Wednesday, June 25, 2008

Water Retention aka 'sembab air'

Hari ini study tentang water retention. Rasanya diri ini masih gain weight due to water retention, saki baki dari my last pregnancy dulu. Huzaifah pun dah 3 thn. Search kat internet, jumpa some useful info, especially kpd mak-mak buyung anak sedaraku yg nun di sana tu, kalaulah nak dptkan weight lama selepas bersalin nanti, boleh cuba try test.

Rupa-rupanya, kalau kita dah nak 'period', lebih kurang seminggu cam tu, badan kita akan simpan air or jadi sembab sikit macam kat kaki ke, pipi ke etc..ni yg dinamakan water retention. Ni dinamakan PMS / pre-menstrual sysmptoms. Saya ni bukan doktor, cuma suka kerja doktor ni. Dolu-dolu pun memang nak buat medic, tapi sebabkan dgr kononnya buat medic kena belah mayat, terus tukar course. Tapi takpelah kan, tak jadi doktor, masih boleh belajar lagi sendiri untuk dapatkan ilmu, yg pasti boleh di amalkan dan di kongsi bersama.

Diet utk kurangkan Water Retention

Kurangkan pengambilan garam/sodium. Cara terbaik, tinggalkan segala junk food, kerepek-kerepek etc. Pilih rempah alternatif sebagai perasa, atau tambah jus lemon atau sos-cili kurang garam. Parsely adalah satu herba yg bagus utk kes ni.

  • Minum sekuran-kurangnya 8 gelas air sehari. Mineral water, grapefruit juice, cranberry juice atau teh herba tanpa gula (eg. nettle and dandelion are good choices). Lagi banyak kita minum, lagi sikit badan kita akan simpan air, gamaknya.
  • Cuba makan simple menu 6 kali sehari, dengan 2 menu utama dan 4 yg ringan-ringan. Jangan berlapar lebih dari 3 jam antara meal.
  • Makan banyak buah-buahan, yg bagus antaranya ialah dari kumpulan melon dan citrus, limau-limau.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti batang daun sup, timun, kobis, tomato, carrot dan bawang.
  • Makan kekacang/biskut tanpa garam, atau pisang.
  • Ambil kalsium secukupnya dari minuman susu atau yogurt.
  • Gantikan daging merah dengan ikan salmon, tuna, sardin atau mana-mana ikan yg berminyak sekurang-kuranya dua kali sehari.
  • Jus lemon/cranberry boleh melawaskan pembuangan air. Jangan minum minuman berkarbonat.
Contoh menu yg baik

Sarapan pagi

Semangkuk besar buah-buahan potong di gaul dengan sedikit yogurt, dan ditabur dgn sedikit kekacang atau biji bunga matahari.

Minum pagi

Segenggam kacang atau biji matahari tanpa garam. Sebiji pisang. Kalau tak suka pisang, boleh ganti dengan segenggam kismis.

Makan tengahari buah avocado

Salad dari beras perang, sepotong buah oren, sedikit buah avocado, hirisan ayam yg telah direbus, ditabur dgn badam cincang yg telah dimasak. Hidang bersama beberapa helaian daun salad.

Minum petang

Segenggam kacang atau biji matahari tanpa garam.

cantaloupe melon

Sebahagian dari ayam yg dibakar dengan bawang putih dan jus lemon, dihidang dengan broccoli dan carrot kukus. Sepotong honey dew/cantaloupe melon.

Makan malam

Sepotong ayam di panggang bersama bawang putih dan jus lemon, dihidang bersama broccoli dan carrot kukus. Sepotong buah canteloupe melon.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...