Friday, July 20, 2012

Biskut Suji Badam

I just loved this cookie. Kemas peti sejuk baru-baru ni, jumpa a packet of suji flour. So, kita mem 'baking' la to clear the fridge sebelum ramadhan tiba nanti. Original recipe dari SINI.

BISKUT SUJI BADAM (dalam 100 biji)


Bahan-bahan:


150 gm butter
30 gm minyak sapi
80 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam
60 gm tepung suji
220 gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder


Untuk hiasan: 
Badam cincang & kuning telor


Cara-cara:

  1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
  2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau di sukai.
  4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam cincang.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai masak kekuningan.


Wednesday, July 18, 2012

Karipap

Ni pun untuk stock freezer baru-baru ni. Jumpa resepi di internet, memang sedap Karipap masih rangup lagi walaupun dah sejuk. My favorite recipe so far.Will use this recipe in the future. Pastikan minyak jangan terlalu panas, nanti kulit karipap jadi berjerawat.. :-)

Original recipe from HERE. Terimakasih pada yang sudi berkongsi resepi.

KARIPAP RANGUP

Bahan-bahan:

(A)
1 kilo tepung gandum
100 gram tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
100 gram tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
Serbuk lada putih/sulah
1 Sudu makan gula


(B)
4-5 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan (dicairkan)
1/2 cawan minyak masak

Sedikit air suam dicampur dengan 1/2 tbsp garam untuk menguli - bancuh sikit dulu air. ditambah sikit-sikit untuk jadi doh. 
Cara-cara:


1. Campurkan kesemua bahan (A - kecuali garam) kedalam bekas adunan, digaul rata hingga sebati.

2. Masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati. Doh akan kelihatan sedikit berketul-ketul, ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
3. Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan kedalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai)
4. Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi kedalam adunan. Uli sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal,  dan tidak melekit ditangan dan dinding bekas adunan. jika melekit, tambah sedikit tepung dan diluli sedikit.
5. Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam. Simpan dalam bekas di tutup dengan kain atau penutup. setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit. Sedia untuk diguna.

~ Adunan ini boleh diguna berkali-kali. untuk menyimpannya, masukkan kedalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali. Tak habis, boleh freeze balik.

Garlic Bread

Dah lama nak buat ni, tapi asyik tangguh je. Then, baru-baru ni buat frozen donuts, to stock in the freezer. Pepagi senang anak-anak nak pergi sekolah. Ada lebih tepung, so buat some garlic breads. My eldest girl yang tak makan roti beli tu, dapat la merasa makan garlic bread. Dulu kalau pergi makan kat pizza outlet tu, dia memang tak makan garlic bread ni...tapi kan, pizza dia makan...
Resepinya boleh ikut pizza dough or roti sosej. Main campak-campak je.

Sedap di makan dengan homemade mushroom soup.

Monday, July 16, 2012

Dessert

Masak ni last month actually. Masa my eldest was home for his holiday. Sebulan duduk rumah, macam-macam dia mengidam...Anyways, since I ran out of fresh strawberries and kiwis, i used a can of fresh fruit cocktails instead. Licin juga di makan anak-anak. This time, i used non-dairy whip cream, thick and not too sweet, and does not melt easily. Resepi ada di SINI

Tuesday, June 26, 2012

Kisah anas

Kesian budak kecik ni demam weekend baru ni. Bila tak sihat je, berkampung le di bilik ibu. Rasa guilty pulak, sebab bawa dia pergi swimming di pool uitm friday petang tu. Saturday morning, tengok dia tido je di sofa. Rupanya demam. Tonsilnya bengkak besar ya amat. Terus pergi ambil ubat dengan uncle nya di subang. Alhamdulillah, sekarang dah ok.

Anak-anak suka lauk ni. Ayam black pepper di masak dengan mushroom shitake.

Monday, June 25, 2012

Roti Paung

First time jumpa roti ni, masa kami pergi jalan di Kuala terengganu. Bawa anak-anak tengok orang canting batik di noor arfa. On the way tu, nampak ada kedai kecik, sebelah gerai, jual roti paung berderet2. Beli 2 bungkus sekali ngap je bebudak ni, licin. Makan panas-panas memang sedap. Ada memacam inti, tapi yg disukai ramai ialah inti planta/butter. Inti kacang merah pun ok juga.

Since kalau kami pergi terengganu masa balik cuti raya, memang kedai ni tak buka la kan. orang jualan selalunya raya ketiga. So, kita buat le sendiri, dapat banyak, dan puas anak-anak makan. Resepi ni dapat dari internet, dah diubah suai sikit.















ROTI PAUNG

Bahan-bahan

300 gm tepung

80 gm gula

40 gm susu tepung

1 biji telur ~  tinggalkan sikit untuk sapu pada atas roti nanti.

1 tsp yis tambah 1/2 cawan air suam ~ atau guna 100ml air suam +50ml susu segar

1 tbsp majerin

1/2 tsp pelembut roti (bread softener)

sedikit bread improver (1/2 tsp)


Note: untuk sapu atas roti, ambil lebihan telur+dua tiga titik madu dan 1 sudu susu segar) salah satu tips untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat dan cantik. Bila dah masak tu tak perlu lagi disapu dengan marjerin.

CARA:

1.Campurkan, tepung + gula + susu tepung + bread improver , gaul rata, kemudian lubangkan tengah dan masukkan telur.
2.Masukkan majerin dan gaul rata, selepas itu masukkan yis, bread softener dan uli hingga lembut dan kenyal.
3. Perap doh dan biarkan naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan, keluarkan angin.
4. Cubit sedikit doh dan bulat-bulatkan menjadi 16 bahagian keci l(atau lebih kurang ikut saiz loyang anda) dan letakkan dalam acuan loyang bulat.
5. Biarkan naik dua kali ganda dan sapu permukaan roti dengan baki telur yang dicampur madu dan susu tadi.
6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehigga permukaan roti perang.
4. Setelah masak keluarkan dari oven dan biar sejuk sedikit. Sedap dimakan ketika masih panas-panas suam.

Thursday, June 14, 2012

Sotong Percik

Lama tak update blog. Cuti sekolah kali ni agak sibuk sikit, tak lekat kat rumah. Balik kuantan, then pergi Jb, then Batu Pahat, then balik Muar pulak, kepenatan, dengan cuaca panas ya amat sekarang ni...

Menu ni sebelum cuti sekolah lagi, tapi tak sempat nak post. Resepi asal dapat dari SINI

SOTONG PERCIK

 
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (**)
  • 5 biji cili padi (**)
  • 5 biji cili merah (**)
  • 1 labu bawang besar (**)
  • 2" halia (**)
  • 2" lengkuas (**)
  • 2 batang serai (**)
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar air asam 
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.(kelar-kelar bahagian dalamnya)
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun didalam pinggan.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
  5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...