Monday, June 30, 2008

Mad about tarts















I love tarts, be it cheesy, fruity or spicy. Pies too are my favorites. Semuanya high calory ya!

Sebelum ni, ada juga sekali sekala buat apple pie, tapi tak berapa ingat recipe nya. Lately ni, atas demand yg tinggi...he..he dari anak-anak, maka ibunya pun cari-cari la resepi nak buat tat telur etc..last week cuba buat cheese tart, and menjadi. Lepas tu ada pulak org order sikit few tarts. Semalam buat fruit tartlets utk anak-anak and abang nak bawa ofis.

Ni resepinya, ubahsuai sikit yg dapat dari internet.

Fruit tartlets
Bahan

125 gm butter
125 gm majerin
1 sudu besar vegetable shortening CRISCO
60 gm gula halus
1 biji telur size Medium
400 gm tepung superfine
1/2 sudu teh esen vanilla

KRIM KASTAD
Bahan

250 ml susu segar
1 biji telur
3 s/b gula
2 s/b tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla

Hiasan
Sedikit coklat - dicairkan
hirisan buah peach
kiwi
anggur merah
jelly apricot [untuk disapu atas buah]
Sekiranya menggunakan buah-buahan dalam tin, pastikan telah ditoskan airnya hingga kering.

Cara:

Untuk kulit tat

1. Gaul tepungdengan gula.
2. Masukkan butter dan majerin, dan ramas hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Telur dipukul sedikit bersama esen vanilla dan masukkan kedalam adunan tepung.
5. Gaul hingga adunan tidak melekat di tepi mangkuk.
6. Bungkus dengan clingwrap, dan sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit atau lebih pun tak pe.
7. Bulat-bulatkan sebesar guli dan gelekkan setebal 0,3cm. Letak dalam acuan tat, dan potong lebihan kulit.
8. Cucuk dengan garfu supaya tidak mengelembung.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 15-20 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.

Untuk Inti Krim Kastad
1. Gaulkan dan tapiskan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dengan whisker sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
4. Masukkan dalam kulit tat yg telah sejuk.
5. Hiaskan mengikut buah kesukaan sendiri


Untuk Fruit Tarlets
1. Sapukan sedikit coklat cair keatas kulit tat yang telah sejuk, ratakan.
2. Biarkan sebentar untuk coklat keras.
3. Masukkan adunan kerim kastad dan hiaskan dengan buah-buahan yg telah dipotong kecil.
4. Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.



Egg/Blueberry/Strawberry Cheese Tart

Bahan

Kulit pastri yang sama seperti fruit tartlets, juga dipanggil sweet crust pasty, yg boleh digunakan untuk buat pie. Saya biasanya buat dua tiga adunan dan di bekukan di freezer.

Bahan Inti/Filling

250g Cream Cheese pada suhu bilik
60g gula castor
20g butter
100ml whipping cream
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur size Medium
Blueberry Filling secukupnya

Cara.
1. Bakar kulit tat pada 170C selam 10-15min.
2. Pukul semua bahan untuk inti kecuali blueberry, hingga sebati.
3. Sudukan kedalam kulit tat yg telah dibakar separuh masak tadi.
4. Letakkan sedikit filling blueberry/strawberry keatas filling/inti krim cheese tadi dan lorekkan menjadi seperti marble.
5. Bakar lagi pada 150C selama 15-20 minit sehingga inti krim cheese keras/masak.
6. Sejukkan sebelum dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...