Thursday, February 27, 2014

COOKIE FAVORITE

Chocolate chips ni memang favorite anak-anak. Since my eldest ada kat rumah, tengah buat practical di kl, so apa-apa food ada memang cepat je licin..Sampai adik-adiknya kata 'kalau nak makan ambik rasa, nanti abg balik keja cepat licin ....' he..he..adik-adik jenis makan sikit-sikit, ada abangnya, sekali ambik sebekas tupperware.

Memang selalu bake cookie ni using my favorite recipe. I usually double the recipe.



CHOCOLATE CHIPS COOKIE RECIPE
Ingredients

250 gm salted butter ~ softened
200 gm light brown sugar
1/4 tsp salt
1/2 tsp coffee flavor
1 egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup oats/ nestum ~ processed to bits in a chopper
1/4 cup ground almond
1/2 cup nuts (walnuts/almonds/hazelnuts) ~ chopped
1 pack of semi sweet choc chip
300 gm self raising flour


Method

1. Preheat oven to 160C.
2. To the softened butter, beat in sugar & salt to combine.
3. Beat in egg, vanilla, coffee flavor & stir in the processed oats, ground almond, chopped nuts & choc chips.
4. Sift the flour & fold it in. Dough will not be too stiff but not too wet either.


For small cookies, place half tsp of the dough, spaced slightly apart & bake for 10 minutes.
For large cookies, place rounded tbsp of dough, spaced apart. Bake for 25 minutes.


Wednesday, February 26, 2014

PAU KELAPA GEBU & TEMBAM

Ada one little boy dok minta ibu buat pau, teringin katanya.
So, pergi pasar beli kelapa parut putih buat inti kelapa. Manisan/gula melaka dah nak habis, kena restock nampak gayanya.

I made some with inti kacang juga, ada yang nak inti kacang. Buat banyak sekali, simpan boleh buat breakfast esok pagi nak ke sekolah. Siap dah pesan, nak bawa bekal lagi. Yang tanda merah tu inti kacang.

Kali ni ikut resepi simple dari SINI. Hasilnya, pau yang amat lembut dan gebusss. The kids makan sampai sorang 3, pau yang besar-besar.

 RESEPI PAU GEBU

Bahan Doh:

1 kg tepung pau blue key ~ atau mana2 brand pun boleh
1 paket 11g mauripan yeast
1 cawan gula putih halus/caster
1/2 cawan minyak jagung ~ boleh mix dgn olive oil
2 1/2 cawan air

Caranya:

1. Larutkan gula dalam air.
2. Gaul rata tepung dan yeast dalam mangkuk mixer.
3. Masukkan minyak ke dalam tepung.
4. Dengan mengguna hook menguli, gaul tepung perlahan-lahan sambil tuangkan campuran air kedalam tepung. Kalau takde mixer, ulilah dengan tangan ya.
5. Gaul adunan dengan kelajuan perlahan selama 3 minit hingga doh menjadi seketul dan tiada yang melekat pada mangkuk adunan.
6. Letakkan doh pau ke atas papan/dulang dan uli selama 10 ke 15 minit dengan tangan hingga doh menjadi licin dan kenyal.
7. Timbang doh menjadi bebola kecil seberat 60-70g setiap satu, ketepikan doh selama 10 ke 15 minit.
8. Leperkan doh dan isikan inti. Tutup dan bulatkan doh agar cantik atau anda boleh bentuk doh ikut bagaimana yang anda suka.
9. Biarkan doh selama 30 minit atau hingga ia betul-betul kembang dan gebu.
10. Susun  pau dalam bekas kukus dan kukus selama 10 ke 15 minit pada suhu yang tinggi..

Tuesday, February 25, 2014

KEK BUTTER OREN

Another version of orange cake. Kali ini guna parutan kulit saja. Kek yang sangat gebu dan lembut. Sekejap je dah licin. Since nak ke rumah rakan yang berdekatan, dapat la beri sahabat lama tu merasa sikit. Original recipe dari SINI tapi dah di modify sikit.


BUTTERY ORANGE CAKE

Bahan-bahan (acuan kek 9 inci )

250gm butter ~ suhu bilik
2 sudu besar parutan kulit oren ~ about 2 oren yg kecil
200gm gula castor
4 biji telur
300gm tepung naik sendiri
180ml orange juice ~ or bancuh sedikit jus oren dgn air


Cara-cara

  1. Pukul butter, gula dan kulit oren sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Gaul rata.
  4. Isi dalam loyang yang telah dialas kertas dan di lenser.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 35min atau hingga masak.

Monday, February 24, 2014

Blended Orange Cake

Cuaca sangat panas lately ni. Dah lama tak hujan.
Ada rakan  bagi nasi dagang baru-baru ni, and bekas nya tak pulang-pulang lagi. So, boleh pulang bekas dengan some of this cake and a jar of chocolate chips...
Mari kita membaking..Resepinya sangat mudah..you just need a blender to mix everything...senang kan. Original recipe dari SINI



BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan 
1 bji buah limau (navel/sunkist)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cup tepung naik sendiri*
1 tsp baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang 9 inci yg beralas dan di gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.(bergantung pada oven)

Tuesday, February 18, 2014

Durian Crepe revisited

Masa musim durian bolehlah nak buat crepe. Kali ni kita buat color hijau....





DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas, gaul rata.
2. Masukkan dalam blender dan kisar, kemudian tapis adunan.

Untuk menggoreng kulit/crepe:
1. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
2. Panaskan hingga kuali benar-benar panas.
3. Oleskan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan api.
4.Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan biar hingga masak, tak perlu di balikkan.
5. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.
6. Buat sehingga habis adunan.
7. Biarkan crepe sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Untuk sediakan inti/filling:
1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental/medium peak forms.
2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit


Untuk isi filling:
1. Bentangkan 1 keping crepe
2. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
3. Letakkan isi durian diatas cream tadi.
4. Lapiskan sekali lagi dengan Whipping Cream.
5. Lipatlah crepe menjadi empat segi, simpan dalam peti ais sebentar
6. Sedia untuk dihidangkan selepas di sejukkan.



Selamat Jalan Kak

This will be a short entry.Dah lama tak update blog.
Last entry was on the day my sis in law, Maimunah Abd Majid, passed away at the age of 60. Semoga di ampunkan dosa-dosanya dan kita semua bertemu di jannah kelak. Alfatehah.

Macam terbantut idea nak menulis ketika itu kerana masih lagi terbayang-bayang keperitan beliau menahan sakit sehingga akhir hayatnya, amat menginsafkan. Pemergian allahyarham dalam masa yang singkat amat memberi kesan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang dekat.

Setiap yang hidup pasti MATI, kembali menemui Pencipta kita, hanya menunggu saat dan ketikanya. Sudah cukupkah amalan kita untuk dijadikan bekalan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...