Showing posts with label koleksi mak mon. Show all posts
Showing posts with label koleksi mak mon. Show all posts

Wednesday, February 12, 2020

TELOR PINDANG

Resepi ni dari my auntie's. My late mum dulu rajin juga buat, but I never got the opportunity to learn the recipe from her. So, better simpan untuk future references...

Ni sukatan untuk buat kenduri kawen, so if nak masak for small amount, reduce and divide the ingredients ye..

RESEPI TELOR PINDANG

Bahan:

1000 biji telor ayam gred C
1 kg ketumbar kasar
1/2 kg jintan manis
1/2 kg jintan putih
2 kg asam jawa
1 kg garam kasar
1 botol besar kicap pekat
Lengkuas dan daunnya
serai dan daunnya
daun jambu batu
daun bebuas
daun senduduk

Cara:

1. Alas periuk dengan kain. Susun dedaun.
2. Tabur rempah, dan susun telor.
3. Susun lagi daun2 serai dan lengkuas.
4. Ulang langkah 2-3 hingga habis telor.
5. Ambil perahan air asam jawa, tapis dan gaul dengan garam dan kicap hingga garam hancur.
6. Tuang bancuhan ke dalam periuk yang telah disusun telor dan dedaun tadi.
7. Tambah air hingga paras telor.
8. Tutup periuk dengan kain sebelum ditutup.
9. Rebus dengan api perlahan.
10. Se eloknya, telor direbus selama 3 hari 3 malam agar rempah dan dedaun meresap ke dalam telor.

Monday, February 10, 2020

NASI TOMATO S'PORE

RESEPI NASI TOMATO SINGAPORE

Bahan:

2 kg beras siam ~ 8 tin susu
1 tin sedang tomato puree
2 biji bawang besar ~ hiris
1 inci halia ~ tumbuk
6 ulas bawang putih ~ tumbuk
daun ketumbar ~ seikat
4 biji buah pelaga
6 kuntum cengkih
1 inci kayu manis
1 tbsp air mawar ~ jika suka
1/2 tin susu cair
sedikit majerin
air ikut sukatan beras
garam

Cara:

1. Panaskan majerin, tumis bawang hiris.
2. Masukkan halia & bawang putih, masukkan semua rempah kasar.
3. Bila dah kunig, masukkan air ikut sukatan, garam, didihkan.
4. Masukkan beras, daun ketumbar. Kacau rata, biar masak.

Monday, February 2, 2015

MEE REBUS JAWA S'PORE

RESEPI MEE REBUS JAWA S'PORE
sumber: adik pakcik singapore

Bahan:

2 kati mee kuning
1 cawan minyak ~ utk tumis
5 biji buah tomato ~ dibelah
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 kg keledek ~ rebus & lenyek/kisar lg cantik pekat kuahnya
1 batang serai ~ tumbuk
1/2 inci lengkuas ~ tumbuk
4-5 tbsp rempah kari daging BABAs
20 ulas bawang merah ~ tumbuk
10 labu bawang putih ~ tumbuk
1 inci belacan ~ tumbuk
150 gm kacang tanah ~ goreng  & tumbuk halus
3 genggam ikan bilis goreng tumbuk halus
3 sudu besar taucu ~ kisar 
daging tetel ~rebus
sedikit udang basah ~ separuh direbus & kisar, separuh lg masuk dlm kuah

Bahan Hiasan:
Mee kuning dicuci & toskan
3-4 keping tahu ~ goreng & hiris kecil
telor rebus ~ belah dua
lada hijau ~ mayang
daun sadri & bawang ~ hiris halus
tauge ~ celor

Cara:

1. Lebihan minyak goreng kacang & bilis tadi, di tumis belacan, bawang merah & putih hingga garing.
2. Masuk rempah kari (tanpa air).
3. Masukkan 1 mangkuk air, didihkan.Masukkan serai & lengkuas.
4. Saring lebihan minyak diatas, ketepikan.
5. Masukkan tetel rebus, kacang & ikan bilis tumbuk.
6. Masukkan udang & udang kisar, tomato.
7. Masukkan keledek, garam, gula. Gaul rata agar tidak berketul, biar mendidih.
8. Masukkan minyak yang telah di saring tadi.
Kalau nak sedap, sediakan sambal tumis yang diletak udang kering tumbuk. Letak diatas mee semasa menghidang.

Sunday, December 14, 2014

LAKSA NYONYA

RESEPI LAKSA NYONYA

Bahan:

50 gm bawang merah
15 gm serai
10 gm halia
10 gm bawang putih
7 gm lengkuas
220 gm tauge
100 gm bunga kantan ~ mayang
250 gm timun ~ hiris halus
200 gm bebola ikan
250 gm udang basah
50 gm cili kisar
5 gm serbuk kunyit
15 gm cili merah ~ hiris
1 kg santan
50 gm mee hoon ~ di celur
60 gm minyak
garam

Bahan hiasan:
timun 
tauge
bunga kantan

Cara:
1. Tumbuk bawang merah, serai, halia, lengkuas , bawang putih. Gaul kunyit.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing, masuk cili kisar. tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, masak hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan udang dan bebola ikan, garam.
5. Untuk menghidang, masukkan meehoon, letak timun hiris, tauge, bunga kantan. Tuang kuah. Hias dengan cili hiris.

Thursday, December 11, 2014

IKAN BAKAR BEREMPAH

RESEPI IKAN BAKAR

Bahan:

1 ekor ikan senangin ~ belah dua di belakang
2 biji cili merah
5 biji buah keras
5 ulas bawang merah
4 helai cili kering
sehelai daun limau purut 
sehelai daun kunyit ~ hiris halus
2 biji limau kasturi
garam, minyak
daun pisang

Cara:

1. Tumbuk semua bahan tadi hingga naik bau, kecuali daun kunyit & limau.
2. Masukkan daun kunyit & garam.
2. Alas daun pisang di atas aluminium foil.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam belahan ikan. Jika ada lebihan, tuang atas ikan. Perah limau atas ikan.
4. Bungkus ikan dan bakar atas dulang dalam oven hingga masak.

Saturday, November 29, 2014

RAWAN

RESEPI RAWAN

Bahan:

3 biji buah keluak ~ keruk isinya
600 gm daging tetel ~ potong kecil, rebus
1 inci halia
6 biji lada kering
1/2 inci kunyit hidup
2 tbsp ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
sedikit belacan
1 inci lengkuas ~ ketuk
35 biji lada hitam
1 batang serai ~ ketuk
daun salam
daun limau purut
asam jawa
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah


Cara:

1. Kisar ketumbar, belacan,lada hitam,jintan, cili kering, kunyit, halia, bawang merah & putih.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan serai & lengkuas, gaul rata, masuk rebusan tetel.
4. Masukkan isi keluak, air asam jawa, daun limau & salam, garam.
5. Sedia untuk dihidang.


Friday, November 28, 2014

AYAM/ DAGING MASAK KICAP

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil 

Bahan A:
1 tsbp ketumbar biji  ]
1/2 tsp jintan manis  ] tumbuk kasar
1 tsp jintan putih      ]

Bahan B:
2 ulas bawang putih       ] tumbuk halus
4 ulas bawang merah     ]
2 batang serai               ]
1/2 inci lengkuas           ]
1 tsp serbuk lada putih  ]
1/4 biji buah pala          ]
sedikit cili kisar jika suka

1 inci kayu manis
4-5 kuntum cengkih
1/2 cawan santan kelapa
kicap ikut suka


Cara:
1. Ayam dibersihkan dan digoreng kunyit.
2. Tumis Bahan B dengan kayu manis & lawang, dengan sedikit lebihan minyak ayam tadi.
3. Masukkan kicap, santan & ayam. Biar pekat.
4. Jika suka, masuk cili belah & kentang goreng.

Wednesday, November 26, 2014

PARU GORENG

RESEPI PARU GORENG

Bahan:

1.2 kg paru
5 biji lada kering
1 tbsp ketumbar biiji
1/2 tsp jintan putih ~ halus
1/2 tsp jintan manis ~ kasar
sedikit kunyit hidup, garam

CARA:

1. Cuci paru, rebus dengan air yang dicampur sedikit cuka masak.
2. Masak hingga empuk, toskan dan biar sejuk. Hiris nipis.
3. Semua bahan diatas di kisar halus, perap dengan hirisan paru selama 15~20 minit.
4. Goreng.

Thursday, November 20, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan:

1 ekor ayam ~ dipotong ikut suka
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
1 tbsp ketumbar
3-4 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
sedikit kunyit, garam

Cara:

1. Tumbuk semua bahan, perap pada ayam.
2. Goreng.

Wednesday, November 19, 2014

Nangka Muda Masak Lemak


RESEPI NANGKA MUDA MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

sedikit nangka muda ~ direbus lembut
santan dari 1 biji kelapa
1 tbsp ketumbar biji ]
1 tsp jintan manis    ] dikisar halus
1/2 tsp jintan putih  ]
sedikit lada hitam
3-4 biji buah keras ~ tumbuk
1/2 inci kunyit hidup ~ tumbuk lumat
1/2 ici halia ~ tumbuk
1-2 tbsp cili kering kisar
sedikit buah pala ~ parut 
1/2 inci lengkuas _ tumbuk
5-6 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
sedikit garam

Cara:(bahan tumbuk boleh juga dikisar)

1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak, hingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah yg sudah dikisar/ tumbuk.
3. Masukkan santan, nangka & masak dengan api sederhana. Gaul jangan bagi pecah santan, biar mendidih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...