Friday, October 28, 2011

Belated posts


Dah lama tak update blog ni, almost a month since my last entry.
Ujian tuhan kembali menduga kami baru-baru ini. Chef of the house kena demam denggi pulak, admitted to the hospital for 4 days, dah lemah masa tu. Sebelum tu, 6 days demam tak kebah2, then whole body aches like crazy.....sakit ya amat, hanya tuhan je yang tau. Lost my appetite, then kena cirit-birit pulak. The kids yang kat rumah pulak, one by one demam. Keluar hospital, jaga the girls pulak yang demam. Alhamdulillah, I recovered fast. Untuk rawatan denggi di hospital, I was treated with painkillers and masuk drip. 2x sehari kena ambil darah, lebam2 tangan. Nasib baik platelet cepat naik, and no other blood problems. I was on homeopathy medicine once confirmed of dengue fever, dan dengan izinNYA, my platelet and wbc naik within 2 days. After 1 week discharged, baru kembali normal. BUT, kesannya, pada badan, takes weeks to get back my pre-dengue health condition.

Semoga kami diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang datang, yang pasti, kami redha, dan yakin bahawa Tuhan merencanakan yang lebih baik bagi kami nanti. Amiin.


Mee ladna on daddy's request, after I recovered from the car accident.

Resepi nya almost the same dengan mee hailam, except, letak telur sebelum dipadam api, jadi isi telur tu nampak lembut macam makan shark fin's soup.

Monday, October 3, 2011

Oreo Cheese cake revisited

Semasa syawal yang dah pun berlalu, ada dua orang in the family sambut birthday. Since ibu kemalangan di bulan ramadhan, dan during syawal pun masih belum betul 100% recover, tak dapat nak buatkan birthday cake. Kuih raya pun tak done. Ni kira belated birthday cake for everyone la kan. Sekejapan dah licin.

Original recipe ni copy & paste dari SINI. Tq for sharing.


OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-

  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan.
Bahan Filling:-
  • 16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor - buang tali pusatnya
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:-
  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. ( setelah setengah jam waktu membakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning )
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.
 Ini pulak special request by dearest hubby. Nak nasi impit, kuah kacang & rendang daging.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...