Friday, November 16, 2012

Cuka Khurma /Khal

I just found out about the benefits of this DATES VINEGAR only recently..
Dear hubby baru-baru ni batuk sangat lah lama, dari bulan syaaban sebelum ramadhan lagi, hinggalah dah habis raya. Almost 3 months dia batuk, and he lost a lot of weight.

Dah macam-macam ubat makan, baik sekejap, then batuk balik. He takes homeopathic medication juga. Makan homeopathy medicine ni nak kena sabar, orang yang sibuk keja ni tentulah nak cepat baikkan, lagi lah yang dah lama pulak tu.

Then a friend suggested him to try dates vinegar. Alhamdulillah, his cough was cured within days of consuming it. He took it twice a day with honey.Boleh tambah air masak sikit to dilute and kurangkan sikt rasa masam. Letak madu ok dah.

So, now, we are taking it daily (yes, me too, and I am thinking of teaching the kids to take it). Children above 7, the dosage must be reduced in half. Itu pun kalau mereka boleh telan, cuba lah campur madu sikit.

Below are some info which I have gathered from the net on the benefits of dates vinegar.

APA ITU CUKA KURMA?
Cuka Kurma bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. KHAL adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. KHAL dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).

Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik. 

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


KHASIAT CUKA KURMA /KHAL MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “ CUKA KURMA /KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan CUKA KURMA /KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Tuesday, November 6, 2012

Hujan Oh Hujan

It rains almost everday now, usually from noon onwards.

Musim tengkujuh dah mai, and cuti sekolah pun dah nak bermula beberapa hari saja lagi..Anak-anak yang sekolah menengah dah mula cuti since last week lagi, making way for SPM which started on monday, 5th November.

Hopefully it doesn't rain today. I haven't been able to keep my routine to the pool for 2 weeks...nanti jadi malas pulak..

This morning, neighbor depan rumah bagi satu plastik buah cermai. Banyak betul buah tu gugur di jalan sebab angin yang kuat semasa hujan lately ni. So, kita projek buat jeruk cermai la nampaknya..nak makan tak sanggup, masammm.


This was our breakfast this morning. Ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis. Lama tak buat ubi dengan sambal. Selalunya, buat ubi ketuk, ubi goreng ke...anak-anak suka yang manis-manis...
Musim-musim hujan ni, sedap makan ubi panas-panas ni...
Ubi beli di pasar tani mega last sunday. Dah rebus jadi kuning pulak. Macam tapai ubi pula.

Saturday, November 3, 2012

Durian Crepe

This dessert seems to be the latest trend lately. Memana blog that I visit, ada je mention crepe ni. Kalau ikut bahasa melayu nya, crepe ni macam lempeng je, tapi fillingnya tu lah yang differentiate kan nya dari lempeng...

Baru-baru ni, the girls cuba masak crepe with chocolate sauce and cream cheese filling. They rolled the crepes jadi macam kuih ketayap after filling them with the cream cheese frosting...boleh la untuk orang baru belajar...ikut resepi dari majalah teen muslim gamaknya...

Last week they tried baking red velvet cuppies with cream cheese frosting (i have prepared the frosting earliier and stored in the fridge) while I went out to do some errands...Bila balik rumah, alahai, dapur ku macam tongkang pecah..bersepah dengan nozzles and bekas-bekas depa isi untuk deco cuppies tu, and they were relaxing menonton tv..hish..anak dara buat kerja.

Now, if they wanted to try baking or cooking anything in my kitchen, the rules are, they have to clean up their mess and the kitchen too. 

Now, back to this post, here's the recipe. Original recipe from HERE.
Berbaloi buat sendiri kalau anak ramai like me ni...seorang je dah berapa ketul..


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas, gaul rata.
2. Masukkan dalam blender dan kisar, kemudian tapis adunan.

Untuk menggoreng kulit/crepe:
1. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
2. Panaskan hingga kuali benar-benar panas.
3. Oleskan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan api.
4.Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan biar hingga masak, tak perlu di balikkan.
5. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.
6. Buat sehingga habis adunan.
7. Biarkan crepe sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Untuk sediakan inti/filling:
1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental/medium peak forms.
2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit


Untuk isi filling:
1. Bentangkan 1 keping crepe
2. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
3. Letakkan isi durian diatas cream tadi.
4. Lapiskan sekali lagi dengan Whipping Cream.
5. Lipatlah crepe menjadi empat segi, simpan dalam peti ais sebentar
6. Sedia untuk dihidangkan selepas di sejukkan.


Tuesday, October 30, 2012

Ikan goreng bercili

Dah lama tak update blog ni. Di sibukkan dengan anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA, PMR dan peperiksaan akhir tahun yang berturutan. Yang ambik exam ada 4 orang, cikgu yang mengajar hanya seorang....'me, myself & I' as a cikgu tuition, chef, supir , tukang kebun lagi, dengan laundry nya lagi. Memang harus meng adakan masa untuk setiap tugasan/tanggung jawab walaupun diri ini kekadang mengah. And still, they say SAHM are ladies of leisure...

Anyways....menu ini amat digemari semua, anak-anak & dear hubby juga. Lauk yang amat simple, even kakak Iman pun dah boleh buat..


RESEPI IKAN GORENG BERCILI

Bahan-bahan:

Ikan kerisi/ikan kerapu
2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cili merah
1 cili hijau
3-4 cili api

1. Goreng ikan dengan kunyit dan garam, toskan minyak.
2. Cincang semua bahan kecuali ikan.
3. Panaskan mminyak, dan tumis bahan cincang tadi hingga layu, masukkan garam dan padam api.
4. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi, ratakan pada ikan.
5. Sedia untuk dihidang.

Senang sangat kan!

Friday, October 19, 2012

Berusaha keras demi keluarga

Ingin saya kongsikan kisah yang dibaca dari majalah Solusi isu 48.

Seorang ayah yang mempunyai tiga orang anak bekerja keras untuk mengubah nasib keluarganya. Sekadar bekerja kilang tidak memadai untuk menanggung keperluan keluarga. Si ayah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. Kesannya, si ayah bekerja pada waktu siang dan menghadiri kelas pada waktu malam. Hari cuti minggu juga digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji. Isteri dan anak-anaknya merungut kerana ayah mereka tiada masa untuk bersama-sama mereka. 

Walaupun kini telah menjawat jawatan sebagai penyelia, si ayah terus mendaftar untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda bidang pengurusan pula. Si ayah terus sibuk termasuk pada cuti hujung minggu dengan pelbagai tugasan akademik atau kebanyakan masa dihabiskan di perpustakaan.

 "Abang, carilah masa untuk anak-anak kita juga. Kasihan mereka, tidak dapat merasai kasih sayang abang," nasihat si isteri kepada suaminya. "Abang lakukan semua ini demi keluarga kita juga agar suatu hari nanti kita hidup selesa dan mewah. Abang memang ingin peruntukan masa untuk keluarga, tetapi buat masa sekarang abang masih sibuk lagi."

 Setelah bertungkus lumus, si ayah kini berhasil menggenggam ijazah tersebut. Apa lagi, dia terus ditawarkan jawatan sebagai penolong pengurus. Gajinya dua kali ganda daripada sebelumnya. Dari rumah pangsapuri sempit, mereka kini berpindah ke rumah teres sederhana besar. Hidupnya kini lebih selesa dan mampu menunaikan segala keperluan material isteri dan anak-anak. Tidak cukup dengan itu, si ayah terus bekerja keras di samping menyambung lagi pengajian ke peringkat zarjana pula. Dua tahun kemudian, ijazah sarjana sudah berada dalam genggaman.

 "Abang memang mahu peruntukan masa untuk isteri dan anak-anak, tetapi abang sibuk sekarang. Abang lakukan semua ini pun untuk keluarga kita." Itulah alasan yang sering diberikan. Setiap cuti hujung minggu digunakan samada untuk klien, menghadiri kursus, menghadiri mesyuarat di luar dan pelbagai urusan lagi. 

Akhirnya, dia berjaya mencapai segala apa yang dihajatinya. Dia berkata kepada anak-anak dan isterinya di rumah baru mereka, banglo mewah di atas bukit: "Ayah dah buat keputusan akan berhenti mengejar kerjaya dan kemewahan kerana ayah telah berjaya mendapatkan segala yang ayah hajati. Jadi mulai hari ini, ayah akan habiskan masa bersama-sama keluarga." Keesokannya, si ayah didapati meninggal dunia dalam tidur disebabkan serangan jantung. 

Pengajaran:  Tidak salah sibuk mengejar ilmu dan harta dunia, namun pastikan juga aspek kerohanian dan kekeluargaan tidak terpinggir. Jangan terlambat kerana mati datang secara tiba-tiba.

Friday, August 31, 2012

Kuih Putri Ayu

Ni salah satu menu iftar tempohari, tak sempat post masa ramadhan. Original recipe from here.


Kuih Seri Ayu

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 tsp ovallete
1 tsp  ~ saya guna air dari daun pandan kisar
pewarna hijau
kelapa parut putih ~ campur dgn sikit tepung gandum, 1tsp baking powder dan garam

Cara-cara

1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati
3. Isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Petua untuk kuih yang lembut dan gebu:
~ pukul dulu telur hingga berbuih, baru masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru masukkan ovallete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovalette tidak kelihatan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yang lain.
~ sapu acuan dengan sedikit minyak agar kuih mudah dikeluarkan setelah masak.

Mee Rebus Johor

Selamat Hari Raya buat semua. Marilah kita rapatkan ukhwah dengan saling kunjung mengunjung tanpa perlu menunggu jemputan open house, sementara hayat kita masih ada.

Resepi ni di kongsi oleh kawan sekolah lama, dr jah nun di jb tu.


MEE REBUS JOHOR

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning ~ di celur
300 gm daging tetel ~ di rebus hingga empuk
250g udang basah - direbus, isi udang di blend. Kulit  udang nak blend pun boleh, toskan air masuk kedalam air rebusan semula.
500 g keledek - direbus and dilenyek

Bahan kisar 1:

2 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih

Bahan kisar 2:

6 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering - rendam
2inci lengkuas
2-3 tbsp serbuk kari
4 tbsp tauchu

3 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis
2 Senduk tepung gandum ~ dibancuh dgn sedikit air.
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan:

Tauge
Telur rebus
Tauhu goring - dihiris nipis
Limau kasturi ~ belah dua
Daun bawang
Daun sup

Cara:

1. Tumis bahan kisar #1 sehingga harum. 
2. Masukkan bahan kisar #2 dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan semua air rebusan  dengan isinya. 
4. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh tadi. 
5. Masuk kan keledek  penyek. Biar kan sampai mendidih. Masukkan garam dan gula ikut rasa.. 

Lost a friend

I was so shocked when I got the news that a friend had suddenly collapsed and passed away without regaining consciousness. The family had to make a difficult decision based from the brain stem tests to have the life support machine removed from her after 3 days. Semoga suami dan dua anaknya tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Yang pasti masa untuk sahabat ini, Nura Che Din telah tiba untuk bertemu penciptaNya, dan kita juga PASTI menyusul. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di ampunkan segala dosanya. Al-fatehah.

Sempena syawal yang mulia ini, sama-samalah kita memaafkan semua insan  baik yang hidup maupun yang telah tiada. Minggu pertama syawal ini, empat berita kematian telah saya terima. Pemergian sahabat ini secara mendadak sangat menginsafkan diri ini.

Saturday, August 18, 2012

CARAMEL CAKE

Sangat menarik...Original recipe dari SINI.

Caramel Cake


Bahan-bahan:


Utk KARAMEL:(gandakan dua kali untuk dapatkan lapisan caramel yg cantik)
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )



Utk kek bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.



Utk kek bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak kedalam bahan 1 tadi.
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.



Utk Meringue:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tartar dan terus pukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan meringue kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Utk adunan:
Bahagikan adunan kek tadi kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Selang selikan warna-warna tadi untuk lapisan marble.
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Utk bakar kek dgn kaedah steam bath:
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C.
2. Masukkan kek dalam oven dan tukar pada suhu 160C.
3. Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, August 13, 2012

Ikan kicap masak bali

Lauk yang simple je..


Lauk yang simple je..

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal ~ potong 2, goreng sebentar dengan kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
1 batang serai ~ diketuk
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas putih ~ hiris
sedikit kicap
1 biji cili hijau
1/2 inci halia ~ hiris

Cara:
1. Tumis bawang merah dan putih hingga layu.
2. Masukkan serai, halia, serbuk ketumbar dan jintan manis, gaul rata.
3. Masukkan kicap dan sedikit air, biar mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam, gaul rata, dan padam api
5. Masukkan tomato belah 4. Sedia untuk di hidang.






Begedil

Kalau makan dengan soto lagi sedap...

 RESEPI BEGEDIL DAGING
  150 gm daging cincang
4 biji kentang ~ potong 8 mcm wedges 
1 ulas bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1 biji telor ~ asingkan putih dan kuning
daun bawang, daun sup ~ hiris halus
lada sulah
garam


Cara:
1. Goreng kentang sebentar, jangan sampai garing, toskan minyak, tumbuk lumat.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, daging cincang, kentang yang telah ditumbuk, daun bawang dan sup, kuning telor dan garam kedalam mangkuk besar. Gaul hingga sebati.
3. Kepalkan adunan tadi menjadi bebola, dan leperkan jadi bentuk seperti dalam gambar di atas.
4. Celupkan dalam putih telor dan goreng dalam minyak panas hingga masak.
5
6

Thursday, August 9, 2012

Sambal Jawa

I got to know of this dish when I was still small. My late mum used to bring back "nasi ambeng" if she went to 'kenduri' at one of our neighbors back in kampung. Neighbor ni orang jawa, we used to call her Mak daseh, and her house was just behind ours. My family is from mixed malay bugis and chinese origin, tiada darah jawa....

Kalau ada kenduri kawen, yang ada lauk ni, memang le sure ambik, lagi-lagi kalau ada lauk daging sambal goreng kering, sedappp..Resepi ni jumpa di internet and as usual, saya ubah suai sikit ikut bahan yang ada, senang je nak masaknya pun..

RESEPI SAMBAL JAWA KERING
Bahan-bahan:
3 keping tauhu    }
2 keping tempe   } potong dadu dan digoreng
2 biji kentang     }
1-2 batang kacang panjang ~ potong serong
6-7 ekor isi udang segar
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1-2 cili hijau/merah ~ hiris
sedikit su'un ~ rendam biar lembut
sedikit santan ~ 2 or 3 sudu
sedikit kicap
garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah & putih dengan sedikit minyak hingga layu.
2. Masukkan isi udang dan garam, gaul hingga rata.
3. Masukkan tempe,kentang, tauhu, sayur kacang, su'un, kicap dan cili, gaul rata.
4. Masukkan santan dan lada sulah, gaul, padam api.


Selalunya nasi ambeng ada lauk ni sekali, mee goreng kicap. Ni ada budak kecik yang puasa teringin nak makan mee goreng. Kalau ada abang-abangnya, kena buat dua dish, satu pedas & satu lagi tak pedas. Yang ini tak pedas, tapi I made some sambal kicap (cili padi tumbuk dengan se ulas bawang putih, letak kicap perah limau kasturi) untuk sesiapa yang nak pedas...

Wednesday, August 8, 2012

Kuih Lopes

My late mom used to make this kuih when I was small. Back then, tak pandang sangat this kuih. Kalau kek ke cookies suka lah. That was then........ We just loveee this kuih . Dah lama salin resepi ni, tapi tak sempat2 nak buat. Forgotten where it was from, but sincerely appreciate it. Tq. Kalau rasa banyak, boleh simpan kuih ni (tanpa salut kelapa lagi ye) dalam freezer. Bila nak makan, kukus kan, then potong dan salut dengan kelapa.

KUIH LOPES
Bahan-bahan:

500gm pulut
1 sudu makan air kapur
5-6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis )
sedikit pewarna hijau (masukkan kedalam pati pandan)
sedikit garam(masukkan kedalam pati pandan)
air secukupnya
daun pisang yang lebar ~ untuk gulung jadi macam bantal (kalau rajin boleh buat bentuk tiga segi sahaja)
tali untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih gaul dgn secubit garam




Cara membuatnya:
  1. Rendam pulut dengan air kapur semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.
  3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.
  4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau sentiasa, jangan bagi berkerak dibawah.
  5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.
  6. Basuh daun pisang, layur atas api dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.
  7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.
  8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang (bergantung kepada saiz daun anda)
  9. Gulung dan padatkan.
  10. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air...tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat. Tekan2 sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi.
  11. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan dapat 3 gulung pulut.
  12. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.
  13. Rebus selama 2 jam.
  14. Angkat dan toskan
  15. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang, macam potong telor.
  16. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.
  17. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
  18. Hidangkan bersama air gula melaka
Untuk Air Gula melaka:
300gm gula melaka
250ml air (tambah jika perlu)
1-2 helai daun pandan


Cara :
  1. Masukkan gula melaka dan air, masak sehingga gula melaka larut
  2. Angkat dan tapis untuk mendapatkan air gula melaka yang jernih dan pekat.

Saturday, August 4, 2012

Biskut Sarang Semut

Dah buat kuih raya ke? Boleh cuba kuih lama ni. Masa kecik-kecik dulu pernah tolong parut kuih ni.
I usually bake my raya cookies during the last week of ramadhan. Bake awal, cepat le habisnya, bila raya tinggal balang je nanti...resepi lama ni memang tak guna telor, yang moden ada letak telor.gambo nanti akan di upload

Biskut Sarang Semut


Bahan-bahan:


6 oz/170 gm butter
4 oz/120 gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp baking powder
6 oz/170 gm tepung gandum
4 oz/ 120 gm tepung kastad
sedikit coklat rice
manik warna-warni


Cara-cara:
1. Pukul butter dgn gula hingga kembang.
2. Masuk esen vanilla, gaul rata.
3. Masukkan tepung2 yang telah diayak dengan baking powder, gaul hingga jadi doh yg sebati.
4. Parut kedalam mangkuk besar/ tekan guna parut limau yg berlubang2 tu, or boleh juga guna acuan muruku yg halus tu.
5. Sudukan ke dalam paper cup kecil. Hias dgn choc rice & manik berwarna.
6. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

Wednesday, August 1, 2012

Western juga jadi pilihan

Baru-baru ni, anak-anak minta buat baked pasta for iftar, tak mau nasi. And ada sorang tu pulak nak makan ayam panggang. So, menu ni lah jadi pilihan...

Yang ini untuk ada orang tu bawa balik rumah.

Resepinya boleh tengok kat SINI.

Yang ini untuk kami. Melted cheese with breadcrumbs for the topping. Kalu suka, boleh tabur parmeesan bila nak makan. Sedap makan masa panas-panas...

I baked 2 quarters of a chicken. Simple je, letak black pepper sauce, kicap and some oyster sauce. Perap dulu,s ebelum di bakar dalam oven at 180 for about 30-45 min. Dah masak tabur some sesame oil.

You can also put some rosemary and barbeque sauce kalau ada, but  I just used olive oil je.

Ikan Masam Manis

Ikan Masam Manis for iftar.


Bahan-bahan;


1 ekor ikan kerapu/ atau siakap ~ saya guna je ikan besar yang ada, tapi dah dipotong 4
1 ulas bawang besar
sedikit halia
2 ulas bawang putih
Sedikit capsicum ~ dipotong dadu
1-2 cili merah ~ hiris nipis
1 biji tomato ~ belah 8
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos cili thai
2 tbsp sos tiram/sos plum
2 tbsp sos tomato
sedikit kunyit
garam
sedikit hirisan batang celery
limau nipis/lemon
tepung jagung


Cara:
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Golekkan atas sedikit tepung jagung.
2. Goreng ikan sebentar, toskan minyak dan susun dalam bekas hidang.
3. Tumis hirisan cili, halia & bawang2 sebentar saja hingga naik bau.
4. Masukkan segala sos, dan sedikit air. Kalau nak berkuah banyak boleh tambah ikut suka, biar mendidih.
5. Masukkan garam ikut rasa, biar pekat,padam api.
6. Tuang kuah keatas ikan tadi. 
7. Perahkan air limau nipis/lemon keatas ikan.
8. Taburkan hirisan celery dan bawang goreng, sedia untuk di makan.


Popia ni dibuat banyak sebelum ramadhan, dan di simpan dalam freezer. Resepi ada di SINI

Tuesday, July 31, 2012

Brownies

Original recipe compliments to RIMA. but I baked without ferrero chocs...he..he..and modified sikit letak almond je kat atas..Saje nak try this recipe..

INGREDIENTS:
113g unsweetened chocolate; coarsely chopped
96g unsalted butter, cut into cubes
1 1/4 cups sugar ~ reduced to 3/4 manis sgt nnt
3 large eggs
1 tsp pure vanilla extract
1/4 tsp salt
1 cup all-purpose flour
12 Ferrero Rocher candies, sliced in half ~ I omit this, kalu ada lagi sedap rasanya



DIRECTIONS:
1. Preheat oven to 165 C. Line an 8×8 inch baking pan with foil and spray with nonstick cooking spray.

2. Microwave  butter in a large bowl microwave-safe bowl at medium (50% power) for 3-4 minutes or until melted . Mix in chopped chocolate.

3. Stir until chocolate is melted. Whisk in sugar, eggs, vanilla and salt. Gradually add in flour; stir until just combined.

4. Spread 1/2 the batter into prepared pan. Add an even layer of Ferrero Rocher candies and cover with remaining 1/2 of brownie batter. Bake for 30 minutes; do not over bake.

5. Remove to cooling rack to cool completely.

Masak daging

My little one requested this dish for iftar, while Alya wanted onde-onde for the 'kuihs'.

Daging sambal sos tiram


Bahan-bahan:


1/2 kg daging ~ rebus hingga lembut
1 ulas bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
5 - 6 tbsp cili kisar ~ boleh tambah lagi kalau suka pedas
5 ulas bawang merah ~ di kisar
1 biji tomato
2 tbsp sos tiram


Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan bawang yang dah dikisar tadi, gaul hingga naik pecah minyak.
3. Masukkan bawang hiris, halia dan bawang putih, kacau sebentar hingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, isi daging & sedikit air rebusan, gaul & biar mendidih.
5. Masukkan tomato & garam ikut rasa, tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.


Sayur Campur


Ini simple je. Kobis, capsicum, carrot di hiris. Masak dengan sedikit bawang putih cincang dan sos tiram, dengan minyak bijan. Letak sedikit isi udang.












Onde-onde


Bahan


2 cup tepung pulut
sedikit air pandan ~ (blender 4 helai pandan & tapis airnya )
garam
pewarna hijau
gula kelapa/manisan yang di potong kecil
1 - 1 1/2 cup kelapa parut putih  ~ gaul dengan secubit garam


Cara:


1. Gaul tepung pulut dengan air tapisan pandan & pewarna tadi hingga jadi doh yang tidak melekit pada tangan/ tepi mangkuk.
2. Gentel bulat-bulat kecil, isis dengan potongan gula kelapa tadi, bentukkan bebola kecil.
3. Didihkan air dalam periuk.
4. Masukkan bebola tepung yang telah didisi dengan gula kelapa tadi kedalam air mendidih.
5. Kuih akan timbul bila dah masak. Angkat dangaul dengan parutan kelapa putih.









Monday, July 30, 2012

Puteri mandi

Bila ramadhan je, kuih ni mesti jadi pilihan anak-anak...so, I made them colorful...



PUTERI MANDI


Bahan-bahan:


2 cup tepung pulut
3 cup air pandan  ~ air di mesin dengan pandan, ditapis
sedikit garam
1 1/2 biji kelapa parut
3/4 cup gula pasir


Cara-cara:
1. Bancuh tepung dengan air pandan & garam.
2. Didih kan air dalam periuk.
3. Bulat-bulatkan doh tadi  dan picit sedikit di tengah.
4. Maukkan kedalam air mendidih.
5. Bila kuih timbul, boleh diangkat.
6. Masak air dengan gula, hingga mendidih, masukkan kelapa parut.
7. Gaul kuih dimasak dengan kelapa parut tadi.


Rendang pucuk ubi, lauk dari rembau, nogori sembilan.




Yang ni pulak untuk dearest hubby. Mengidam nak makan keledek jepun. I just sliced the top and wrap in aluminium foil, then baked in the oven. Very soft and sweet. Nanti boleh buat baked cheese potato lah pulak. Kena cari russet potatoes yang besar tu.

Friday, July 27, 2012

Cek Mek Molek

Kuih tradisional dari kelantan. Salah satu favorite anak-anak juga...

Kuih Cek Mek Molek


Bahan-bahan:


2 cup ubi keledek yg telah direbus & dihancurkan
1 cup tepung gandum
sedikit gula pasir ~ untuk inti
minyak untuk menggoreng


Cara-cara:


1. Gaulkan keledek hancur tadi dengan tepung & secubit garam halus hingga menjadi doh yang lembut.
2. Kepalkan menjadi bebola bulat.
3. Leperkan bebola tadi, isi dengan sedikit gula, dlm 1 tsp.
4. Cantumkan balik doh berisi gula tadi, dan ratakan agar inti gula tadi tidak terkeluar.
5. Bentukkan menjadi bujur memanjang.
6. Goreng dalam api sederhana hingga kuning/masak.

Ikan assam

Actually, lauk ni dari asam pedas, but i made it less pedas so the kids boleh makan sekali, thus the recipe dah hilang the 'PEDAS' title..

Bahan-bahan:


2 keping isi ikan tenggiri
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia & kunyit
sedikit lengkuas
1 tsp serbuk ketumbar
2 biji buah keras
3 tbsp cili kisar
1/2 tsp biji halba
sayur bende
3-4 daun limau purut


Cara-cara:
1. Tumbuk kunyit,halia,buah keras,belacan sikit,lengkuas & bawang hingga lumat.
2. Tumis halba sebentar, masukkan cili kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi & serbuk ketumbar, kacau hingga naik bau & masukkan ikan, kaup perlahan agar tumisan sebati dengan ikan.
4. Masukkan air asam jawa, garam & daun limau, biar hingga mendidih.Masukkan bende,padamkan api
5. Biar mendidih.
belacan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...