Friday, October 11, 2013

Ikan masak lemak cili api


RESEPI IKAN MASAKLEMAK CILI API ala jawa
Bahan-bahan:

2 ekor ikan selar kuning ~ digoreng kunyit sebentar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
sedikit belacan
1 biji buah keras
8 biji cili api kampung  ~ boleh tambah jika nak pedas
santan dari 1 biji kelapa
sedikit buah tomato

Cara:
1. Tumbuk 3 ulas bawang merah & bawang putih, separuh cili api. halia & lengkuas, dan belacan.
2. Baki bawang dan halia serta lengkuas tadi dihiris nipis.
3. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan hirisanbawang & halia tadi hingga layu.
4. Masukkan santan pekat, biar hingga hampir mendidih.
5. Masukkan ikan, baki cili api ,renehkan kuahnya hingga pekat.

Lauk ini asalnya saya belajar dari rakan keturunan jawa semasa belajar nun jauh disana. Resepi asal guna ayam, tapi saya sering masak dengan ikan  je.

Wednesday, October 9, 2013

Mee Hailam

Baru-baru ni lepas sorang-sorang selsema, batuk, demam. Tekak rasa nak makan yang panas-panas berkuah tapi kurang pedas, nanti menjadi lagi pulak batuknya. Tapi saya still buat sambal kicap cili, tak de 'ummph' kalu tak pedas...

RESEPI MEE HAILAM

MEE HAILAM

2 peket mee kuning
300 gm daging lembu - hiris nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
sedikit udang - buang kulit saja
sotong - di hiris
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1/2 batang carrot - hiris nipis
1 biji tomato - belah 8
sedikit sayur sawi putih - asing batang & daun
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos sotong
1 tbsp sos abalone
1 tsp serbuk lada hitam
t tbsp tpg jagung - bancuh dgn 1/2 cawan air
garam
air secukupnya

Cara:

1. Rebus daging dengan 1 inci halia ketuk & 2 ulas bawang putih ketuk hingga empuk.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau,asuk sos & serbuk lada hitam, gaul rata.
3. Masukkan daging dengan air rebusannya, didihkan.
4. Masuk carrot biar lembut.
5. Masukkan batang sawi, capsicum, tomato & garam, biar mendidih.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata.
7. Masukkan daun sawi.
8. Goreng sebentar mee dengan sedikit minyak & kicap, gaul rata.
9. Hidang mee dalam bekas, & curahkan kuah kedalam bekas mee tadi, hias dengan hirisan daun bawang, cili merah & bawang goreng.
10. Jika suka, boleh di tambah dengan sedikit cili api diketuk & masukkan dalam kuah tadi.




Tuesday, October 8, 2013

Buat anak-anakku

Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.

Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.

Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.

Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.

Diriku takut jika engkau binasa.

Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.

Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Monday, October 7, 2013

Sayur Goreng Choy Sim


Sayur goreng ni sedap dimakan panas-panas.

Seikat sayur choy sim ~ dibuang batang bawahnya 
Sedikit udang basah ~ di buang kulit &kepala, deveined
1 ulas bawang putih ~ cincang
1 mm .sekeping hirisan halia ~ cincang halus
sedikit sos tiram/ blackpepper
kicap manis
garam

Cara:
Tumis bawang putih & halia hingga naik bau.
Masukkan isi udang, gaul sebentar.
Masukkan sos tiram, dan sedikit air, biar mendidih.
Masukkan sayur, gaul, padam api.
Renjis sedikit minyak bijan, tabur sedikit lada sulah & bawaang goreng di atas hidangan.


Sunday, October 6, 2013

CREAM PUFF

Sesekali bila teringin...

CREAM PUFF 

100 ml air 
45 gm butter ~ suhu bilik
60 gm tepung ~ diayak
2 biji telor

1. Panaskan oven pada suhu 210C. Alas dulang pembakar dengan aluminium foil, disapu sedikit minyak.
2. Masak air & butter dalam periuk dengan api sederhana sebentar. Kemudian dengan api kuat hingga mendidih.Padam api.
3. Masukkan tepung yang telah diayak & kacau dengan cepat.
4. Panaskan semula adunan tepung dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis, padamkan api.
5. Masukkan telor & kacau dengan cepat.
6. Masukkan dalam piping bag, dan pipe kedalam dulang pembakar tadi.
7. Spray permukaan adunan yang sedia untuk dibakar dengan sedikit air.
8. Bakar pada 210 C selama 15 minit. Kemudian pada suhu 180 C selama 20 minit.





Saturday, October 5, 2013

BIHUN SINGAPORE


Anak-anak kalau masak mihun yang biasa, tak berapa jalan sangat. Puas lah maknya nak kasi perabis.
Tapi kalau masak this recipe, gerenti licin.

RESEPI MIHUN SINGAPORE

Bahan-bahan:

1 paket meehoon ~ direndam dan toskan airnya
1 batang carrot - parut halus
1/4 biji kobis ~ saya tak letak sebab takde
2 biji cili merah dan hijau
1 labu bawang besar  } cincang halus
5 ulas bawang putih  }
15 ekor udang basah ~ dibuang kepala & kulit, deveined
2 ekor sotong sederhana besar ~ hiris bulat
2 keping isi ayam  ~ potong kecil
1 paket bebola ikan (fishball) ~ potong kecil
1 paket kek ikan (fishcake) ~ hiris nipis
3/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
Sedikit Garam

2 biji telor ~ digoreng dadar & hiris halus
sedikit daun bawang ~ hiris

Bahan Sos Cili Kicap
15 tangkai cili padi
1 u-2 ulas bawang putih1/4 cawan kicap pekat
2-3 ulas limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cili dan bawang putih ditumbuk lumat. Gaul dengan kicap dan perahan limau.

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang.Kacau lagi.
  4. Masukkan karot dan sayur kobis, cili potong dan garam.
  5. Tambah air sedikit dan masukkan meehoon. Kacau rata hingga meehoon lembut (tambah air jika perlu).
  6. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng.hirisan daun bawang dan telur dadar hiris.

Friday, October 4, 2013

Biskut Peanut butter

Resepi asal ada di hias dengan kismis hitam di bahagian bawah, tempat yg ada lekuk macam berlubang sikit tu. Tetapi, dek kerana kurang rajin, biskut ni tiada hiasan, tapi licin juga. Buat semasa di penghujung syawal lepas, teringin punya pasal..

Resepi Biskut Peanut Butter

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan butter
3/4 cawan gula halus
1 biji telor
1/2 cawan peanut butter
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dgn gula.
2, Masuk telor & vanila, pukul rata.
3. Masukkan peanut butter, gaul hingga sebati.
4. masuk tepung gandum & jagung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
5. bakar 170C 15-20 min.

Thursday, October 3, 2013


Baru-baru ni, my eldest ada karnival usahawan di kolejnya, projek untuk last sem. Proposal dah siap segala, baru bagitau ibunya, dia nak jual macaron. Nasib baik ada masa nak buat. I made it earlier sebab weekend tu nak hantar adiknya balik ke BP pulak. So, balik dari BP, terus buat filling and pack siap2. Kalau ikutkan, tak untung mana pun, sebab jual cost price je, sebab kena tengok market juga kan..Mana la student nak beli kalu ikut rate kat bandaraya nih..Tak pe la, bagi support for him je...

As usual, my favorite filling will always be chocolate ganash. Tak berapa suka fililng yang ada buttercream & yg senangkatan dengannya...Insya allah, now dah confident untuk buat. Ada sape2 nak order....hik..hik..

CHOCOLATE GANACHE MACARON

Ingredients:
for Swiss Meringue
80g egg white (at room temperature)
65g caster sugar


80g ground almond ~ i blended to a fine powdery texture
140g icing sugar ~ reduced to 130g
1/2tsp lemon juice
colouring powder ~ (i used strawberry and apple green) 

Filling
for Chocolate Ganache:

 
100g dark chocolate 

50g whipping cream


Method for Swiss Meringue Macarons:
1. Line 3 to 4 baking trays with baking sheet/paper.
2. Use a round cookie cutter, trace with a pencil or pen to make a round imprint on the baking sheets.

3. Place it upside down on the tray to avoid contact with the batter but still visible.
4. Sift icing sugar and almond together and set aside.
5. Pour sugar and egg white into a heatproof pan and place it over a saucepan of simmering water.(like double boiling)
6. Stir constantly until sugar has dissolved and the mixture is warm to the touch (about 50 to 55C).
7. Pour the egg white and lemon juice into the mixing bowl with the whisk attachment and beat on medium-high speed until soft peaks.
8. Continue to beat until the egg white has cooled down and it look smooth and shiny. (medium peak but not dry)
9. Fold in the sifted mixture in 4 portions into the meringue. Do not over fold batter until it turn watery, batter should be slightly thicker than cake batter. Put in the coloured powder of your choice, mix well.
10.Spoon batter into a piping bag and pipe it within the round imprint on the baking sheets which was made earlier on.
11.Let the macarons to rest for 30mins before baking.
12.Preheat oven to 150C.
13.Bake a tray at a time for 20-25mins, depend on individual oven. (i baked mine for 12mins)
14.Remove macarons and cool on a wire rack. (if ur having difficulty removing shell, spray a little water (mist) under baking sheet.. let it sit for a few sec and peel it off)

Method for Chocolate Ganache:
1. Heat up the whipping cream.
2. Pour it into the dark chocolate and stir until it is melted and smooth.
3. Leave it aside to set. (Slightly thicken for easier piping.)
 

To assemble the macarons:
1.Pipe the chocolate ganache on the macaron.
2.Sandwich with another macaron together.
3.Keep in the fridge to let the filling firm.


Note:
-Pour egg white in a bowl, cover with cling wrap and poke a few holes on it. Let it stand at room temperature overnight.
-You can blend icing powder and ground almond together in a food processor to get a fine texture.
-Use only powder colouring as liquid colouring will result a soft shell and mushy macarons.
-Macarons using Swiss Meringue will be more crunch on the outside and chewy on the inside.


Ini macaron yang jual di bakery, shellnya tak smooth sangat but look at the price the price...

MEE UDANG

RESEPI MEE UDANG

Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 500gm mee kuning
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 tbsp cili giling/kisar
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 tbsp udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 tbsp sos tomato
  • 1 tbsp sos cili
  • 1 keledek / 2-3 kentang yg tlh direbus dan di lenyek (optional- sedikit sahaja utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng
  • 3 biji telor ~ rebus & belah dua
  • *(bahan ini dikisar)

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak,  tapis udang dan asingkan air rebusan, untuk kuah.
  2. Tumis cili kisar hingga garing/pecah minyak. Masukkan bahan kisar, biar hingga betul garing dan naik bau.
  3. Masukkan air rebusan udang, biar kuah mendidih.
  4.  Masukkan sos tomato, sos cili dan petis. Perlahan kan api dan renehkan kuah.
  5. Masukkan garam dan gula ikut rasa masing2.
  6. Letak keledek/kentang  lenyek untuk memekatkan kuah.
  7. Celur mee, taugeh dan sawi. Masukkan udang yg telah direbus tadi, tuang kuah.Hidang dengan telur rebus. Tabur dgn daun bawang dan bawang goreng.



Wednesday, October 2, 2013

KERABU RUMPAI LAUT

Post ni salah satu yg tertunggak, Seaweed atau rumpai laut ni dapat yang fresh dari sabah, anak saudara yg suaminya orang sabah beri di penghujung syawal tempohari. Dapat je, balik terus buat.


Sedap juga bila dah jadi kerabu. Rangup rasa seaweed tu.

RESEPI KERABU RUMPAI LAUT SABAH
Bahan-bahan:

Rumpai laut segar ~ dicelur sebentar dengan air panas didih, dipotong kecil.
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 ulas cili merah ~ hiris
5 ulas cili api ~ hiris
3 helai daun limau purut ~ hiris halus
2 batang serai ~ hiris
sedikit tauge ~ buang kepala & ekor
1 biji limau nipis ~ ambil perahan airnya
sedikit kerisik kelapa kering ~ ini pun dapat dari sabah, tak sama yg di semenanjung
sedikit kacang tanah goreng ~ tumbuk kasar
sedikit garam & gula

Cara:
Gaul rata semua bahan & di simpan dalam peti sejuk sebentar.
Sedap di makan dengan ikan bakar, atau nasi panas berlauk.

Tuesday, October 1, 2013

Lempeng kelapa

Buat untuk breakfast baru-baru ini. Berselera encik suami makan cicah dengan sambal telur. Original recipe dari blog Mat Gebu.

RESEPI LEMPENG KELAPA


BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih (kalau dapat guna kelapa untuk buat inti)
1 camca teh baking powder
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, kari, sos cili atau apa saja yang anda rasa sesuai sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh tepung, baking powder, kelapa parut, gaul rata dan tuang air, bancuh hingga semua sebati. Tambah garam secukup rasa, kasi rasa lemak2 saja. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Kemudian cedok 1/3 cawan bancuhan lempeng dan tuang dalam pan, ratakan dengan senduk. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat. Terbalikkan dan masak hingga perang keemasan.
  3. Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi. Kalau anda nak cepat, tutup permukaan pan dengan tudung periuk (nak senang guna non-stick pan bertutup kaca). Hidangkan dengan sambal tumis, kari atau sos yang anda gemari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...