Monday, July 30, 2012

Puteri mandi

Bila ramadhan je, kuih ni mesti jadi pilihan anak-anak...so, I made them colorful...



PUTERI MANDI


Bahan-bahan:


2 cup tepung pulut
3 cup air pandan  ~ air di mesin dengan pandan, ditapis
sedikit garam
1 1/2 biji kelapa parut
3/4 cup gula pasir


Cara-cara:
1. Bancuh tepung dengan air pandan & garam.
2. Didih kan air dalam periuk.
3. Bulat-bulatkan doh tadi  dan picit sedikit di tengah.
4. Maukkan kedalam air mendidih.
5. Bila kuih timbul, boleh diangkat.
6. Masak air dengan gula, hingga mendidih, masukkan kelapa parut.
7. Gaul kuih dimasak dengan kelapa parut tadi.


Rendang pucuk ubi, lauk dari rembau, nogori sembilan.




Yang ni pulak untuk dearest hubby. Mengidam nak makan keledek jepun. I just sliced the top and wrap in aluminium foil, then baked in the oven. Very soft and sweet. Nanti boleh buat baked cheese potato lah pulak. Kena cari russet potatoes yang besar tu.

Friday, July 27, 2012

Cek Mek Molek

Kuih tradisional dari kelantan. Salah satu favorite anak-anak juga...

Kuih Cek Mek Molek


Bahan-bahan:


2 cup ubi keledek yg telah direbus & dihancurkan
1 cup tepung gandum
sedikit gula pasir ~ untuk inti
minyak untuk menggoreng


Cara-cara:


1. Gaulkan keledek hancur tadi dengan tepung & secubit garam halus hingga menjadi doh yang lembut.
2. Kepalkan menjadi bebola bulat.
3. Leperkan bebola tadi, isi dengan sedikit gula, dlm 1 tsp.
4. Cantumkan balik doh berisi gula tadi, dan ratakan agar inti gula tadi tidak terkeluar.
5. Bentukkan menjadi bujur memanjang.
6. Goreng dalam api sederhana hingga kuning/masak.

Ikan assam

Actually, lauk ni dari asam pedas, but i made it less pedas so the kids boleh makan sekali, thus the recipe dah hilang the 'PEDAS' title..

Bahan-bahan:


2 keping isi ikan tenggiri
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia & kunyit
sedikit lengkuas
1 tsp serbuk ketumbar
2 biji buah keras
3 tbsp cili kisar
1/2 tsp biji halba
sayur bende
3-4 daun limau purut


Cara-cara:
1. Tumbuk kunyit,halia,buah keras,belacan sikit,lengkuas & bawang hingga lumat.
2. Tumis halba sebentar, masukkan cili kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi & serbuk ketumbar, kacau hingga naik bau & masukkan ikan, kaup perlahan agar tumisan sebati dengan ikan.
4. Masukkan air asam jawa, garam & daun limau, biar hingga mendidih.Masukkan bende,padamkan api
5. Biar mendidih.
belacan

Chocolate Chips Cookies

Baked dah lama, tak sempat nak post je resepi ni. My family enjoyed this cookie. Another version of choc chip cookie...Tak ingat ambik kat mana, but thanks to the contributor, sudi share recipe..I ran out of cocoa powder, ganti dengan ground hazelnut. Memang sedap













CHOCOLATE CHIP COOKIE

Bahan-bahan:

250 gm mentega ~ biar pada suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 tsp  vanilla essence
1 biji kuning telur

1 cup coklat chip
100 gm walnut/almonds/hazelnut ~ di potong kecil2
2 1/4 cup tepung gandum   }
3 tsp serbuk koko               }
2 tbsp tepung jagung          }  ~ diayak 
1/2 tsp soda bikarbonate    }
2 tbsp susu tepung             }
Secubit garam                   

Cara-cara:


1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul hingga sebati dengan senduk.
4. Masukkan coklat chip dan kacang, gaul rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar, jarakkan kerana doh akan mengembang.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray sebelum disimpan.

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Masak Merah

This was our menu for iftar on 1st ramadhan. The two elder boys tetiba balik, nak puasa kat rumah, so mum masak special lah sikit for the first day. Nasi tomato with ayam masak merah and salad campur. The girls helped cooked kuih cara, but tak done ambik gambar. Kuihnya dah licin kena ngap..



















AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan:


1 ekor ayam ~ di potong kecil(i used ayam kampung, so 1 ekor cukup la for my family)
1 biji bawang besar ~ hiris nipis
8 tbsp cili kering kisar
8 tbsp sos tomato
2 batang serai ~ di ketuk
2 inci halia ~ hiris nipis
sedikit garam & gula merah/pasir


Cara-cara:


1. Gaul ayam dengan kunyit, goreng sebentar.
2. Tumis cili kisar hingga garing/pecah minyak. 
3. Masukkan bawang, halia, serai hingga layu dan naik bau.
4. Masukkan sos tomato, gula & garam, gaul rata sebentar.
5. Masukkan ayam, biar ayam sebati dengan tumisan tadi sebentar, tutup api.
6. Sedia untuk dihidang dengan nasi tomato.


NASI TOMATO


Bahan-bahan:


2 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis
3 biji tomato ~ potong dadu
1 tin kecil tomato puree
2 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tbsp minyak masak
2 tbsp minyak sapi
sedikit garam
1/4 cawan susu cair
5 pot beras basmathi ~ cuci dan rendam sebentar
7 pot air
2 helai daun pandan 
sedikit bawang goreng
daun ketumbar ~ hiris halus


Cara-cara:
1. Tumis pelaga, bunga lawang, cengkih & kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan bawang &  halia, gaul hingga layu.
3. Masukkan tomato puree, tomato dadu, susu & garam gaul rata.
4. Masukkan beras & daun pandan, ratakan.
5. Masukkan air, gaul rata, biar hingga masak. Boleh masak dalam rice cooker.
6. Bila nasi masak, gaul rata, hidangkan.Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.

Ubi ketuk @getok


Juadah yang sangat mudah untuk disediakan. Makan panas-panas....hmmmm.

UBI KETUK @GETOK


Bahan-bahan:


2 cup ubi kayu rebus yg sudah ditumbuk
1 cup kelapa parut
1/2 cup gula
sedikit garam
tepung beras atau tepung goreng pisang




Cara-cara:
1. Gaulkan ubi kayu & gula hingga rata.
2. Kepalkan bulat-bulat.
3. Bancuh tepung beras dengan sedikit air dan garam.
4 Celupkan bebola ubi tadi kedalam bancuhan tepung beras.
5. Goreng dalam minyak panas hingga kuning. Jangan panas/ lama sangat nanti cepat hangit dan pecah bebola tadi.
6. Sedia untuk dihidang

Friday, July 20, 2012

Ramadhan al Mubarak












Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat ISLAM. Jangan lupa bangun sahur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...