KACANG PANJANG

Bahan
300 gm kacang panjang [potong serung & pendek]
garam
minyak

Bahan tumbuk
100 gm udang hidup/segar atau  50 gm udang kering [tumbuk]
5 biji cili hidup
10 ciliapi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk  sehingga wangi.
2. Masukkan udang hidup atau udang kering.
3. Masukkan kacang dan garam. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan

GULAI CILIAPI REBUNG DAN DAGING/PERUT

Bahan-bahan
500 gm rebung jeruk
300 gm daging [potong kecil]
3 cawan santan pekat
12 batang serai [ketuk]
2 cawan air
garam

Bahan Mesin
20 biji cili api
3 ulas bawang kecil
2 cm kunyit hidup

Cara Memasak
1. Masukkan bahan mesin, serai, daging , rebung dan air dan didehkan perlahan sehingga daging lembut.
2. Bila dah mendideh dan daging lembut masukkan santan dan garam.
3. Kacau supaya tidak naik minyak dan bila dah nampak pekat/elok masak boleh tutup api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

GORENG SAYUR TAUGEH & TAUHU
Bahan-bahan
2 keping tahu [potong kecil]
300 gm taugeh
100 gm daun kucai
1/2 batang carrot [potong kecil dan halus]
100 gm udang hidup
2 s/b air
3 s/b minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan tahu dan gorengkan supaya agak garing.
3. Masukkan carrot dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh, daun kucai,  cili dan sedikit air. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan.

MASAK LEMAK KUNING UMBUT KELAPA

Bahan
1 mangkuk umbut kelapa [hiris nipis dan rendamkan air supaya tidak jadi merah/lebam]
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar [hiris nipis]
1 biji merah [hiris]
ikan bilis
garam

Cara
1. Masakkan umbut kelapa, santan cair, ikan bilis, bawang besar, garam  dan cili merah sehingga umbut lembut dan mendideh.
2. Masukkan santan cair dan sentiasa kacau santan supaya tidak pecah minyak.
3. Bila mendideh, boleh tutup api dn hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng

GORENG SAYUR KACANG BOTOL

Bahan
kacang botol [hiris serung dan nipis]
sedikit kobis [hiriskan]
udang segar [buangkan kulit]
bawang kecil [hiriskan]
bawang putih [hiriskan]
cili merah [hiriskan]
minyak
air
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan udang sampai wangi.
2. Masukkan sayuran dan  cili merah dan sedikit air.
3. Kacau rata dan masukkan garam.
4. Bila sayur telah agak lembut boleh tutup api dan hidangkan.

NOTA:
Jika suka pedas, boleh tumbukkan beberapa cili merah dan tumiskan bersama sengan sayuran kacang botol tu.

ASAM REBUS KELADI

Bahan
Keladi
asam keping
ikan bilisdaun kesum
air secukupnya
garam

Bahan mesin
5 biji cili kering
1 s/b lada hitam
3 ulas bawang merah
secubit belacan [jika suka]

cara memasak
1. Keladi dibuangkan kulitnya dan basuh. Jika ada ubi dibuangkan kulitnya dan potong kecil.
2. Rebuskan keladi dan ubi bersama dengan garam dan asam keping sehingga mendideh.
3. TBuan gkan air rebusan dan lalukan air paip. Toskan sehingga kering.
4. Masukkan bahan mesin, keladi, asam keping yg baru, ikan bilis, air secukupnya dan garam.
5. Masakkan sehingga mendideh dan masukkan daun kesum.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Bolah dihidangkan dengan nasi biasa atau nasi ulam.


SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK- diana

]Bahan-bahannya
3 paket cendawan tiram, dibersihkan
2 paket jagung muda, dibelah dua
1 biji kentang, dipotong panjang
1 ikat su'un, direndam
4 ekor udang, dibersihkan
1 kotak santan
2 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
6 batang cili padi Thailand
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan

Cara-caranya
1.  Masukkan kentang dan bahan yang telah dikisar dalam periuk bersama 2 cawan air dan masak sehingga kentang empuk.
2.  Bila kentang sudah empuk, sederhanakan api dan masukkan jagung, su'un dan juga udang berserta garam dan serbuk perasa.
3.  Setelah jagung setengah masak, masukkan cendawan tiram dan tuang santan.  Jika kuahnya kurang boleh masukkan sedikit air lagi.  Rasa kuahnya jika kurang garam boleh tambah.  Bila kuah mendidih, boleh tutup api dan jangan tutup periuk kasi kuah sejuk baru tutup takut cendawann terlalu layu.

Nota:  Boleh juga letak karot yang dipotong serong, dan jika mahu bila kuah telah mendidih boleh pecahkan telur dan biarkan telur itu masak, baru boleh dihidangkan.

Cendawan Masak Sup-maklang

Cendawan
Tahu
Karrot
Fishball
Bwg putih - diketuk
Kiub ayam
Sos tiram
Lada sulah
*boleh letak sayur2 lain jika suka

Tumis bwg putih, masukkan air.Then, masukkan bhn2 yg lain tu n last sekali cendawan.

SUP SAYUR CAMPUR STYLE DIANA

Bahan-bahannya
1 biji kobis yang sedang besarnya, dipotong selebar 2 inci
1 paket jagung muda, dibelah dua
1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut citarasa
2 biji kentang, dibelah empat
4 biji telur
1 ikat su'un
4 ekor udang
6 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
bawang goreng

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
10 biji lada padi Thailand
2 cm belacan

Cara-caranya
1.  Bahan yang dikisar dimasukkan dalam periuk bersama air.  Masukkan kentang dan karot dan rebus sehingga empuk.
2.  Kemudian masukkan su'un, udang dan jagung muda.
3.  Masukkan pula sayur kobis dan garam.  Taburkan sedikit bawang goreng untuk perasa.
4.  Bila kuah telah mendidih betul, tutup api.  Pecahkan telur dibelah tepi periuk dan tutup rapat selama 10 minit.
5.  Bila telur telah masak, angkat hidangkan dan tabur sedikit bawang goreng.

Ulam Sambal Tempoyak

Bahan-bahannya:

Ditumbuk kasar :

10 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
2cm kunyit hidup
3 biji bawang kecil
10 ekor ikan bilis
2 sudu garam

Bahan lain :

2 batang serai (diketuk)
3 cawan santan (sederhana pekat)
1 cawan tempoyak
1 keping asam keping

Bahan untuk dihiris halus :

*Pucuk ubi kayu
*Pucuk ulam raja
*Pucuk kaduk
2 helai Daun kunyit
3 helai daun limau purut
Petai (buang kulit putih) - jika suka

* anggaran 50 sen- 1 ringgit

Cara membuatnya :

Masukkan bahan yang telah ditumbuk, serai, tempoyak dan santan didalam periuk.
Jerang kedapur, kacau sentiasa sehingga mengelegak.
Apabila santan mengelegak, masukkan kesemua ulam yang telah dihiris halus.
Kacau hingga daun layu. Biarkan seketika.
Angkat dan hidangkan.

Sup Cendawan Ala Kampung

Bahan-bahannya:

300gm oyster mushroom
1 helai daun kunyit (potong kecil)

3 biji bawang putih - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
10 ekor ikan bilis
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

Panaskan sedikit minyak untuk menumis didalam periuk.
Tumis bawang putih, bawang besar dan ikan bilis sehingga niak bau dan bawang layu.
Masukkan air untuk sup.
Masukkan garam secukup rasa. Biarkan kuah mengelegak.
Masukkan cendawan dan daun kunyit. Biarkan mengelegak seketika sehingga cendawan masak. Angkat dan hidangkan.

Kerabu Nangka/Jantung Pisang dengan Taugeh

Bahan-bahannya:

1 biji jantung pisang atau nangka muda (ikut selera anda)
200gm taugeh
3 biji lada besar
5 biji lada kecil (kalau tak mau pedas tak letak pun taka pa)
2cm belacan (dibakar dahulu)
sedikit garam
sedikit gula
2 cawan kelapa muda parut - untuk dibuat kerisik
1/2 cawan udang kering
5 biji bawang kecil  - dihiris halus
jus limau nipis (diperah dari sebiji limau nipis)

Cara membuatnya:

Jantung pisang / nangka muda direbus terlebih dahulu, potong kecil-kecil, tuskan dan ketepikan.

Taugeh, celur, tus dan ketepikan.

Lada besar, lada kecil, garam dan gula ditumbuk menjadi seperti sambal belacan.

Kelapa parut digoreng tanpa minyak - jadikan seperti kerisik dan ditumbuk sedikit supaya halus (jangan sampai keluar minyak)

Udang kering goreng tanpa minyak - dan ditumbuk halus.

Bawang - hiris halus halus.

Campurkan kesemua bahan didalam sebuah mangkuk dan tuang jus limau nipis. gaul hingga sebati dan boleh dihidangkan serta merta. Tambahkan garam atau gula mengikut kesesuaian rasa anda.

PERIA LADA HITAM

Bahan
1 biji sayur peria
2 biji telur
minyak
garam

Bahan tumbuk
1 s/b lada hitam
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Peria dibelah 2 dan buangkan biji. Hiris anggaran 1 cm tebal dan rendamkan dengan air garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Toskan peria dan masukkan dalam kuali. Kacau rata.
4. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau rata. Biarkan sekejap.
5. Kacau masakan dan masukkan garam.
6. Hidangkan.

KERABU MANGGA

Bahan hiris/cincang halus
6 biji mangga muda
1 labu bawang besar
5 urat kacang panjang
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai cili merah
6 bijii cili api

1/2 cawan kacang goreng [tumbuk kasar]
1 s/b gula
2 s/b sos ikan
7 biji limau kasturi [ambil jusnya]
2 helai daun salad
Garam secukup rasa

Cara:
1. Gaulkan semua bahan kecuali kacang tumbuk.
2. Masukkan pula kacang tanah.
3. Letakkan di atas pinggan yang telah dialaskan dengan daun salad.
4. Hidangkan dengan nnasi putih.

URAP KANGKONG DAN TAUGE
Sumber : Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa

Cara Cara
Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut, sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan. Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur, gaul rata dan terus matikan api.
Kangkong di celur satengah masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan gaulkan dengan kangkong dan tauge.

PANDUAN
Untuk mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll

Urap ini juga boleh dihidangkan dengan nasi putih berserta kacang tanah/ikan bilis goreng, serta tahu/tempe goreng. Hidangan nasi ini pula dikenali sebagai NASI BACAAN, dan lazat sekali jika dibungkus didalam daun pisang.

MASAK LEMAK CILIAPI PISANG MUDA

Bahan-bahan
1 sikat pisang muda [pisang emas/lemak manis]
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam

Bahan mesin
20 -25 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis.
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidang

Resepi Sup Sayur untuk berdiet


1 batang celery (bukan daun celery)
1/2 biji cili hijau capsicum
2 helai daun kobis panjang
1 biji tomato
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam [hiriskan kecil dan nipis]
1 cm halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
daun sup

Cara
1. Potong kecil semua sayur.
2. Rebus semua bahan dlm periuk kecuali daun sup.
3. Masukkan garam untuk memberi rasa dan biarkan mendidih

 Jika diamalkan makan sup ini selama seminggu ( Tanpa makan nasi dan lauk lain ) , insyaAllah boleh turun berat badan dengan cepat.

Petikan: Melayu.com
Tom Yam Poh Teh
Sumber: Majalah Anis Jun 1999

Sepotong ikan siakap
10 ekor udang
200 gm sotong
3 biji tomato
2 biji bawang besar (dimayang)
2 batang serai
2 helai daun limau purut
100 gm cendawan putih (dikoyak kasar)
Garam
Gula
Perahan air asam limau
2 keping hirisan lengkuas (dimayang)
10 biji cili api (ditumbuk kasar)
Daun ketumbar
Cara:
Jerang tiga sendul besar air.

Sementara itu, tumbuk serai. Bubuh dalam air bersama-sama daun limau purut. Biarkan mendidih.

Masukkan udang, sotong dan ikan.

Apabila mendidih masukkan tomato, bawang besar, cendawan dan lengkuas.

Masukkan garam, gula,perahan air asam limau dan cili api.

Hiaskan dengan ketumbar dan hidangkan.


Sup Sayur


1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

Kuih bungkus ubi

Found this recipe while blog hopping . I have eaten it once but the relative, a kelantanes, but she just put everything, the green and the white layer in a cake pan, and we just spoon it into a plate. It looks plain, but the taste is fabulous....to me ..I don't know why but I 'm craving for old traditional dish lately...getting old i guess...he..he

I just copy and paste this recipe from the owner.

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan A (anggaran)


  • 1 senduk gula - boleh ditambah atau dikurangkan

  • 1 ketul ubi kayu @ 300 gm - potong kecil dan buang urat tengahnya - blend dengan 3 cawan air

  • sedikit pewarna hijau atau pes pandan

  • sehelai daun pandan - disimpul
Bahan B

  • 3 cwn santan - dari sebiji kelapa

  • 3 sudu besar tepung beras

  • 1/2- 1 sudu kecil garam

  • sehelai daun pandan - disimpul

  • daun pisang secukupnya - layu dulu sekejap



Cara-cara


1. Blend ubi kayu dengan air sampai hancur, kemudiam masukkan dalam periuk (kalau boleh periuk non stick). Masak bersama dengan semua bahan A. Guna api perlahan saja dan hendaklan sentiasa dikacau. Rasa kalau kurang manis boleh la ditambah sedikit gula lgi. Masak sampai likat/kental (tapi bukan keras ye). Adunan yang telah masak akan bertukar menjadi warna hijau berkilat (adunan hijau ni rasanya manis)

2. Satukan semua bahan B kecuali daun pisang dan masak atas api perlahan sehingga mendidih dan pekat (pekat ala2 susu pekat gtuw, kalau tak pekat boleh tambah tepung beras 1 sudu lagi - jgn buat pekat sangat sbb bila sejuk dia akan jadi keras pulak) sambil dikacau selalu. Adunan santan ni rasa sedikit masin sebab nak bagi rasa lemak masin yang seimbang dengan rasa manis yang hijau tu.

3.Biar suam dulu, kemudian boleh lah dibungkus dalam daun pisang atau boleh juga dimasukkan dalam cawan atau bekas kecil. Tuang lapisan hijau dulu kemudiaan baru letak lapisan putih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...