Tuesday, September 6, 2011

Riang Ria AidilFitri

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi berkunjung.

Pok Su Huzaifah dengan anak-anak sedara di Gebeng, Kuantan















Main bunga api di Muar


















Eidul Fitri kali ini agak singkat dengan persiapan yang paling ringkas. Sempat buat satu jenis je cookie sebelum balik kampung. Adunan di siapkan oleh Chief Cook, dan di bake dan simpan semua oleh anak-anak. Tak larat den. Lepas raya ni baru nak buat sikit, nak bekal anak-anak yang akan pulang ke asrama masing-masing.













MEE BANDUNG


Bahan-bahan: (untuk 4 orang)


10 biji bawang merah  ] di mesin
3 biji bawang putih      ]
1 paket mee kuning
sedikit sotong basah
sedikit udang segar
air rebusan daging
300 gm daging ~ di rebus dahulu hingga lembut
sayur sawi
3 keping tauhu  ~ di potong kecil dan di goreng
3 biji tomato ~ di potong baji
4 biji telor ayam
4 sudu kacang tanah ~ goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk kasar
sedikit daun bawang
garam 
minyak
bawang goreng


Untuk pes:
500 gm udang kering
sedikit cili mesin
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih


Cara-cara:


1. Blend bahan untuk pes.
2. Tumis dengan minyak yang banyak kerana udang kering meresap minyak hingga separuh masak, asingkan.
3. Untuk kuah: Tumis bawang yang telah di mesin hingga garing.
4. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan air rebusan ikut kepekatan yang di sukai, biar mendidih.
5. Masukkan pes yang telah siap tadi. Jika inginkan kuah yang pekat, lebihkan pes.
6. Kacau supaya tidak berkerak, dan masukkan sotong dan udang segar, dan kacang tanah yang telah ditumbuk dan garam.
7. Masukkan telor satu per satu agar tidak hancur.
8. Bila dah masak, masukkan mee dan sayur sawi, tauhu goreng.
9. Taburkan bawang goreng dan daun bawang semasa di hidang.


Ini menu raya ke lima selepas balik ke rumah sendiri. Resepi asal dari Ika, dan seperti biasa telah di ubah suai sedikit.

Hari ini, anak bujang no2, genap 17 thn, dan sedang menduduki percubaan SPM di hari lahirnya. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Doa ibu sentiasa mengiringi, insya'allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Jadikanlah anak-anak ku dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran dan peperiksaan percubaan SPM ini, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh dan bertakwa.


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan gemar membuat kerosakan.


Ya Allah, Ya Fattah Ya Alim,
Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara takwil serta tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin, wahai Tuhan yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Lapangkanlah dada-dada mereka, permudahkanlah segala urusan mereka serta kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, luruskanlah kehidupan mereka serta kumpulkan mereka dalam perkara betul dan berpahala, lindungilah mereka daripada segala kesalahan dan kesilapan setelah mendapat nikmat dan kurniaanMu.


Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu, bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.


Ya Allah, Ya Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak,
Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan adab sopan, jauhkanlah mereka daripada perbuatan yang mungkar, akhlak yang keji, menurut hawa nafsu dan penyakit yang membinasakan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...