Wednesday, February 1, 2012

Desserts and soups

This is a backdated entry for December.  It has been a while since I last made puding jagung, rasanya huzaifah masih baby lagi. Making the puding now when everyone are good eaters, the pudding habis kena 'wallap' within the same day...hish...hish...senang nak cuci bekas...Resepi asal dari blog Rin Chann, tapi saya kurangkan gula sikit kerana manisssss. Sedappp..


Puding Jagung

Bahan-bahan:

1 tin jagung cream style - tin besar (sukatan untuk semua)
6 tin santan cair
3/4 tin gula pasir
1 tin tepung custard - guna bird's  custard
secubit garam
daun pandan

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali daun pandan, dalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan keluar buih-buih halus tanda mendidih. Kacau berterusan untuk elak adunan menjadi hangit di bawah periuk.
3. Bila adunan dah pekat dan berkilat, masukkan daun pandan, gaul lagi 5 minit dan padam api.
4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam peti sejuk.

Ni pulak resepi homemade mushroom soup, dapat dari jiran kakak yang dah pun berpindah. Tq ya..
Makan dengan garlic bread panas, memang sedap, tak payah pergi pizza hut lagi...anak dara yang tak makan roti beli suka lah..home made roti je dia makan..

HOMEMADE MUSHROOM SOUP

Bahan-bahan:
 
1 kilo  kentang (6-7 biji)
1 tin cendawan butang ( separuh hiris kecil2 separuh lagi blend)....cendawan organic beli kat pasar lebih baik
3 biji bawang besar (belah 6)
6 ulas bawang putih (di ketuk)
1/2 tin susu cair ( ideal = 1 tin)
serbuk lada hitam ( 1 camca teh)
1/4 butter (jgn majerin, tak sedap)
air untuk merebus






Cara:
1. cairkan butter dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu
2. masukkan air hingga separuh periok dan masukkan kentang dan cendawan, rebus hingga empok
3. Tutup api
4. Keluarkan semua bahan rebusan( Jangan buang air rebusan).
5. Blend sama bahan rebusan
6. masukkan semula kedalam air rebusan dan mushroom yang di hiris
7. masukkan garam dan lada hitam
8.Didihkan dan masukkan susu cair



Selamat mencuba...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...