Monday, June 12, 2017

KEK LAPIS PRUNE

Resipi Kek Lapis Prune 
Dalam bracket tu sukatan kalau nak buat separuh adunan.
KEK LAPIS PRUNE (1)
sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahannya
20 (10) biji kuning telur
(2½) biji putih telur
12 (6) oz gula halus
16 (8) oz mentega
5½ (2¾) oz tepung Hong Kong atau 150 (75gm)(½) sudu teh baking powder
(1½) sudu besar susu pekat
(3½) oz buah prune (atau secukupnya) - digunting2
(½) sudu teh serbuk vanilli

Peraturannya:
Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2(1)senduk adunan. Taburkan prune pada setiap lapisan genap.

Resepi kedua ini adalah sumbangan bekas teman sekerja saya kak Noraini Abdullah.

KEK LAPIS PRUNE (2)
Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
11 oz gula halus
16 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder} ayak bersama
7 oz (atau secukupnya) buah prune -digunting2
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla

Peraturan:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A). Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai. Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

* Perhatikan bahawa resipi pertama menggunakan kaedah tradisional iaitu memukul putih/kuning telur berasingan dgn bahan-bahan lain seperti tepung, gula, dll. Ianya juga tidak menggunakan ovalette kerana cara begini sudah cukup membuat adunan ini lembut. On the other hand, resipi kedua menggunakan kaedah "all-in method" di mana bahan seperti telur, tpg dan gula dicampur bersama lalu dipukul. Lantas, ovalette digunakan utk menambahkan kelembutan pada adunan kek ini. So, if you can master this 2 basic methods, I don't see why you cannot bake Kek Lapis, rite??
Points To Note :
1.Bila mencampurkan bahan mentega dgn bahan telur/tpg, kacaulah rata-rata dan sebati. Kalau tidak, bila melapis, lapisan kek mungkin akan ada 'bubble-bubble kecil'. Jika ini terjadi, lekas-lekas ambil lidi penyucuk satay utk 'membocorkan' bubble tu agar permukaan kek rata semula.
2. Untuk resipi ini anda boleh gunakan loyang 10" x 7". Kalau anda buat 1/2 bahan, gunakan loyang yg kecil sedikit seperti 7"x7".
3. Alaskan loyang dan sapukan minyak/mentega di dasar dan sekeliling loyang.
4. Gunakan senduk bujur agar senang meratakan kek di 'bucu' loyang.
5. Gunakan alat penekan kek lapis sekadar utk meratakan setiap lapisan kek.
6. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu kira-kira 20-30 minit sebelum membakar kek.
7. Gunakan api 'grill' dgn suhu lebih kurang 180 - 200 darjah Celsius. Saya menggunakan oven besar yg dipasang di kitchen cabinet. Selalunya, saya memerlukan lebih kurang 7-8 minit utk membakar setiap lapisan. Kalau dicongak, masa yg diperlukan utk membakar kek ini (abt 12- 14 layers) ialah kira-kira 1 jam setengah.
8. Bila tiba pada lapisan terakhir, setelah lapisan tu hampir masak, saya tukarkan dari mode grill kpd mode oven biasa dan kecilkan suhu kpd 150-160 darjah Celsius dan bakar selama kira-kira 5-8 minit sehingga kek masak rata.
9. Kek lapis ini boleh tahan lama jika disimpan baik-baik. Caranya ialah, selepas kek sejuk, bungkuslah dgn kemas dgn menggunakan kertas timah (aluminium foil) . Selepas tu simpanlah di dalam peti sejuk. Keluarkan setengah jam sebelum digunakan/dipotong.
10. Kalau yg jenis tidak menggunakan ovalette, kek ini boleh dibiarkan di luar sahaja di dalam loyangnya atau di dlm kotak kek. Ianya dapat bertahan kira-kira 1 minggu. Tapi, anda hendaklah memastikan loyang atau kotak kek lapis tu tidak di tutup rapat agar udara dapat masuk dan kek tidak rosak(bercendawan/mouldy).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...