Thursday, May 28, 2020

Pavlova

Putih telor ada banyak di freezer, lebihan buat kuih2 raya. So, terhasil la pavlova. Nanti boleh buat macaron juga kalau ada lagi lebihan.



Wednesday, May 27, 2020

Cornflake Madu Rangup

Ni biskut favorite ramai. Sekejap je dah licin sebalang.
Resepi yang mudah & ringkas.
















Resepi Cornflake Madu

Bahan
 4 cawan cornflakes
1/4 cawan butter
1/4 cawan madu
Papercup secukupnya

Cara:
1. Cairkan butter dalam kuali dengan api kecil.
2. Masukkan madu, gaul rata.
3. Masukkan cornflakes yang telah diramas sedikit, gaul rata hingga semua kepingan cornflakes di salut cairan butter & madu.
4. Sudukan ke dalam papercups.
5. Bakar pada suhu 100C selama 10 minit, ikut oven masing2.

Tuesday, May 26, 2020

Resepi Kuah Kacang

Resepi yang sedap & favorite. Original recipe dari YatieKitchen diolah ikut cara saya. Sedap makan dengan ketupat & kuah lodeh. Saya suka makan cicah dengan roti kosong.




















Resepi kuah kacang


Bahan
1/2 kotak santan Kara
250gm kacang tanah
1 senduk cili kisar
5-6 Cili kering 
1 inci Lengkuas
1/2 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
 8 Bawang merah
3 Bawang putih
3 Serai

1 Asam keping
1/2 buku Gula melaka/manisan
Sedikit mushroom seasoning ~ jika suka
Garam 
1 cawan air

Cara:
1. Goreng kacang tanpa minyak/bake dlm oven. Buang kulit & tumbuk kasar.
2. Potong kecil semua bahan  & goreng dengan minyak banyak selama 10 minit. Minyak disimpan untuk tumis nanti.
3. Tos minyak & sejukkan.
4. Blender halus, air paras bawang.
5. Tumis bahan kisar dalam minyak gorengan tadi, masukkan cili kisar. Minyak perlu banyak.
6. Masukkan asam keping & gula melaka, kacau selalu.
7. Masuk kacang yang ditumbuk sedikit2.
8. Masukkan santan & garam. Masuk air ke dalam kotak santan & 
9. Masukkan mushroom seasoning.
10. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.

Monday, May 25, 2020

Kuah Lodeh juadah Raya di musim Covid


Raya kali ini kami sambut tanpa 2 anak bujang yang tidak dapat pulang kerana larangan merentas negeri. Tapi, dengan teknologi kini tetap dapat kami bersama walau di alam maya. Alhamdulillah atas segala nikmatNYA.

Ini salah satu menu di pagi raya. Resepi asal dari buku Chef Wan tapi saya ubah sikit. Sangat sedap 





Resepi Kuah Lodeh

Bahan
Santan ~ dari 1 biji kelapa campur 1 liter air
10 urat Kacang panjang ~ potong 2 inci
3 keping Tauhu ~ potong dua, hiris nipis, goreng
4 keping tempe ~ potong kecil, goreng
1 biji terung panjang ~ belah 2, potong 2 inci
150gm kobis ~ hiris nipis
1/2 biji sengkuang ~ kupas kulit & hiris kasar memanjang
30gm su’un ~ rendam sekejap
4 helai daun salam
2 helai daun limau purut
300gm udang segar ~ buang kulit
4 biji telur rebus ~ kupas kulit & belah 2
Sedikit garam
Sedikit serunding daging
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
8 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
2 tbsp belacan
60 gram ikan bilis ~ buang perutnya

Cara:
1. Satukan bahan kisar & kisar halus.
2. Panaskan minyak & tumis hingga naik bau.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali udang, telur & serunding. Masak hingga sayur lembut.
4. Masukkan isi udang, biar mendidih 10 minit.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidang bersama ketupat, kuah kacang, telur rebus & serunding.


Sunday, May 24, 2020

Raya Cookies

Cookies ni ada je sepanjang musim, tak tunggu raya pun. Sekarang dah ramai assistant boleh tolong buat & makan. Biskut peanut butter & Tat nenas klasik. Resepi ada di posting lama.




Thursday, May 21, 2020

Kematian itu pasti

I had lost my youngest brother ‘adik’ .Perginya secara tiba2, amat terkesan pada semua yang mengasihi.


”Ya Allah!


Ampunilah dia dan kasihanilah dia. Sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah    dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran.”

Amin ya rabb

Monday, May 18, 2020

Ketupat Sotong versi Terengganu

Someone’s favorite ni. Kalau ke terengganu, banyak di jual dekat jalan tepi pantai teluk ketapang. Kami lalu disitu on the way ke besut. Ada ikan celup tepung yang sedap di kawasan kampung tu.
Ketupat sotong terengganu ni tidak manis seperti ketupat sotong kelantan.


















Resepi asal dari Madihaa.
Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Bahan

Santan pekat dari sebiji kelapa ~ sebahagian di cairkan
8 ekor sotong saiz sederhana
1 pot beras~ cuci, rendam 1 jam & tos kering
2 batang serai ~ diketuk
3 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1 tsp halba
Sedikit garam & gula
Lidi satay

Cara:
1. Bersihkan sotong, buang selaput kulit, gigi & matanya.
2. Masukkan 1 1/2 tsp pulut ke dalam sotong yang telah di bersih. Anggaran sukatan dalam 1/3 bahagian sotong di isi pulut.
3. Tutup dengan kepala sotong & cucuk lidi untuk tutup lubang sotong. Kalau tak nanti pulut terburai dari isi perut 🤩
4. Masak santan cair dengan serai & sotong. Sukatan santan anggaran dapat tenggelamkan sotong dalam periuk.
5. Masak hingga sotong membuncit, pulut telah kembang & air hampir kering
6. Masukkan baki santan pekat, bawang, halia & halba.
7. Perasakan dengan garam & gula mengikut selera masing2.
8. Masak hingga pekat (atau ikut suka jika nak cair sikit).
Sedia untuk dihidang. 

Sedap , anak & bapa semua suka.

Wednesday, May 13, 2020

Curry Laksa


Nama je curry tapi takde letak serbuk curry pun. Another menu for iftar


Resepi Curry Laksa

Bahan

1 peketLaksa ~ celur dalam air panas

Bahan kisar
Udang kering
Bunga kantan
Daun kesum
Cili merah or cili kering
Lengkuas
Halia
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit

Mushroom seasoning
Kiub pati ayam ~ saya omit
Udang besar ~ rebus & buang kulit, simpan air rebusan
Sedikit ayam ~ rebus & simpan air rebusan
Tauhu pok
Santan

Untuk hiasan
Telur rebus
Fish cake~ celur
Daun sup
Daun pudina
Daun kesum
Limau kasturi
Tauge
Isi udang
Bawang goreng
Cili padi

Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan ayam & udang.
3. Masukkan tauhu pok, garam, mushroom seasoning.
4. Masukkan santan, gaul rata, biar mendidih.
5. Sedia untuk dihidang dengan laksa & bahan hiasan.
Selamat menjamu selera








Corn Dog

Salam ramadhan. Dah lama tak sempat nak update.
During MCO ni, ramai assistant di dapur, so, ibu boleh relax sikit.

The kids have a longgg list of food they wanted to have for iftar. Its the norm to have home cooked kuih2 for iftar. We dont miss the bazaar ramadhan. Satu hari satu kuih.

Cheesy corn dog ni prepared by iman, assisted with adik2🤩

Senang je buatnya, sausage, cheese, breadcrumbs & batter




Sunday, May 10, 2020

Birthday


Since duduk di rumah je, kita buat birthday cake untuk Alya. Snow cheese cake & assorted tartlets.  Ramai chef kat rumah 😎



Wednesday, February 12, 2020

TELOR PINDANG

Resepi ni dari my auntie's. My late mum dulu rajin juga buat, but I never got the opportunity to learn the recipe from her. So, better simpan untuk future references...

Ni sukatan untuk buat kenduri kawen, so if nak masak for small amount, reduce and divide the ingredients ye..

RESEPI TELOR PINDANG

Bahan:

1000 biji telor ayam gred C
1 kg ketumbar kasar
1/2 kg jintan manis
1/2 kg jintan putih
2 kg asam jawa
1 kg garam kasar
1 botol besar kicap pekat
Lengkuas dan daunnya
serai dan daunnya
daun jambu batu
daun bebuas
daun senduduk

Cara:

1. Alas periuk dengan kain. Susun dedaun.
2. Tabur rempah, dan susun telor.
3. Susun lagi daun2 serai dan lengkuas.
4. Ulang langkah 2-3 hingga habis telor.
5. Ambil perahan air asam jawa, tapis dan gaul dengan garam dan kicap hingga garam hancur.
6. Tuang bancuhan ke dalam periuk yang telah disusun telor dan dedaun tadi.
7. Tambah air hingga paras telor.
8. Tutup periuk dengan kain sebelum ditutup.
9. Rebus dengan api perlahan.
10. Se eloknya, telor direbus selama 3 hari 3 malam agar rempah dan dedaun meresap ke dalam telor.

Tuesday, February 11, 2020

Bokoh Ubi

I love this dish. Ubi banyak  hasil tanam kat tepi sungai.
Original recipe dari blog azlita, masam manis.




















RESEPI BOKO UBI

Bahan

Lapisan Bawah
3 cawan ubi yang telah di parut halus
2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir ~ boleh skip untuk kurang manis
2 helai daun pandan
3 cawan air

Lapisan Atas
2 kotak santan KARA ~ atau santan segar pekat 400ml
3 cawan air
7 tbsp tepung beras
1 1/2 tsp garam

Cara
Untuk lapisan bawah
1. Buat air gula dulu, satukan semua bahan dalam periuk kecuali ubi. Masak hingga gula larut, sejukkan.
2.: Dah sejuk, tuang air gula dalam parutan ubi.
3. Panaskan kukusan.
4. Susun bekas dan isi setengah sahaja.
5. Kukus hingga masak, dalam 20 minit.

Untuk lapisan atas
1. Satukan semua bahan dalam periuk & masak hingga sedikit pekat. 
2. Tuang adunan putih ini  ke atas bekas lapisan bawah tadi.
3. Sejukkan. Sedia untuk dimakan.....



Monday, February 10, 2020

Seafood Carbonara

Assalamualaikum dear peeps. Dah bersawang blog ni tiada update. Life has been very hectic for me for the last 2 years. Macam2 ujian melanda. Alhamdulillah, with Allah’s blessing, dapat meneruskan kehidupan ini and now sharing more recipes here.

Resepi ni dikongsi oleh seorang sahabat lama dari sekolah menengah lagi. She is now a homebased baker, tq fazlon.
Tried and tested and sangat sedap

RESEPI SEAFOOD CARBONARA

Bahan ~ hidangan utk 2 orang

160 gm spaghetti ~ rebus & drain
10gm minyak
20gm butter

1/2 biji bawang holland ~ potong dadu
20 gm leek ~ cincang
Carrot, mushroom ~ sliced thinly


1/2 tbsp oregano

Seafood ~ sukatan ikut citarasa
Lala
Kupang
Ketam
Sotong
Udang

120 gm air
120 gm whipping cream
1 slice cheese
1 tbsp black pepper powder

Cara

1. Panaskan minyak & butter, tumis bawang hingga naik bau
2. Masukkan leek & carrot, gaul.
3. Masukkan oregano & seafood, biar masak.
4. Masukkan air, whipping cream, cheese. Biar hingga mendidih.
5. Masukkan spaghetti, gaul sebentar, matikan api. Siap untuk dihidang


NASI TOMATO S'PORE

RESEPI NASI TOMATO SINGAPORE

Bahan:

2 kg beras siam ~ 8 tin susu
1 tin sedang tomato puree
2 biji bawang besar ~ hiris
1 inci halia ~ tumbuk
6 ulas bawang putih ~ tumbuk
daun ketumbar ~ seikat
4 biji buah pelaga
6 kuntum cengkih
1 inci kayu manis
1 tbsp air mawar ~ jika suka
1/2 tin susu cair
sedikit majerin
air ikut sukatan beras
garam

Cara:

1. Panaskan majerin, tumis bawang hiris.
2. Masukkan halia & bawang putih, masukkan semua rempah kasar.
3. Bila dah kunig, masukkan air ikut sukatan, garam, didihkan.
4. Masukkan beras, daun ketumbar. Kacau rata, biar masak.

PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK PETAI

RESEPI PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK PETAI
 
Bahan-bahan di HIRIS KASAR

  • 1 ikat pucuk ubi ~hiris kasar
  • 10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar
  • 10 helai pucuk labu - hiris kasar 

 Bahan-bahan di HIRIS HALUS 
  • 3 helai daun kunyit 
  • 4 batang serai 

 Bahan-bahan di TUMBUK
  • 20 biji cili api 
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 genggam ikan bilis

Bahan-bahan lain
  • 6 sudu besar tempoyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 papan petai
  • 1 keping asam keping
  • garam bukit secukupnya.

Cara membuatnya:
  1. Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
  2. Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
  3. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
  5. Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
  6. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. 

DALCA DAGING

RESEPI DALCA DAGING

Bahan:

1 kg daging lembu campur tulang rusuk ~ rebus hingga empuk
200 gm kacang panjang
2 batang terung
2 batang carrot
3 biji kentang
2 biji pisang muda
1 biji mangga muda
6 biji belimbing buluh
4 biji lada merah & hijau ~ belah dua tidak putus
2 tangkai daun kari
1/2 biji kelapa ~ ambil santan pekat
100 gm kacang dal
4 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
rempah kari babas
semua sayur di potong kecil

Cara:
1. Hiriskan sebiji bawang besar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan rempah tumbuk dengan rempah kari. Gaul hingga naik bau.
3. Masuk daging dgn air rebusan.
4. Masukkan santan, kacang dal dan sayuran, daun kari, air asam jawa.
5. Perasakan dengan garam, tutup api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...