Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Monday, May 18, 2020

Ketupat Sotong versi Terengganu

Someone’s favorite ni. Kalau ke terengganu, banyak di jual dekat jalan tepi pantai teluk ketapang. Kami lalu disitu on the way ke besut. Ada ikan celup tepung yang sedap di kawasan kampung tu.
Ketupat sotong terengganu ni tidak manis seperti ketupat sotong kelantan.


















Resepi asal dari Madihaa.
Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Bahan

Santan pekat dari sebiji kelapa ~ sebahagian di cairkan
8 ekor sotong saiz sederhana
1 pot beras~ cuci, rendam 1 jam & tos kering
2 batang serai ~ diketuk
3 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1 tsp halba
Sedikit garam & gula
Lidi satay

Cara:
1. Bersihkan sotong, buang selaput kulit, gigi & matanya.
2. Masukkan 1 1/2 tsp pulut ke dalam sotong yang telah di bersih. Anggaran sukatan dalam 1/3 bahagian sotong di isi pulut.
3. Tutup dengan kepala sotong & cucuk lidi untuk tutup lubang sotong. Kalau tak nanti pulut terburai dari isi perut 🤩
4. Masak santan cair dengan serai & sotong. Sukatan santan anggaran dapat tenggelamkan sotong dalam periuk.
5. Masak hingga sotong membuncit, pulut telah kembang & air hampir kering
6. Masukkan baki santan pekat, bawang, halia & halba.
7. Perasakan dengan garam & gula mengikut selera masing2.
8. Masak hingga pekat (atau ikut suka jika nak cair sikit).
Sedia untuk dihidang. 

Sedap , anak & bapa semua suka.

Thursday, June 14, 2012

Sotong Percik

Lama tak update blog. Cuti sekolah kali ni agak sibuk sikit, tak lekat kat rumah. Balik kuantan, then pergi Jb, then Batu Pahat, then balik Muar pulak, kepenatan, dengan cuaca panas ya amat sekarang ni...

Menu ni sebelum cuti sekolah lagi, tapi tak sempat nak post. Resepi asal dapat dari SINI

SOTONG PERCIK

 
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (**)
  • 5 biji cili padi (**)
  • 5 biji cili merah (**)
  • 1 labu bawang besar (**)
  • 2" halia (**)
  • 2" lengkuas (**)
  • 2 batang serai (**)
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar air asam 
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.(kelar-kelar bahagian dalamnya)
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun didalam pinggan.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
  5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!

Friday, August 20, 2010

Salam Ramadhan

Masih belum terlambat to wish selamat berpuasa utk semua yg berpuasa je lah ekk.


Ni pagi pertama ramadhan. Muka semua ngantuk lagi, except the little guy. Alhamdulillah, dia dah dapat puasa 5 full day till today. Before this, dia cuma puasa till 12 noon, then 1.30pm then 3 pm. Then ibu suggest cuba puasa till maghrib, if he can, sebab dia memang energetic, tak tido pun. Abang-abang and kakak-kakak semua at his age memang tak posa langsung, semua start masa 6 years old. Cuba-cuba dulu, tapi ade yang tak penuh la. But huzaifah ni boleh pulak, tak complain pun lapar. Bila ibu start masak je, dia tempted. Tengok tv pun, kartun duk makan, dia tukar channel, tak boleh tengok, sedap katanya(kartun tu..bukan real food)! he..he.

So, kita tengok boleh tak dia puasa till syawal. He said, he wanted to win a place in jannah! Ibu always bagi sokongan.



Menu sahur 1 ramadhan. Nasi bubur, sotong goreng halia, daging  halia sos tiram and sayur pak choy goreng.
Berselera makan, panas-panas! Lupa, ada sambal bilis goreng yang dah nak habis tu.

Friday, December 19, 2008

Kerabu & pecal



Dah lama tak buat kerabu sotong ni. Since semua bahan ada, so projek pun jadilah..

KERABU SOTONG

Bahan:

Sotong
Bawang besar ]
bawang putih ] hiris nipis
daun limau purut ]
serai ]
limau nipis
carrot potong panjang
tauge - buang ekornya
sedikit garam

Cara:

1. Bersih sotong, hiris nipis & rebus sebentar.
2. Toskan sotong rebus tadi, biarkan.
3. Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, gaul rata.
4. Perahkan air limau nipis keatas semua bahan tadi.
5. Masukkan sedikit garam, ikut rasa, dan gaul rata.




One of my favorite dish. Kalau makan ni je dah kenyang, tak payah makan nasi. Semua ada, protein, carbo & fat (dari kuah kacang tu).

Bahan nya simple je, ikut selera. Boleh di campur apa-apa ulam-ulaman.
Saya letak daun cekur hiris, daun kaduk dan tenggek burung, serta kacang panjang (semua ada tanam kat belakang rumah) dan tauge. Tauhu dan tempe tu di potong kecil dan goreng.



Kuah kacang ni guna yang ready made je..Agak malas sikit nak bersihkan kulit kacang goreng tu.
Selalunya saya guna kuah pecal 'masri', sedap juga. Nanti kalau rajin, boleh buat kuah sendiri.

Monday, June 30, 2008

Roast chicken with side dishes

Resipi-resipi ni dapat dari internet juga, modify sikit ikut selera.

Mee goreng Basah















Bahan

1 bungkus mee kuning - di cuci/celur sebentar untuk hilangkan air kapur.
seikat kucai - di hiris
sedikit udang atau sotong
sedikit daging hiris kecil direbus dengan halia hingga lembut
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar ikan bilis
sedikit belacan
3 biji cili merah
sedikit sos tomato
1 biji telor

Cara:
1. Kisar/tumbuk bawang merah,putih, udang kering, ikan bilis, belacan dan cili merah. Jangan terlalu halus/lumat.
2.Tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan sos. Gaul rata sekejap.
3. Masukkan udang dan sotong, gaul sebentar.
4. Masukkan telur, gaul rata, lepas tu masukkan mee kuning.
5. Gaul rata hingga masak sebentar, dan masukkan kucai hiris.
6. Siap untuk di hidang dan makan...

Zikry balik jumaat lepas sebab ada appointment dengan dentist.

Since semua anak-anak ada dirumah, menunya special sikit sekali dengan birthday ibu yang baru lepas. Birthday mum kena masak sendiri...

Pagi sabtu, masak mee goreng basah, sebab banyak and breakfast pun agak lewat, kira makan breakfast cum lunch la. Malam baru western dishes.


Roast Chicken, kentang & pasta organo with garlic and herbs, sotong & udang celup tepung, dan salad with thousand island dressing.


Roast Chicken

Bahan
1 ekor ayam dipotong 4 atau lapan
1/2 botol sos hp
1/2 botol sos barbeku
1/2 botol sos worchester
1/2 botol sos kikkoman (marinate/thick)
sedikit ground black pepper

Cara
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan hingga kering - lapkan airnya.
2. Campurkan semua sos dan pepper, gaul dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 1 jam, selepas tu grill selama 10 min untuk garingkan kulitnya.



Sotong Celup tepung

Bahan
Tepung tempura
Sotong di hiris nipis bulat.

Digoreng secara deep fry.


Udang Celup Tepung



Pasta kentang sotong oregano dengan garlic & herbs

5 biji kentang
1/3 bungkus pasta
5 biji bawang merah- hiris
capsicum atau cili hijau-hiris
sotong atau udang hiris - dicelur

Kentang dipotong wedges, goreng dan asingkan.
Pasta direbus al dente.
Gaul semua bahan dalam bekas dan di tabur sedikit serbuk black pepper bersama sedikit dressing garlic and herbs.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...