Saturday, January 31, 2009

Laksa Nyonya



I have some fishballs in the fridge that needs to be cleared before they expired. This dish comes up in my mind, as it uses fishballs. I got the recipe from Myresepi.net shared by Kak fida.

Laksa Nyonya

Bahan:(8-10 orang)

15 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai
1/2 cawan udang kering
(kisar semua bahan diatas)

1/2 kg udang hidup - kupas kulitnya
1.5 liter santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
6 helai daun kesom
2kg mee - celur
250g tauge - buang akarnya
5 keping tauhu goreng - potong kecil
20 fishball & fishcake - hiris
5 biji telur rebus - belah 2
sambal tumis
minyak

Cara:
1.
Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masuk udang hidup, gaul rata.
3. Masuk santan, tauhu, fishball, 1/2 daun kesum, garam, biar mendidh.
4. Hidang bersama telur rebus, hirisan daun kesum dan sedikit sambal tumis.



Dadih ni buat masa cuti sekolah tempohari, tapi tak sempat nak update.
Resepi dapat dari mak mon.

Dadih

Bahan:

1 peket non-dairy creamer powder - 450gm(coffee mate boikot ye..)
air dalam 34/35 cups
4.5 cups gula
25gm agar-agar kering
4 cawan air

Cara:
1. Masak agar-agar dengan 34 cawan air hingga hancur.
2. Masukkan gula. Bancuh creamer dengan 4 cawan air, tuang ke dalam larutan agar-agar tadi.
3. Biar mendidih sebentar, padamkan api.
4. Letak perasa ikut pilihan.
5. Isikan kedalam bekas dan sejukkan. Boleh di tambah nata de coco ikut selera.




Anak-anak suka mihun ni sebab tak pedas. Di hidang bersama sedikit sambal kicap cili api + bawang putih tumbuk, bersama perahan limau kasturi untuk yang nak pedas. Resepi asal ni dapat dari koleksi resepi diana.

Mihun Singapore

Bahan:

1 bungkus mihun
1 batang lobak merah, dihiris halus
1 ikat sawi, dibersihkan, potong kecil
200 gram daging cincang
12 ekor udang, dibersihkan
3 biji telur
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ cawan udang kering, dicuci bersih
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1. Rendam mihun hingga lembut. Angkat dan toskan. Telur digoreng dadar. Angkat dan hiris panjang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak dan air. Kacau rata.
3. Bila daging telah masak, masukkan udang, garam dan sayur sawi. Gaul sebati.
4. Masukkan mihun. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati. Angkat dan hidangkan dengan cili jeruk/ cili kicap, bawang goreng, daun sup dan hirisan telur dadar.




Seafood pizza is the kid's favorite. We can be creative with the topping. But i sometimes just sprinkle some sausage slices or fried minced beef with some slices of onions and mushrooms.

PIZZA BASE

1 peket yis ] larutkan bersama
1 tsp gula ] dan biar berbuih
1 cup air suam ]
3 cawan tepung *
1 tbsp minyak *
1/2 tsp garam*
1 cup air*

Cara:

1. Campurkan semua bahan * ke dalam mangkuk besar , dan tuangkan larutan yis kedalamnya.
2. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh , biar naik dua kali ganda.
4. Uli sebentar, bentuk doh mangikut acuan pizza.

Untuk topping:

1 tin kecil tomato paste
sedikit minyak
shredded cheese
thousand island sos
filamen ketam - potong kecil
1 tin tuna flakes - keringkan minyaknya
sedikit oregano flakes & mixed herbs

1. Campurkan tomato paste dengan oregano & mixed herbs, gaul sebati.
2. Ratakan sedikit minyak keatas permukaan pizza base yang telah di bentuk tadi.
3. Sapukan campuran tomato paste.
4. Taburkan filamen ketam dan tuna flakes.
5. Picitkan sedikit sos thousand island ke atas topping.
6. Taburkan cheese.
7. Bakar pada 200c selama 15 minit.



Wednesday, January 21, 2009

Bakso


Mee bakso ni asal dari indonesia. Dulu, yum rajin buat untuk breakfast before pergi kerja, tu yang bertambah tembam. Sekarang, sendiri buat je la. Resepi ni dah di modify dari beberapa resepi yang jumpa di internet.

RESEPI BAKSO

Bahan: (7-8 orang)

1 bungkus mee kuning/ mee hoon
tauge

Untuk bebola:
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah - cincang halus
2 biji bawang putih - cincang halus
2 sudu besar telur (1/2 biji)
1 tsp tepung ubi/jagung
sedikit lada sulah, garam

Untuk kuah:
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih } di tumbuk
1/2 inci halis } halus
1 tsp lada sulah biji }
1 batang serai - ketuk
1 tbs pati daging/ayam - saya guna air rebusan daging/ayam je
serbuk lada sulah
garam, kicap manis

1. Tumis bawang merah hingga kuning.
2. Masuk bahan tumbuk hingga garing & naik bau.
3 Masukkan serai, gaul sebentar, masukkan air, pati daging, lada sula, sedikit kicap manis & garam.
4. Bila mendidih, masukkan bebola daging tadi.
5. Bebola daging timbul bila dah masak.

Untuk Fried wonton:

1 cawan all purpose flour
1 tbs butter
1 egg
water, salt

Mix all to form a dough. Roll the dough thinly and cut square, 2" x 2"
Fry till brown.

Untuk menghidang:
Sos cili
Sayur baby bok choy
daun sadri/bawang
bawang goreng
kicap manis dengan cili api tumbuk
fried wonton
telur rebus - belah dua
tauge
tauhu goreng - dihiris

Tuesday, January 20, 2009

Kek Prune Kukus





I made two of these cakes for ira and ada's wedding recently, to serve the guests at the kitchen. I like this cake because of the taste and especially because of the simple recipe. Main campak-campak aje...

Resepi ni pun dapat dari internet but i lost track of the owner sebab duk catit kat buku rojak ku. Anyways, kalu the owner jumpa mekasih ya kerana sudi kongsi resepi jadi saya pun panjang-panjangkanlah ilmu ni...

KEK PRUNE KUKUS

Bahan:

250 gm butter
2 cup self raising flour
1 cup sugar (or 1/2 cup brown sugar + 1/2 cups castor sugar)
1/4 tin besar susu pekat
20 biji pitted prune (kisar dgn sedikit air ~ 2 camca besar air)
5 biji prune - hiris kasar
5 biji telur
1 tsp ovalette
tin kek 9" x 9"

Cara:

1. Didihkan air di kukusan.
2. Beat butter+ gula+susu pekat.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan ovalette dan gaul lagi hingga rata.
5.Masukkan prune kidar, gaul rata.
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit, gaul dengan senduk hingga sebati.
7. Masukkan prune hiris dan gaul rata. Tuang ke dalam loyang , pastikan adunan separuh dari bekas.
8. Kukus 1 1/2 jam hingga masak. ( Tutup tin kek dengan aluminium foil untuk elakkan air menitis ke atas kek.)


Teringat masa di mrsm dulu, bila lepas cuti semester, roommate bawa balik sambal ni ke asrama. Sebelum ni cuba buat tapi selalu tak rangup bilisnya. Sekali tu jumpa satu makcik jual, beli satu bekas macam isi tofufa tu, RM10, bilis campur kacang tanah goreng, rangup tak lemau bilisnya. Test 2-3 kali, jadi juga akhirnya. Rupanya, letak bawang goreng aje, kalau letak bawang hiris dalam tumisan cili kisar tu, alamat la bilis tu nanti tak rangup.


Sambal Ikan Bilis Kering

Bahan:

1/2 kg ikan bilis jepun - bersihkan
sesenduk cili mesin
sesenduk bawang goreng
sediikit gula & garam

Cara:
1. Goreng ikan bilis dengan api sederhana hingga garing. Toskan minyaknya.
2. Tumis cili mesin dengan api perlahan hingga garing/ pecah minyak.
3. Masukkan gula dan garam ikut rasa, gaul rata.
4. Sejukkan tumisan cili tadi.
5. Maukkan ikan bilis goreng dan bawang goreng kedalam tumisan cili tadi, gaul rata hingga semua bilis bersalut cili.
6. Masukkan kedalam bekas kedap udara, boleh tahan lama.


Monday, January 19, 2009

Berbudi pada tanah


Walau jarang masak kari, tapi banyak lagi kegunaannya. Untuk hilangkan bau mulut or ape-ape masa'alah gusi. Kunyah 3-4 helai daun, lepas tu kumur.


Ni pokok kacang yg tak memanjat, dapat benih dari jiran. Tp bijinya agak besar sikit compared to kacang biasa. Next project nak tanam kacang panjang biasa, benih dah ada org bagi..Dalam pasu jugak le...tapi kena sediakan tempat utk dia panjat..

Sekarang ni kebun yang sekangkang kera kat belakang rumah tu dah ada hasil dah, boleh laa.. Walau pun semuanya dalam pasu and plastic containers yg recycle, sekurang-kurangnya kalau nak petik ajelah...Dulu masa masih bekerja, tak done nak belek-belek pokok, harapkan maid aje...bila sekali-sekala jenguk, alahai...banyak yg dah jadi keriput...nazak dah.. Sekarang ni, since dah jadi big bos sendiri...tukang kebun pun sendiri apalagi supir, suka tengok pokok-pokok tu hidup segar bugar...

Ada ulam raja, daun ceylon, cekur, tenggek burung, daun kaduk. Kebunherba pun ade, oregano, dill. Tanam yg selalu guna aje...Limau kasturi lebat sungguh buahnya, limau purut je..tak keluar buah..heran gak. Tengok kak munah punya kat kg banyak buah. Baru-baru ni dapat beli temu putih, temu pauh, halia bara, kunyit hitam kat pasar tani karnival. Dah keluar tunas-tunas kecil, best betul. Nak beli anak pokok, aduhai kusss...semangat, mahal uuuuu.... Baik beli isinya dan semai sendirik...lagi murah...baja organik lagi..

Kat depan tanam bunga-bunga yang mengeluarkan bau, sedap dan wangi. spt kenanga, honeysuckle, melur, gardenia, kesidang, jasmin..Sekarang tgh collect roses kampung, ambik anak kat kg. Rose putih belum dapat lagi..Oh ya...pokok mulberi pemberian kawan dari perak pun dah berbuah dan jambu air hijau pun lebat sungguh walaupun dalam pasu je...pokok jambu air vietnam baru beli tapi belum ada hasil lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...