Tuesday, September 20, 2011

Hujung Syawal

Antara menu semasa berpuasa di bulan syawal ni.











Puding Karamel

1 tin susu cair/ susu segar
1 tin air
3/4 cup gula halus
1 tsp esen vanila
5 biji telor


Untuk karamel:
1/2 cup gula
2-3 tbsp air

Cara: 

1. Sediakan karamel: Masak gula dgn 1tbsp air atas api sederhana hingga gula bertukar warna ke perang. Masukkan lagi 1 tbsp air, gaul, padam api. Jgn hangus ye.
2. Tuang karamel ke dalam bekas yang tahan panas/loyang bulat.
3. Sediakan puding: Panaskan kukusan.
Pukul telor, gula & vanila sehingga gula hancur secara manual sahaja, tanpa mesin. Nanti puding nya berlobang-lobang.
4. Masukkan susu, gaul rata, masukkan air.
5. Tuang adunan kedalam bekas karamel. Kukus selama 20 minit.
Boleh di hidang dengan fruit cocktail.


Portuegese egg Tart (12 biji)

2 keping puff pastry size besar
1/2 cup gula halus
1/2 cup susu segar/susu cair
1/2 cup whipping cream
6 biji kuning telor 
1/2 tsp esen vanila

Cara:
1. Pukul semua bahan(kecuali pastry) hingga sebati. Tapis & ketepikan.
2. Potong tiap keping pastry kepada 6 bahagian. Cucuk dengan garfu.
3. Susun puff pastry yang telah dipotong kedalam acuan muffin.
4. Isiskan adunan telor tadi kedalam pastry  3/4 penuh.
5. Bakar pada 200C selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin selama 5-10 minit sebelum di hidang.
 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...