Monday, June 12, 2017

BISKUT BADAM GULUNG

Another recipe from my sil recipe book.

RESEPI BISKUT BADAM GULUNG

Bahan:

Bahan A
1 cawan butter
1/2 cawan majerin
1/2 tsp garam
1/2 cawan gula halus
1 tsp esen vanlilla

2 biji kuning telor
1/2 biji putih telor
3/4 cawan badam kisar
tepung gandum ikut basah

CARA:

1. Pukul bahagian A hingga kembang.
2. Masukkan vanilla & telor, kacau lagi.
3. Masukkan badam gaul rata.
4. Masukkan tepung dan uli hingga sebati.
5. Canaikan dan potong segiempat, isi inti kurma.
6. Bakar

KEK SANTAN

Resepi ni dari buku lama koleksi resepi more than 30 years ago....

RESEPI KEK SANTAN

Bahan-bahan:

8 biji telor
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan santan pekat ~ dari 2 biji kelapa
8 helai daun pandan ~ ambil airnya dalam 2-3 tbsp

Cara:

1. Pukul telor dengan gula hingga putih.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan santan.
3. Tambahkan air pandan, gaul rata.
4. Bakar.

KEK LAPIS PRUNE

Resipi Kek Lapis Prune 
Dalam bracket tu sukatan kalau nak buat separuh adunan.
KEK LAPIS PRUNE (1)
sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahannya
20 (10) biji kuning telur
5 (2½) biji putih telur
12 (6) oz gula halus
16 (8) oz mentega
5½ (2¾) oz tepung Hong Kong atau 150 (75gm)1 (½) sudu teh baking powder
3 (1½) sudu besar susu pekat
7 (3½) oz buah prune (atau secukupnya) - digunting2
1 (½) sudu teh serbuk vanilli

Peraturannya:
Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2(1)senduk adunan. Taburkan prune pada setiap lapisan genap.

Resepi kedua ini adalah sumbangan bekas teman sekerja saya kak Noraini Abdullah.

KEK LAPIS PRUNE (2)
Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
11 oz gula halus
16 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder} ayak bersama
7 oz (atau secukupnya) buah prune -digunting2
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla

Peraturan:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A). Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai. Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

* Perhatikan bahawa resipi pertama menggunakan kaedah tradisional iaitu memukul putih/kuning telur berasingan dgn bahan-bahan lain seperti tepung, gula, dll. Ianya juga tidak menggunakan ovalette kerana cara begini sudah cukup membuat adunan ini lembut. On the other hand, resipi kedua menggunakan kaedah "all-in method" di mana bahan seperti telur, tpg dan gula dicampur bersama lalu dipukul. Lantas, ovalette digunakan utk menambahkan kelembutan pada adunan kek ini. So, if you can master this 2 basic methods, I don't see why you cannot bake Kek Lapis, rite??
Points To Note :
1.Bila mencampurkan bahan mentega dgn bahan telur/tpg, kacaulah rata-rata dan sebati. Kalau tidak, bila melapis, lapisan kek mungkin akan ada 'bubble-bubble kecil'. Jika ini terjadi, lekas-lekas ambil lidi penyucuk satay utk 'membocorkan' bubble tu agar permukaan kek rata semula.
2. Untuk resipi ini anda boleh gunakan loyang 10" x 7". Kalau anda buat 1/2 bahan, gunakan loyang yg kecil sedikit seperti 7"x7".
3. Alaskan loyang dan sapukan minyak/mentega di dasar dan sekeliling loyang.
4. Gunakan senduk bujur agar senang meratakan kek di 'bucu' loyang.
5. Gunakan alat penekan kek lapis sekadar utk meratakan setiap lapisan kek.
6. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu kira-kira 20-30 minit sebelum membakar kek.
7. Gunakan api 'grill' dgn suhu lebih kurang 180 - 200 darjah Celsius. Saya menggunakan oven besar yg dipasang di kitchen cabinet. Selalunya, saya memerlukan lebih kurang 7-8 minit utk membakar setiap lapisan. Kalau dicongak, masa yg diperlukan utk membakar kek ini (abt 12- 14 layers) ialah kira-kira 1 jam setengah.
8. Bila tiba pada lapisan terakhir, setelah lapisan tu hampir masak, saya tukarkan dari mode grill kpd mode oven biasa dan kecilkan suhu kpd 150-160 darjah Celsius dan bakar selama kira-kira 5-8 minit sehingga kek masak rata.
9. Kek lapis ini boleh tahan lama jika disimpan baik-baik. Caranya ialah, selepas kek sejuk, bungkuslah dgn kemas dgn menggunakan kertas timah (aluminium foil) . Selepas tu simpanlah di dalam peti sejuk. Keluarkan setengah jam sebelum digunakan/dipotong.
10. Kalau yg jenis tidak menggunakan ovalette, kek ini boleh dibiarkan di luar sahaja di dalam loyangnya atau di dlm kotak kek. Ianya dapat bertahan kira-kira 1 minggu. Tapi, anda hendaklah memastikan loyang atau kotak kek lapis tu tidak di tutup rapat agar udara dapat masuk dan kek tidak rosak(bercendawan/mouldy).

Tuesday, June 21, 2016

Biskut Mutiara Merah

Dah buat kuih raya? Boleh cuba yang ni, sedap...Pictures will be updated later ye...Selamat berpuasa..
Sumber asal dari blog citarasawan & masammanis. Saya kurangkan gula sikit.

RESEPI BISKUT MUTIARA MERAH  (50~65 biji)

Bahan:

A
150 gm butter
65 gm gula kaster
1 tsp esen vanilla

B
150 gm tepung gandum
1/4 tsp emplex
60 gm cornflakes ~diramas kasar
50 gm semisweet choc chips
25 gm almond nibs

Sedikit ceri merah ~dipotong halus memanjang untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C
2. Pukul butter, gula & esen vanilla  dengan sudip kayu hingga mesra & sebati.
3. Masukkan  bahan-bahan B, gaul sebati.
4. Sudukan doh & letakk atas dulang pembakar. Hias dengan hirisan ceri merah. Buat hingga habis adunan.
5. Bakar hingga masak selama 20 minit.

Ramadhan Kareem

Ishhh...banyak nya sawang nak kena bersihkan...Lamaaa dah tinggal update blog ni. I have many recipes and ideas to share , but due to time constraint...have not been able to.

Ni merangkak juga nak update, but, Insyaa Allah...I'll post more soon..

Since Eid is just around the corner, this entry will be on Raya cookies..Huzaifah dah tanya bila ibu nak buat kuih raya...

This is a very ollllddd recipe which I copied from a fellow IG friend. Loved by Kids especially..Pictures later ye..kita share recipe dulu.

M & M COOKIES

Ingredients:

A
250 gm butter
150 gm icing sugar
1 egg
1 tsp vanilla essence

B
200 gm plain flour
150 gm corn flour
80 gm optima flour - you can replace this with sponge cake mix
50 gm almond meal

C
1 bag M&M candies

Method|:
1. Heat oven to 170C
2. Beat Ingredients A till creamy.
3. Add in the flours, B. Mix well till combined.
NOTE: Dough will be wet.
4. Cover dough and set aside for 30 minutes to allow the flours to absorb all the excess liquid.
5. Take a small piece of sough and roll between your palms and flatten down slightly, and place on paper lined trays. Do not roll too large as it eill expand during baking.
6. Press a few M&Ms on the cookies and bake till light golden brown. (about 22 mins ~depending on your oven).


Thursday, October 22, 2015

BROWNIES KEDUT

Sangat sedap, chocolate nya melt dalam mulut..Original recipe dari SINI.



CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 

Cara:
  1. Satukan coklat masakkan yang telah di potong kecil dengan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  2. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
  3. Satukan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
  4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  5. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 in yang telah di lapik kertas  dan di sapu dengan butter.
  7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
    Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  8. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

KEK LAPIS NUTELLA

Ada banyak recipe nak post, tapi tak sempat nak update. Kita share resepi dulu ya. Gambar, kemudian. Original recipe dari SINI.

KEK LAPIS NUTELLA

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis 6-8 min. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.

7) Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210C (mengikut kesesuaian oven anda).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...