Showing posts with label Manisan. Show all posts
Showing posts with label Manisan. Show all posts

Saturday, January 31, 2009

Laksa Nyonya



I have some fishballs in the fridge that needs to be cleared before they expired. This dish comes up in my mind, as it uses fishballs. I got the recipe from Myresepi.net shared by Kak fida.

Laksa Nyonya

Bahan:(8-10 orang)

15 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai
1/2 cawan udang kering
(kisar semua bahan diatas)

1/2 kg udang hidup - kupas kulitnya
1.5 liter santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
6 helai daun kesom
2kg mee - celur
250g tauge - buang akarnya
5 keping tauhu goreng - potong kecil
20 fishball & fishcake - hiris
5 biji telur rebus - belah 2
sambal tumis
minyak

Cara:
1.
Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masuk udang hidup, gaul rata.
3. Masuk santan, tauhu, fishball, 1/2 daun kesum, garam, biar mendidh.
4. Hidang bersama telur rebus, hirisan daun kesum dan sedikit sambal tumis.



Dadih ni buat masa cuti sekolah tempohari, tapi tak sempat nak update.
Resepi dapat dari mak mon.

Dadih

Bahan:

1 peket non-dairy creamer powder - 450gm(coffee mate boikot ye..)
air dalam 34/35 cups
4.5 cups gula
25gm agar-agar kering
4 cawan air

Cara:
1. Masak agar-agar dengan 34 cawan air hingga hancur.
2. Masukkan gula. Bancuh creamer dengan 4 cawan air, tuang ke dalam larutan agar-agar tadi.
3. Biar mendidih sebentar, padamkan api.
4. Letak perasa ikut pilihan.
5. Isikan kedalam bekas dan sejukkan. Boleh di tambah nata de coco ikut selera.




Anak-anak suka mihun ni sebab tak pedas. Di hidang bersama sedikit sambal kicap cili api + bawang putih tumbuk, bersama perahan limau kasturi untuk yang nak pedas. Resepi asal ni dapat dari koleksi resepi diana.

Mihun Singapore

Bahan:

1 bungkus mihun
1 batang lobak merah, dihiris halus
1 ikat sawi, dibersihkan, potong kecil
200 gram daging cincang
12 ekor udang, dibersihkan
3 biji telur
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ cawan udang kering, dicuci bersih
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1. Rendam mihun hingga lembut. Angkat dan toskan. Telur digoreng dadar. Angkat dan hiris panjang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak dan air. Kacau rata.
3. Bila daging telah masak, masukkan udang, garam dan sayur sawi. Gaul sebati.
4. Masukkan mihun. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati. Angkat dan hidangkan dengan cili jeruk/ cili kicap, bawang goreng, daun sup dan hirisan telur dadar.




Seafood pizza is the kid's favorite. We can be creative with the topping. But i sometimes just sprinkle some sausage slices or fried minced beef with some slices of onions and mushrooms.

PIZZA BASE

1 peket yis ] larutkan bersama
1 tsp gula ] dan biar berbuih
1 cup air suam ]
3 cawan tepung *
1 tbsp minyak *
1/2 tsp garam*
1 cup air*

Cara:

1. Campurkan semua bahan * ke dalam mangkuk besar , dan tuangkan larutan yis kedalamnya.
2. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh , biar naik dua kali ganda.
4. Uli sebentar, bentuk doh mangikut acuan pizza.

Untuk topping:

1 tin kecil tomato paste
sedikit minyak
shredded cheese
thousand island sos
filamen ketam - potong kecil
1 tin tuna flakes - keringkan minyaknya
sedikit oregano flakes & mixed herbs

1. Campurkan tomato paste dengan oregano & mixed herbs, gaul sebati.
2. Ratakan sedikit minyak keatas permukaan pizza base yang telah di bentuk tadi.
3. Sapukan campuran tomato paste.
4. Taburkan filamen ketam dan tuna flakes.
5. Picitkan sedikit sos thousand island ke atas topping.
6. Taburkan cheese.
7. Bakar pada 200c selama 15 minit.



Monday, August 4, 2008

Lasagna and Serawa durian



Lasagna saya ni saja je lebihkan cheese kat atas..

Lasagna

Bahan
250gm kepingan lasagna ~ beli yang precooked, tak payah rebus dulu
Parutan cheddar/mozzarella cheese
Red sauce
White sauce

Untuk Red sauce

500gm daging cincang/kisar
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dadu
1 tin kecil tomato puree
sedikit sos tomato
oregano leaves } dalam botol
mixed herbs leaves }
2 keping cheese
garam

Cara utk red sos: sama seperti kuah spaghetti
1. Tumis bawang dadu hingga layu.
2. Masukkan daging cincang, hingga kering airnya.
3. Masukkan tomato puree, sos tomato, oregano & mixed herbs, cheese dan gaul rata.
4. Letak garam ikut rasa.

Untuk White Sauce
600 ml susu segar
3 tbs tepung
sedikit serbuk lada hitam
garam
1 tbs butter

Cara utk white sauce:
1. Panaskan susu dengan tepung sambil digaul hingga sebati, utk elakkan berketul.
2. Masukkan lada hitam dan garam ikut rasa.
3. Masak dengan api perlahan hingga pekat, Sejukkan.

Cara utk LASAGNA
1. Sapukan bekas pembakar dengan butter, dan susun kepingan lasagna dibahagian bawah.
2. Sendukkan sedikit red sauce, ratakan diatas kepingan lasagna tadi, kemudian sendukkan white sauce pula dan ratakan.
3. Taburkan sedikit parutan cheese.
4. Lapiskan dengan kepingan lasagna lagi dan ulang step 2 -3 sehingga habis kepingan lasagna.
5. Untuk lapisan terakhir, selepas kepingan lasagna, ratakan white sauce diatasnya, kemudian taburkan parutan cheddar/mozzarella cheese sehingga menutup semua bahagian white sauce tadi.
6. Bakar pada suhu 180C selama 30~35 minit.
7. Sedap di hidang panas2 bersama sedikit parmeesan cheese.






Layeringnya tak nampak sangat sebab cheese dok meleleh covering the lasagna pieces, red and white sauces..


Serawa Durian

1 mangkuk besar isi durian dengan biji2 sekali (lebih pun tak pe)
1 ketul gula melaka
1 peket santan segar pekat dari 1 biji kelapa~ beli di pasar
garam
3 helai daun pandan
sedikit air

Cara
1. Masak isi durian dengan air hingga mendidih dan lembut isinya.
2. Masukkan daun pandan dan gula melaka, biar hingga gula hancur.
3. Bila telah pekat, masukkan santan dan garam, gaul rata.
4. Padam api bila kuah telah mendidih.

Kuah durian or serawa durian ni sedap dimakan dengan putu mayam , roti or roti jala..Ni special request from orang yang duk asrama, teringin nak makan...kesian anak ibu, macam ngidam pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...