Sunday, February 5, 2012

Birthday cakes - Red Velvet Cake

Huzaifah is 7 today. Dah besar anak ibu yang kecik ni. All the kids are at home, sebab cuti maulidur rasul today and thaipusam on tuesday, dapat la mereka cuti 4 hari plus weekend. So, anak bujang yang kat rembau tu balik juga la for the holidays. Tuesday dah kena balik kolej balik. Lepas ni lambat lagi kot balik.

Anyways, I baked Red velvet cake today for Huzaifah birthday and dearest hubby belated which falls on the 2nd.. Red Velvet cake ni sebenarnya berasal dari Devil's Food Cake tetapi telah di tambah pewarna merah.




Whipped cream tu ada kureng sikit, silap beli rasanya. Sepatutnya guna double cream yang agak pekat. Rasanya ok, tapi tak sure akan buat lagi ke tak kek ni. The kids suka lagi japanese cheese cake or blueberry cheese cake.




Ok, here is the promised recipe. Original recipe compliments to JoyofBaking.

RED VELVET CAKE


Bahan-bahan:


Bahan A
2 1/2 cup (250 gm) tepung kek/ superfine flour
2 tbsp (15 gm) serbuk koko
1/2 tsp garam


Bahan B
1 cup (240 ml) buttermilk
2 tbsp pewarna merah
**Jika tiada buttermilk, boleh di campur 240 ml susu segar dengan 1 tsp cuka masak. Biarkan 10 min sebelum diguna


Bahan C
1 tsp cuka masak
1 tsp baking soda


1/2 cup (113 gm) butter
1 1/2 cup (300 gm) gula castor
2 biji telur A
1 tsp esen vanila


CREAM CHEESE FROSTING
227 gm philadelphia cream cheese ~ biar pada suhu bilik
227 mascarpone cheese ~ suhu bilik
1 tsp esen vanila
115 gm gula icing
360 ml heavy whipping cream (double cream) ~ 35-40% butterfat


CARA :
Untuk kek:


1. Panaskan oven pada suhu 350F atau 175C. Lenserkan 2 loyang bakar kek ukuran 9" dan alas dgn kertas minyak.
2. Pukul butter dengan mixer sehingga lembut (1-2min)
3. Masukkan gula kastor & pukul lagi hingga kembang dan gebu ( 2-3 min) pada kelajuan tinggi.
4. Masukkan telor satu persatu, di pukul sebentar selepas setiap biji.
5. Masukkan vanilla dan pukul sebati.
6. Masukkan Bahan A berselang seli dengan Bahan B kedalam adunan butter tadi. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung berselang seli 3kali.
7. Campurkan cuka masakan dengan baking soda. Biarkan buih2 gas keluar sebentar, setelah tiada, masukkan segera dan gaul rata ke dalam adunan tadi.
8. Bahagi adunan kedalam 2 loyang & ratakan bahagian atas adunan.
Bakar selama 25~30 minit, atau sehingga masak.
9. Sejukkan sebelum di sapu topping. Setelah sejuk, balut dengan clingwarp dan simpan dalam peti sejuk sebentar sekurangnya 1 jam atau semalaman.


Cara untuk Cream cheese frosting
1. Pukul cream cheese & mascarpone sehingga sebati dan lembut.
2. Masukkan vanilla & gula icing, pukul rata.
3. Gunakan pemutar telor/whisk, masukkan whipping cream sedikit demi sedikit, dan pukul sehingga adunan pekat untuk disapu pada kek.
4. Tambah gula lagi icing/ whipping creamjika masih cair untuk dapatkan kepekatan yang diigini.
5. Sedia untuk di hias pada kek.


Topping ni memang sedap, tak rasa muak sangat cheese dengan adanya mascarpone.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...