Tuesday, October 19, 2010

Ala KFC Cheesy Wedges

Dah tiga hari budak kecik ni demam, kesian dia. Ni baru bangun nak makan cereal fruit loop, Egyptian version..he..he..
 
Resepi Ala KFC Cheesy Wedges

Bahan-bahan:

500gm frozen wedges
5 sliced cheese - yellow cheese ( lg banyak lg sedap)
1 tsp butter
1 tsp flour
1/2 cup fresh milk
2 tsp plain yogurt
mayonise

Cara:
1. Goreng wedges seperti biasa
2. Cairkan butter dalam non-stick pan dengan api kecil. Tambah tepung & kacau rata.
3. Masukkan fresh milk & kacau hingga pekat.
4. Masukkan cheese & kacau hingga cheese cair.
5. Masukkan yogurt, gaul rata.
6. Letak cheesy sauce & mayonnaise dalam dua separate piping bag.
7. Pipekan keatas wedges yang dah digoreng tadi. Sedia untuk di hidang.

Mee udang

Another favorite. Dulu kalau pergi penang, mesti cari mee udang. Now, kalau masak sendiri, puas sikit, boleh letak banyak udang. Original recipe dari Ika di bangkok tu, tapi dah saya modify sikit.

Mee udang

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning - 500gm
  • 2 ulas bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 15 tangkai cili kering - dikisar
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp udang kering
  • udang segar
  • 1 biji kentang
  • 2 biji telor - utk kuah
  • sayur sawi
  • garam
  • bawang goreng
  • daun bawang
  • telur rebus
** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:

  1. Rebuskan kentang, kulit udang & udang kering dalam periuk.
  2. Bila dah masak, keluarkan kulit udang. Kisar dan toskan air kisar kulit udang.
  3. Kisar kentang dan udang kering
Cara masak kuah:
  1. Tumis bawang merah & bawang putih yang dah dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar & tumis hingga garing.
  3. Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) & didihkan
  4. Masukkan bahan kisar dari **
  5. Masukkan udang & garam
  6. Bila dah cukup rasa, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah.
  7. Bila telur dah masak, tuangkan keatas mee kuning yang dah dicelur.
  8. Taburkan lada hiris, bawang goreng, telur rebus & limau.

Butir Nangka

Bubur ni boleh di warna-warnikan, tapi kurang rajin sikit kali ni. So , guna air pandan je, blender bebanyak. sedap dan wangi je, takpayah letak coloring.


Masak bubur macam ni, saya main campak-campak je. Sukatannya agak-agak je.

Sedikit tepung pulut.
santan pekat dari 1 biji kelapa
daun pandan - blender utk airnya.
biji sagu
gula melaka/manisan - ikut manis, dimasak dengan sedikit air dan daun pandan, tapiskan.

1.Bancuh daun pulut dengan sedikit air pandan dan garam, hingga adunan boleh dibentuk.
2. Rebus sedikit air dalam periuk hingga mendidih.
3. Gentelkan adunan tepung tadi kecil2, dan masukkan kedalam air rebusan tadi.
4. Bila dah habis, masukkan air gula yang dah ditapis, santan dan sagu biji, biar mendidih.

Kuih semperit ni Alya's favorite. Balik sekolah je, dia duk mengadap kuih ni. Resepi ada di SINI


Cookies post Raya

Sebenarnya, cookie ni ade buat for raya, but sikit je, for all the hungry tummies kat rumah tu. Plan nak buat sikit after raya jugak, then ade order pulak, so buat sekali lah.

Snow Almond cookie

SNOW ALMOND

Bahan A 
220gm mentega
1 tbsp shortening 
1000gm gula kastor
1 tsp esen kopi
1 biji kuning telor

Bahan B
220gm tepung gandum
50gm nestum - dikisar halus
2tbsp coffeemate
70gm tepung sagu/ubi
40gm badam kisar


Bahan hiasan
serbuk roti putih (white breadcrumbs)
sedikit coklat masakan - cairkan

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula kastor & shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi & kuning telur, gaul rata.
2.Satukan kesemua bahan B & masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit, gaul rata.
3. Bentukkan & bakar pada suhu 170'C selama 20 minit. Sejukkan.
4. Setelah sejuk, celupkan dalam coklat masakan, dan golekkan pula dalam serbuk roti putih.

Nota: Cookie ni bila dah dicelup & gaul dengan serbuk roti, jadi tebal sedikit, jadi, semasa dibentuk, buatlah agak nipis dan kecil sedikit. 

BISKUT SAMPAN - resepi asal dari Zaliana

Bahan-Bahan
125gm butter
75gm gula halus
2 kuning telor
200gm tepung gandum
1 tsp esen vanila

Inti:
1/2 cawan kismis hitam
1 cawankelapa parut kering
10 biji ceri merah - potong kecil
10 biji cerihijau - potong kecil
1/2 cawan susu pekat

Cara:
1. Satukan mentega & gula, pukul hingga kembang. Maukkan kuning telur & esen vanila, masukkan tepung sedikit demi sedikit., gaul rata.
2. Untuk inti, satukan semua bahan kecuali ceri.
3. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan sampan, tekan dengan jari. Kemudian masukkan inti. Susun ceri merha dan hijau diatasnya.
4. Bakar pada 170'C hingga masak.

This is my favorite kuih, other than tat nenas. Dah jarang jumpa kuih-kuih lama ni.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...