Showing posts with label ulam. Show all posts
Showing posts with label ulam. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

KERABU RUMPAI LAUT

Post ni salah satu yg tertunggak, Seaweed atau rumpai laut ni dapat yang fresh dari sabah, anak saudara yg suaminya orang sabah beri di penghujung syawal tempohari. Dapat je, balik terus buat.


Sedap juga bila dah jadi kerabu. Rangup rasa seaweed tu.

RESEPI KERABU RUMPAI LAUT SABAH
Bahan-bahan:

Rumpai laut segar ~ dicelur sebentar dengan air panas didih, dipotong kecil.
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 ulas cili merah ~ hiris
5 ulas cili api ~ hiris
3 helai daun limau purut ~ hiris halus
2 batang serai ~ hiris
sedikit tauge ~ buang kepala & ekor
1 biji limau nipis ~ ambil perahan airnya
sedikit kerisik kelapa kering ~ ini pun dapat dari sabah, tak sama yg di semenanjung
sedikit kacang tanah goreng ~ tumbuk kasar
sedikit garam & gula

Cara:
Gaul rata semua bahan & di simpan dalam peti sejuk sebentar.
Sedap di makan dengan ikan bakar, atau nasi panas berlauk.

Monday, September 30, 2013

KERABU MANGGA

Ni semua resepi yang tertunda postingnya.

RESEPI KERABU MANGGA ala Thai


Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 biji mangga muda ~ hiris halus panjang
  • 3 biji bawang merah ~ hiris
  • 1 batang serai ~ hiris
  • 3-4 cili api ~ hiris, boleh tambah jika nak lagi pedas
  • 1 cili merah-hiris
  • sedikit belacan (optional)
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 biji limau nipis ~ ambil jus
  • 1 biji tomato ~ hiris nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1-2 tangkai daun ketumbar ~ potong halus
  • sedikit kacang tanah goreng ~ ditumbuk kasar
  • garam 

Cara:
Gaul semua bahan hingga rata, sedia untuk dihidang.

Thursday, March 1, 2012

Laksa Johor

 Ada orang tetiba teringin nak makan laksa johor. Every weekend ada kenduri kawen, so masak ni last monday untuk dinner, after he came back from work. The smaller kids tak berapa makan, but they just eat the spaghetti dengan kuah je. Tak nak makan daun  katanya......
Original recipe from Mak mon, auntie yang rajin bagi resepi...Anyways, resepi ni for 30 people, so I reduced untuk 7 people je, divide by 4 lebih kurang...kalau nak masak sikit pepandai le kira ekk...













Laksa Johor (30 org)

1.8 kg ikan parang/ tenggiri
300gm udang kering
4 btg serai ~ di ketuk
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
30 atau lebih tangkai cili kering ~ di kisar halus
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 asam keping
1 cup serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
kunyit hidup
garam
2/3 biji kelapa ~ jadikan santan
kerisik ~ dari 2 genggam kelapa

utk ulam:
4 biji timun
600 gm tauge
bawang besar
lobak masin
kacang panjang
daun kesum
daun selasih
sambal belacan
limau kasturi

Cara:
1.  Rebus ikan dan udang kering. Kisar isi ikan & udang kering, guna air rebusan.
2. Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang merah & putih.
3. Masak santan hingga naik minyak.
4. Masukkan bahan-bahan dikisar tadi, digaul dengan rempah jintan dan ketumbar.
5.* Jika guna santan kotak, tumis cili kisar dan bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
6. Masukkan isi ikan kisar tadi. Gaul rata.
7. Masukkan santan & garam. Masak diatas api sederhana, digaul agar tidak hangit dibawah dan sehingga pecah minyak.

Utk ulam:
1. Timun di hiris nipis memanjang keliling, ambil bahagian luar sahaja, kemudian dihiris nipis.
2. Hiris nipis semua ulaman, termasuk bawang.


Friday, December 19, 2008

Kerabu & pecal



Dah lama tak buat kerabu sotong ni. Since semua bahan ada, so projek pun jadilah..

KERABU SOTONG

Bahan:

Sotong
Bawang besar ]
bawang putih ] hiris nipis
daun limau purut ]
serai ]
limau nipis
carrot potong panjang
tauge - buang ekornya
sedikit garam

Cara:

1. Bersih sotong, hiris nipis & rebus sebentar.
2. Toskan sotong rebus tadi, biarkan.
3. Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, gaul rata.
4. Perahkan air limau nipis keatas semua bahan tadi.
5. Masukkan sedikit garam, ikut rasa, dan gaul rata.




One of my favorite dish. Kalau makan ni je dah kenyang, tak payah makan nasi. Semua ada, protein, carbo & fat (dari kuah kacang tu).

Bahan nya simple je, ikut selera. Boleh di campur apa-apa ulam-ulaman.
Saya letak daun cekur hiris, daun kaduk dan tenggek burung, serta kacang panjang (semua ada tanam kat belakang rumah) dan tauge. Tauhu dan tempe tu di potong kecil dan goreng.



Kuah kacang ni guna yang ready made je..Agak malas sikit nak bersihkan kulit kacang goreng tu.
Selalunya saya guna kuah pecal 'masri', sedap juga. Nanti kalau rajin, boleh buat kuah sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...