Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

Curry Laksa


Nama je curry tapi takde letak serbuk curry pun. Another menu for iftar


Resepi Curry Laksa

Bahan

1 peketLaksa ~ celur dalam air panas

Bahan kisar
Udang kering
Bunga kantan
Daun kesum
Cili merah or cili kering
Lengkuas
Halia
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit

Mushroom seasoning
Kiub pati ayam ~ saya omit
Udang besar ~ rebus & buang kulit, simpan air rebusan
Sedikit ayam ~ rebus & simpan air rebusan
Tauhu pok
Santan

Untuk hiasan
Telur rebus
Fish cake~ celur
Daun sup
Daun pudina
Daun kesum
Limau kasturi
Tauge
Isi udang
Bawang goreng
Cili padi

Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan ayam & udang.
3. Masukkan tauhu pok, garam, mushroom seasoning.
4. Masukkan santan, gaul rata, biar mendidih.
5. Sedia untuk dihidang dengan laksa & bahan hiasan.
Selamat menjamu selera








Saturday, March 23, 2013

Sup seafood

Baru-baru ni, sorang demi sorang anak-anak kena demam virus, termasuk la juga DH. Alhamdulillah, me and alya were fine, bersin-bersin je kena selsema, tapi tak la sampai demam. So, masa-masa demam ni, tekak tak berapa selera sangat, nak makan yang panas-panas bersup.

Makan dengan nasi dalam mangkuk, hirup macam makan bubur nasi.


SUP SEAFOOD

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar ~ di belah 8
2 ulas bawang putih ~ di hiris
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 batang serai ~ di ketuk
4 helai daun limau ~ buang urat daun yg tengah, hiris halus
1/2 inci lengkuas ~ hiris nipis
air rebusan ayam
5~6 ekor udang medium ~ deshelled & deveined, buang kepala tinggal ekor
sedikit bebola ketam/sotong
carrot ~ hiris
cendawan organik ~ dalam plastik
daun bawang ~ dihiris
perahan limau nipis/lemon

Cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak, hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan lengkuas, gaul sebentar.
3. Masukkan air rebusan dan bawang besar , biar mendidih.
4. Masukkan carrot, cendawan,bebola dan udang, daun limau,didihkan sebentar.
5. Perisakan dengan garam, tutup api.
6. Masukkan sedikit perahan limau, tabur bawang goreng dan daun bawang.
7. Sedia untuk di hidang.



Monday, June 30, 2008

Roast chicken with side dishes

Resipi-resipi ni dapat dari internet juga, modify sikit ikut selera.

Mee goreng Basah















Bahan

1 bungkus mee kuning - di cuci/celur sebentar untuk hilangkan air kapur.
seikat kucai - di hiris
sedikit udang atau sotong
sedikit daging hiris kecil direbus dengan halia hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar ikan bilis
sedikit belacan
3 biji cili merah
sedikit sos tomato
1 biji telor

Cara:
1. Kisar/tumbuk bawang merah,putih, udang kering, ikan bilis, belacan dan cili merah. Jangan terlalu halus/lumat.
2.Tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan sos. Gaul rata sekejap.
3. Masukkan udang dan sotong, gaul sebentar.
4. Masukkan telur, gaul rata, lepas tu masukkan mee kuning.
5. Gaul rata hingga masak sebentar, dan masukkan kucai hiris.
6. Siap untuk di hidang dan makan...

Zikry balik jumaat lepas sebab ada appointment dengan dentist.

Since semua anak-anak ada dirumah, menunya special sikit sekali dengan birthday ibu yang baru lepas. Birthday mum kena masak sendiri...

Pagi sabtu, masak mee goreng basah, sebab banyak and breakfast pun agak lewat, kira makan breakfast cum lunch la. Malam baru western dishes.


Roast Chicken, kentang & pasta organo with garlic and herbs, sotong & udang celup tepung, dan salad with thousand island dressing.


Roast Chicken

Bahan
1 ekor ayam dipotong 4 atau lapan
1/2 botol sos hp
1/2 botol sos barbeku
1/2 botol sos worchester
1/2 botol sos kikkoman (marinate/thick)
sedikit ground black pepper

Cara
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan hingga kering - lapkan airnya.
2. Campurkan semua sos dan pepper, gaul dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 1 jam, selepas tu grill selama 10 min untuk garingkan kulitnya.



Sotong Celup tepung

Bahan
Tepung tempura
Sotong di hiris nipis bulat.

Digoreng secara deep fry.


Udang Celup Tepung



Pasta kentang sotong oregano dengan garlic & herbs

5 biji kentang
1/3 bungkus pasta
5 biji bawang merah- hiris
capsicum atau cili hijau-hiris
sotong atau udang hiris - dicelur

Kentang dipotong wedges, goreng dan asingkan.
Pasta direbus al dente.
Gaul semua bahan dalam bekas dan di tabur sedikit serbuk black pepper bersama sedikit dressing garlic and herbs.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...