Wednesday, April 15, 2015

RENDANG ALA MINANGKABAU

RESEPI RENDANG ALA MINANGKABAU

Bahan-bahan:

600gm daging lembu
2 1/2 biji kelapa ~ asingkan sedikit utk kerisik
1 peket kecil rempah biji ~ ambil setengah sahaja
1 inci kulit kayu manis ~ goreng tanpa minyak, giling
1 tbsp jintan manis
1 inci halia ~ hiris halus
10 biji bawang putih ~ mayang halus
15 biji bawah merah ~ mayang halus
3 batang serai ~ tumbuk supaya pecah hujungnya sahaja
cili kering ikut suka ~ jika nak pedas, gunakan cili padi
garam, daun kunyit

Caranya:

1. Potong daging ikut size yang dikehendali.
2. Kelapa utk kerisik~ direndang hingga garing, tumbuk hingga keluar minyak
3. Masukkan daging kedalam kuali, gaulkan dengan rempah yang sudah ditumbuk & digiling dan bahan2 yang dihiris.
4.Masukkan santan kelapa dan garam secukupnya.
5. Jerang atas api perlahan, apabila kuah agak pekat, masukkan kerisik dan kacau hingga kering

Monday, April 6, 2015

BINGKA UBI

How time flies...Dah 2nd week of april of 2015...Banyak backdated photo tak sempat update for some of my previous entries...Will update later with pics.

I love this kuih, and my little one pun suka..

RESEPI BINGKA UBI

Bahan-bahannya:

4 cups ubi parut
2 cups tepung gandum
1 cup gula pasir
1/2 biji kelapa ~ diperah dgn 3/4 cup air
2 biji telor ~ dipukul sedikit, asingkan sedikit utk sapuan
56 gm butter
1 tin susu cair
garam

CARANYA:

1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
2. Tinggalkan sedikit telor utk disapu pada kuih nanti.
3. Masukkan adunan kedalam loyang pembakar yang telah disapu butter.
4. Bakar pada 150C. 
5. Bila sudah masak, keluarkan dan sapukan bahagian atasnya dengan baki telor tadi.
6. Masukkan semula kedalam oven, dan biar beberapa minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...