Friday, July 22, 2011

Durian and more..

 Salam pagi Jumaat.

Ni ada lebih sikit isi durian yang lebih di buat kuah durian.Pulut pun ada lebih sikit, di kukus semangkuk je. Yang kuat makan semua takde kat rumah. Ada budak kecik tu suka makan kuah durian dengan roti.Boleh hirup lagi tu..

 











Biskut ni nampak sedap, lagi-lagi ada almond, my favorite.

Resepi asal dari SABA di Jepun sana.

MELTING ALMOND


Bahan - bahan:
  • 180gm shortening
  • 150 gm serbuk badam ( almond powder)
  • 120 gm almond flakes ( disangai dan diramas sehingga hancur)
  • 120 gm gula aising
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 200 gm tepung gandum
  • 80 gm tepung jagung



Cara Membuatnya:
  1. Almond flakes disangai dan kemudian diramas sehingga sedikit hancur
  2. Kemudian, pukul shortening dan gula icing dengan mixer sehingga  berkrim dan kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung, tepung jagung,serbuk badam, dan juga almond flakes yg telah dihancurkan tadi.
  4. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama 15 minit. Kemudian bentukkan mengikut corak kesukaan anda.
  5. Bakar doh pada suhu 150 darjah selama 30 minit bergantung kpd oven masing2.
  6. Sejukkan cookies ini sebelum dialihkan di dalam container


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...