Resepi POPIA BASAH ~ original recipe dari myresepi
Bahan Kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti:
1/2 biji kobis - diricih halus ( ganti dengan sengkuang)
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering ~ saya guna udang segar
garam secukupnya
minyak untuk menumis
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering ~ saya guna udang segar
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Cincang bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis/sedikit isi kurma
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam .
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.
8. Sedia untuk dimakan :)
Nota: Bila nak ratakan adunan untuk kulit tu alihkan frypan dari api dan letakkan frypan di atas tuala yang di basahkan, kemudian ratakan adunan menggunakan jari, jadinya tak lah panas jari tu...
2 comments:
salam ziarah
T kasih atas kunjungan.
Post a Comment