Friday, December 19, 2008

Balik Kampung


Bangsal lembu pok teh dan kawasan padang tempat sembelih. Nampak tak batang kayu yang telah di pancangkan.

Sementara berehat selepas sembelihan pertama. Sebahagian melapah dan separuh lagi tolong sembelih. Semua di uruskan oleh orang kampung disitu.

Suasana selepas sembelihan selesai.

Aidil Adha baru ni, kami balik ke Kuantan. Pagi-pagi raya lepas subuh, bertolak ke kerteh untuk majlis korban di rumah pok teh seng' (husin). Cepat juga mereka uruskan 3 ekor lembu, mula dari jam 10-12 tgh hari dah siap dah. Mok wa korban 1 ekor lembu, 7 bahagian untuk anak2 & menantunya. Lembu-lembu tu di bela oleh pok teh.
*******************************************

Balik dari gebeng, sebesen dapat pauh muda (mangga muda) untuk dibuat jeruk.

Ni ada anak bujang saya dok teringin nak makan kuih puteri mandi. Buat warna merah dan hijau, ceria sikit!



Resepi Puteri Mandi

Bahan

2 cawan tepung pulut
1 sudu teh garam
1 cawan air (perahan daun pandan)
1 1/2 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan gula - ikut rasa
2-3 helai daun pandan
pewarna merah dan hijau

Cara:

1. Larutkan garam dengan air perahan pandan.
2. Campurkan air pandan dengan tepung pulut, sedikit-sedikit sehingga tepung tidak melekat ditangan atau mangkuk. Bahagi dua, satu diletak warna merah dan satu hijau.
3. Didihkan sedikit air dalam periuk untuk merebus kuih.
4. Bulatkan adunan tadi sebesar guli dan picit ditengah.
5. Masukkan doh yang telah digentel tadi kedalam air mendidih.
6. Bila doh timbul, angkat dan masukkan kedalam bekas. Buat hingga semua doh habis digentel.
7. Masak gula dengan 1 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
8. Masukkan kelapa parut putih dan padam api.
9. Campurkan doh yang telah direbus tadi dengan kuah airgula bersama kelapa parut didalam satu bekas.
10. Siap untuk di hidangkan.






Di gebeng, mangga muda di panggil buah pauh. Diatas tu gambar dari buah pauh, di belah dua, dihiris ke saiz yang di gemari & hirisan mangga yang telah direndam dalam larutan air garam untuk menghilangkan getah dan air masam buah pauh. Resepi ni belajar dari mok tua (mertua) saya yang di panggil 'mok we' oleh cucu-cucunya.

Jeruk Mangga

Bahan:

Sepeket Garam
Gula 1 kg

Cara:
1. Bersihkan buah pauh/mangga muda hingga bersih.
2. Belah dan buangkan bijinya. Hiris mangga ke saiz lebih tipis.
3. Larutkan garam dalam besen berisi air. Rendamkan hirisan mangga tadi hingga tenggelam. Jika tak cukup, boleh tambah garam lagi. Biar semalaman.
3. Mangga boleh dicuci jika kulitnya telah bertukar warna sepenuhnya. Getah masam dah keluar. Jika tidak, balikkan dan rendamlagi hingga keseluruhan warna kulit mangga dah sekata,
4. Cuci dan toskan airnya.
5. Didihkan air bersama gula untuk mendapatkan larutan gula yang pekat. Sejukkan.
6. Tuangkan air rebusan gula tadi ke dalam botol dan masukkan hirisan mangga yang telah di toskan tadi hingga penuh.
7. Simpan dalam peti sejuk dan selepas sehari, boleh di makan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...