Wednesday, October 11, 2017

Kuih Lopes

Ni backdated entry ye. Banyak lagi resepi belum sempat update.


Ni guna daun Pisang. Rebus guna pressure cooker.

Resepi Kuih Lopes Tradisional

Bahan pulut
5 cawan beras pulut ~ cuci & toskan
1 tbsp kapur sireh / air abu

Bahan Air Gula
6 ketul gula melaka
1 cawan gula merah
3 tbsp gula 
4 helai daun pandan
1/2 pot air ~ kurangkan air untuk lagi pekat


1/2 tsp garam halus
Kelapa parut untuk digaul ~ campur sedikit garam, kukus 5 minit dgn daun pandan
Daun pandan ~ potong dlm 2 1/4” - 3” inci lebar
Daun pisang ~ potong ikut saiz yg dingini
Tali rafia untuk ikat pulut selepas dibungkus dgn daun pisang

Cara:
1. Rendam pulut dgn air & air kapur sekurang2 nya 2 jam.
2. Cuci bersih & toskan.
3. Layur daun pisang atas api, lap bersih & ketepikan.
4. Isi 2 tbsp beras pulut ke dlm kelonsong daun pisang, dibentuk segitiga.
5. Guna tali rafia untuk ikat 3  pek pulut yg telah di bungkus.
6. Kukus selama 2-3 jam, atau rebus 3 1/2-4 jam pastikan air kukusan sentiasa cukup. Saya guna pressure cooker, cepat masak.
7. Bilas dengan air sejuk, toskan hingga sejuk.
8. Keluarkan pulut dari daun & salut dgn kelapa parut,
9. Sedia untuk di makan dgn air gula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...