Friday, August 31, 2012

Kuih Putri Ayu

Ni salah satu menu iftar tempohari, tak sempat post masa ramadhan. Original recipe from here.


Kuih Seri Ayu

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 tsp ovallete
1 tsp  ~ saya guna air dari daun pandan kisar
pewarna hijau
kelapa parut putih ~ campur dgn sikit tepung gandum, 1tsp baking powder dan garam

Cara-cara

1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati
3. Isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Petua untuk kuih yang lembut dan gebu:
~ pukul dulu telur hingga berbuih, baru masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru masukkan ovallete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovalette tidak kelihatan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yang lain.
~ sapu acuan dengan sedikit minyak agar kuih mudah dikeluarkan setelah masak.

Mee Rebus Johor

Selamat Hari Raya buat semua. Marilah kita rapatkan ukhwah dengan saling kunjung mengunjung tanpa perlu menunggu jemputan open house, sementara hayat kita masih ada.

Resepi ni di kongsi oleh kawan sekolah lama, dr jah nun di jb tu.


MEE REBUS JOHOR

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning ~ di celur
300 gm daging tetel ~ di rebus hingga empuk
250g udang basah - direbus, isi udang di blend. Kulit  udang nak blend pun boleh, toskan air masuk kedalam air rebusan semula.
500 g keledek - direbus and dilenyek

Bahan kisar 1:

2 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih

Bahan kisar 2:

6 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering - rendam
2inci lengkuas
2-3 tbsp serbuk kari
4 tbsp tauchu

3 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis
2 Senduk tepung gandum ~ dibancuh dgn sedikit air.
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan:

Tauge
Telur rebus
Tauhu goring - dihiris nipis
Limau kasturi ~ belah dua
Daun bawang
Daun sup

Cara:

1. Tumis bahan kisar #1 sehingga harum. 
2. Masukkan bahan kisar #2 dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan semua air rebusan  dengan isinya. 
4. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh tadi. 
5. Masuk kan keledek  penyek. Biar kan sampai mendidih. Masukkan garam dan gula ikut rasa.. 

Lost a friend

I was so shocked when I got the news that a friend had suddenly collapsed and passed away without regaining consciousness. The family had to make a difficult decision based from the brain stem tests to have the life support machine removed from her after 3 days. Semoga suami dan dua anaknya tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Yang pasti masa untuk sahabat ini, Nura Che Din telah tiba untuk bertemu penciptaNya, dan kita juga PASTI menyusul. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di ampunkan segala dosanya. Al-fatehah.

Sempena syawal yang mulia ini, sama-samalah kita memaafkan semua insan  baik yang hidup maupun yang telah tiada. Minggu pertama syawal ini, empat berita kematian telah saya terima. Pemergian sahabat ini secara mendadak sangat menginsafkan diri ini.

Saturday, August 18, 2012

CARAMEL CAKE

Sangat menarik...Original recipe dari SINI.

Caramel Cake


Bahan-bahan:


Utk KARAMEL:(gandakan dua kali untuk dapatkan lapisan caramel yg cantik)
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )



Utk kek bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.



Utk kek bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak kedalam bahan 1 tadi.
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.



Utk Meringue:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tartar dan terus pukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan meringue kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Utk adunan:
Bahagikan adunan kek tadi kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Selang selikan warna-warna tadi untuk lapisan marble.
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Utk bakar kek dgn kaedah steam bath:
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C.
2. Masukkan kek dalam oven dan tukar pada suhu 160C.
3. Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, August 13, 2012

Ikan kicap masak bali

Lauk yang simple je..


Lauk yang simple je..

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal ~ potong 2, goreng sebentar dengan kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
1 batang serai ~ diketuk
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas putih ~ hiris
sedikit kicap
1 biji cili hijau
1/2 inci halia ~ hiris

Cara:
1. Tumis bawang merah dan putih hingga layu.
2. Masukkan serai, halia, serbuk ketumbar dan jintan manis, gaul rata.
3. Masukkan kicap dan sedikit air, biar mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam, gaul rata, dan padam api
5. Masukkan tomato belah 4. Sedia untuk di hidang.






Begedil

Kalau makan dengan soto lagi sedap...

 RESEPI BEGEDIL DAGING
  150 gm daging cincang
4 biji kentang ~ potong 8 mcm wedges 
1 ulas bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1 biji telor ~ asingkan putih dan kuning
daun bawang, daun sup ~ hiris halus
lada sulah
garam


Cara:
1. Goreng kentang sebentar, jangan sampai garing, toskan minyak, tumbuk lumat.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, daging cincang, kentang yang telah ditumbuk, daun bawang dan sup, kuning telor dan garam kedalam mangkuk besar. Gaul hingga sebati.
3. Kepalkan adunan tadi menjadi bebola, dan leperkan jadi bentuk seperti dalam gambar di atas.
4. Celupkan dalam putih telor dan goreng dalam minyak panas hingga masak.
5
6

Thursday, August 9, 2012

Sambal Jawa

I got to know of this dish when I was still small. My late mum used to bring back "nasi ambeng" if she went to 'kenduri' at one of our neighbors back in kampung. Neighbor ni orang jawa, we used to call her Mak daseh, and her house was just behind ours. My family is from mixed malay bugis and chinese origin, tiada darah jawa....

Kalau ada kenduri kawen, yang ada lauk ni, memang le sure ambik, lagi-lagi kalau ada lauk daging sambal goreng kering, sedappp..Resepi ni jumpa di internet and as usual, saya ubah suai sikit ikut bahan yang ada, senang je nak masaknya pun..

RESEPI SAMBAL JAWA KERING
Bahan-bahan:
3 keping tauhu    }
2 keping tempe   } potong dadu dan digoreng
2 biji kentang     }
1-2 batang kacang panjang ~ potong serong
6-7 ekor isi udang segar
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1-2 cili hijau/merah ~ hiris
sedikit su'un ~ rendam biar lembut
sedikit santan ~ 2 or 3 sudu
sedikit kicap
garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah & putih dengan sedikit minyak hingga layu.
2. Masukkan isi udang dan garam, gaul hingga rata.
3. Masukkan tempe,kentang, tauhu, sayur kacang, su'un, kicap dan cili, gaul rata.
4. Masukkan santan dan lada sulah, gaul, padam api.


Selalunya nasi ambeng ada lauk ni sekali, mee goreng kicap. Ni ada budak kecik yang puasa teringin nak makan mee goreng. Kalau ada abang-abangnya, kena buat dua dish, satu pedas & satu lagi tak pedas. Yang ini tak pedas, tapi I made some sambal kicap (cili padi tumbuk dengan se ulas bawang putih, letak kicap perah limau kasturi) untuk sesiapa yang nak pedas...

Wednesday, August 8, 2012

Kuih Lopes

My late mom used to make this kuih when I was small. Back then, tak pandang sangat this kuih. Kalau kek ke cookies suka lah. That was then........ We just loveee this kuih . Dah lama salin resepi ni, tapi tak sempat2 nak buat. Forgotten where it was from, but sincerely appreciate it. Tq. Kalau rasa banyak, boleh simpan kuih ni (tanpa salut kelapa lagi ye) dalam freezer. Bila nak makan, kukus kan, then potong dan salut dengan kelapa.

KUIH LOPES
Bahan-bahan:

500gm pulut
1 sudu makan air kapur
5-6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis )
sedikit pewarna hijau (masukkan kedalam pati pandan)
sedikit garam(masukkan kedalam pati pandan)
air secukupnya
daun pisang yang lebar ~ untuk gulung jadi macam bantal (kalau rajin boleh buat bentuk tiga segi sahaja)
tali untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih gaul dgn secubit garam




Cara membuatnya:
  1. Rendam pulut dengan air kapur semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.
  3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.
  4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau sentiasa, jangan bagi berkerak dibawah.
  5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.
  6. Basuh daun pisang, layur atas api dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.
  7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.
  8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang (bergantung kepada saiz daun anda)
  9. Gulung dan padatkan.
  10. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air...tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat. Tekan2 sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi.
  11. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan dapat 3 gulung pulut.
  12. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.
  13. Rebus selama 2 jam.
  14. Angkat dan toskan
  15. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang, macam potong telor.
  16. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.
  17. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
  18. Hidangkan bersama air gula melaka
Untuk Air Gula melaka:
300gm gula melaka
250ml air (tambah jika perlu)
1-2 helai daun pandan


Cara :
  1. Masukkan gula melaka dan air, masak sehingga gula melaka larut
  2. Angkat dan tapis untuk mendapatkan air gula melaka yang jernih dan pekat.

Saturday, August 4, 2012

Biskut Sarang Semut

Dah buat kuih raya ke? Boleh cuba kuih lama ni. Masa kecik-kecik dulu pernah tolong parut kuih ni.
I usually bake my raya cookies during the last week of ramadhan. Bake awal, cepat le habisnya, bila raya tinggal balang je nanti...resepi lama ni memang tak guna telor, yang moden ada letak telor.gambo nanti akan di upload

Biskut Sarang Semut


Bahan-bahan:


6 oz/170 gm butter
4 oz/120 gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp baking powder
6 oz/170 gm tepung gandum
4 oz/ 120 gm tepung kastad
sedikit coklat rice
manik warna-warni


Cara-cara:
1. Pukul butter dgn gula hingga kembang.
2. Masuk esen vanilla, gaul rata.
3. Masukkan tepung2 yang telah diayak dengan baking powder, gaul hingga jadi doh yg sebati.
4. Parut kedalam mangkuk besar/ tekan guna parut limau yg berlubang2 tu, or boleh juga guna acuan muruku yg halus tu.
5. Sudukan ke dalam paper cup kecil. Hias dgn choc rice & manik berwarna.
6. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

Wednesday, August 1, 2012

Western juga jadi pilihan

Baru-baru ni, anak-anak minta buat baked pasta for iftar, tak mau nasi. And ada sorang tu pulak nak makan ayam panggang. So, menu ni lah jadi pilihan...

Yang ini untuk ada orang tu bawa balik rumah.

Resepinya boleh tengok kat SINI.

Yang ini untuk kami. Melted cheese with breadcrumbs for the topping. Kalu suka, boleh tabur parmeesan bila nak makan. Sedap makan masa panas-panas...

I baked 2 quarters of a chicken. Simple je, letak black pepper sauce, kicap and some oyster sauce. Perap dulu,s ebelum di bakar dalam oven at 180 for about 30-45 min. Dah masak tabur some sesame oil.

You can also put some rosemary and barbeque sauce kalau ada, but  I just used olive oil je.

Ikan Masam Manis

Ikan Masam Manis for iftar.


Bahan-bahan;


1 ekor ikan kerapu/ atau siakap ~ saya guna je ikan besar yang ada, tapi dah dipotong 4
1 ulas bawang besar
sedikit halia
2 ulas bawang putih
Sedikit capsicum ~ dipotong dadu
1-2 cili merah ~ hiris nipis
1 biji tomato ~ belah 8
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos cili thai
2 tbsp sos tiram/sos plum
2 tbsp sos tomato
sedikit kunyit
garam
sedikit hirisan batang celery
limau nipis/lemon
tepung jagung


Cara:
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Golekkan atas sedikit tepung jagung.
2. Goreng ikan sebentar, toskan minyak dan susun dalam bekas hidang.
3. Tumis hirisan cili, halia & bawang2 sebentar saja hingga naik bau.
4. Masukkan segala sos, dan sedikit air. Kalau nak berkuah banyak boleh tambah ikut suka, biar mendidih.
5. Masukkan garam ikut rasa, biar pekat,padam api.
6. Tuang kuah keatas ikan tadi. 
7. Perahkan air limau nipis/lemon keatas ikan.
8. Taburkan hirisan celery dan bawang goreng, sedia untuk di makan.


Popia ni dibuat banyak sebelum ramadhan, dan di simpan dalam freezer. Resepi ada di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...