Ramadhan kareem buat semua umat islam. Hari ni hari ke 3 kita berpuasa, moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
Ramadhan kali ni semua anak-anak ada dirumah, syukur alhamdulillah. Satu hari satu resepi kuih ikut pilihan anak2 untuk berbuka. Semalam masak kuih puteri mandi, pilihan si dara ke2. Hari ni, bujang ke2 pula minta kuih pelita.
Kali ni, kita cuba resepi ni pula.
Kuih Tepung Pelita
Sumber resepi: jintanmanis.com
Untuk Lapisan Bawah ( warna hijau)
1/2 cawan tepung beras
1 paket (100gram) tepung hoen kwe warna hijau
1 sudu besar air kapur
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan air perahan daun pandan
Untuk Lapisan Atas ( warna putih)
450ml santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara-caranya
1. Satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.
2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam bekas dan biarkan seketika. Tabur sedikit gula pasir di atas lapisan hijau.
3. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah adunan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.
3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Tuesday, July 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)