Monday, August 4, 2008

Lasagna and Serawa durian



Lasagna saya ni saja je lebihkan cheese kat atas..

Lasagna

Bahan
250gm kepingan lasagna ~ beli yang precooked, tak payah rebus dulu
Parutan cheddar/mozzarella cheese
Red sauce
White sauce

Untuk Red sauce

500gm daging cincang/kisar
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dadu
1 tin kecil tomato puree
sedikit sos tomato
oregano leaves } dalam botol
mixed herbs leaves }
2 keping cheese
garam

Cara utk red sos: sama seperti kuah spaghetti
1. Tumis bawang dadu hingga layu.
2. Masukkan daging cincang, hingga kering airnya.
3. Masukkan tomato puree, sos tomato, oregano & mixed herbs, cheese dan gaul rata.
4. Letak garam ikut rasa.

Untuk White Sauce
600 ml susu segar
3 tbs tepung
sedikit serbuk lada hitam
garam
1 tbs butter

Cara utk white sauce:
1. Panaskan susu dengan tepung sambil digaul hingga sebati, utk elakkan berketul.
2. Masukkan lada hitam dan garam ikut rasa.
3. Masak dengan api perlahan hingga pekat, Sejukkan.

Cara utk LASAGNA
1. Sapukan bekas pembakar dengan butter, dan susun kepingan lasagna dibahagian bawah.
2. Sendukkan sedikit red sauce, ratakan diatas kepingan lasagna tadi, kemudian sendukkan white sauce pula dan ratakan.
3. Taburkan sedikit parutan cheese.
4. Lapiskan dengan kepingan lasagna lagi dan ulang step 2 -3 sehingga habis kepingan lasagna.
5. Untuk lapisan terakhir, selepas kepingan lasagna, ratakan white sauce diatasnya, kemudian taburkan parutan cheddar/mozzarella cheese sehingga menutup semua bahagian white sauce tadi.
6. Bakar pada suhu 180C selama 30~35 minit.
7. Sedap di hidang panas2 bersama sedikit parmeesan cheese.






Layeringnya tak nampak sangat sebab cheese dok meleleh covering the lasagna pieces, red and white sauces..


Serawa Durian

1 mangkuk besar isi durian dengan biji2 sekali (lebih pun tak pe)
1 ketul gula melaka
1 peket santan segar pekat dari 1 biji kelapa~ beli di pasar
garam
3 helai daun pandan
sedikit air

Cara
1. Masak isi durian dengan air hingga mendidih dan lembut isinya.
2. Masukkan daun pandan dan gula melaka, biar hingga gula hancur.
3. Bila telah pekat, masukkan santan dan garam, gaul rata.
4. Padam api bila kuah telah mendidih.

Kuah durian or serawa durian ni sedap dimakan dengan putu mayam , roti or roti jala..Ni special request from orang yang duk asrama, teringin nak makan...kesian anak ibu, macam ngidam pulak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...