RESEPI ASAM PEDAS IBU
Bahan:
2 keping ikan tenggiri
2 cili merah
1 cili hijau
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit hirisan halia
sedikit hirisan lengkuas
kunyit
2 biji buah keras
sedikit halba
air asam jawa ~ atau 1 asam keping
sedikit serbuk ketumbar
garam
daun kesum, bunga kantan ~ atau daun limau purut
Cara:
1. Kisar cili, bawang, lengkuas, kunyit, halia & buah keras.
2. Tumis halba dalam minyak panas.
3. Masukkan bahan kisar & ketumbar. Masak hingga pecah minyak sedikit.
4. Masukkan air, garam dan asam keping. Biar mendidih
5. Masukkan isi ikan ,Biar mendidih sebentar. Padam api,
Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts
Thursday, June 29, 2017
Thursday, December 11, 2014
IKAN BAKAR BEREMPAH
RESEPI IKAN BAKAR
Bahan:
1 ekor ikan senangin ~ belah dua di belakang
2 biji cili merah
5 biji buah keras
5 ulas bawang merah
4 helai cili kering
sehelai daun limau purut
sehelai daun kunyit ~ hiris halus
2 biji limau kasturi
garam, minyak
daun pisang
Cara:
1. Tumbuk semua bahan tadi hingga naik bau, kecuali daun kunyit & limau.
2. Masukkan daun kunyit & garam.
2. Alas daun pisang di atas aluminium foil.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam belahan ikan. Jika ada lebihan, tuang atas ikan. Perah limau atas ikan.
4. Bungkus ikan dan bakar atas dulang dalam oven hingga masak.
Bahan:
1 ekor ikan senangin ~ belah dua di belakang
2 biji cili merah
5 biji buah keras
5 ulas bawang merah
4 helai cili kering
sehelai daun limau purut
sehelai daun kunyit ~ hiris halus
2 biji limau kasturi
garam, minyak
daun pisang
Cara:
1. Tumbuk semua bahan tadi hingga naik bau, kecuali daun kunyit & limau.
2. Masukkan daun kunyit & garam.
2. Alas daun pisang di atas aluminium foil.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam belahan ikan. Jika ada lebihan, tuang atas ikan. Perah limau atas ikan.
4. Bungkus ikan dan bakar atas dulang dalam oven hingga masak.
Labels:
ikan,
koleksi mak mon
Friday, October 11, 2013
Ikan masak lemak cili api
RESEPI IKAN MASAKLEMAK CILI API ala jawa
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar kuning ~ digoreng kunyit sebentar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
sedikit belacan
1 biji buah keras
8 biji cili api kampung ~ boleh tambah jika nak pedas
santan dari 1 biji kelapa
sedikit buah tomato
1. Tumbuk 3 ulas bawang merah & bawang putih, separuh cili api. halia & lengkuas, dan belacan.
2. Baki bawang dan halia serta lengkuas tadi dihiris nipis.
3. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan hirisanbawang & halia tadi hingga layu.
4. Masukkan santan pekat, biar hingga hampir mendidih.
5. Masukkan ikan, baki cili api ,renehkan kuahnya hingga pekat.
Lauk ini asalnya saya belajar dari rakan keturunan jawa semasa belajar nun jauh disana. Resepi asal guna ayam, tapi saya sering masak dengan ikan je.
Labels:
ikan
Monday, March 25, 2013
Ikan goreng bercili
My two elder daughters 16 & 13 dah boleh masak this dish, sangat la senang.
2 ekor ikan cencaru ~ goreng kunyit
6 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } di cincang halus
3 biji cili merah ~ buang biji }
sedikit cili api ~ kalau nak pedas }
2 tbsp cili kisar
sedikit garam
Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan bahan ysng dicincang halus tadi.
Biar naik bau, perasakan dengan garam. Salutkan pada ikan goren tadi, sedia untuk di hidang. Senangkan.
Tuesday, October 30, 2012
Ikan goreng bercili
Dah lama tak update blog ni. Di sibukkan dengan anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA, PMR dan peperiksaan akhir tahun yang berturutan. Yang ambik exam ada 4 orang, cikgu yang mengajar hanya seorang....'me, myself & I' as a cikgu tuition, chef, supir , tukang kebun lagi, dengan laundry nya lagi. Memang harus meng adakan masa untuk setiap tugasan/tanggung jawab walaupun diri ini kekadang mengah. And still, they say SAHM are ladies of leisure...
Anyways....menu ini amat digemari semua, anak-anak & dear hubby juga. Lauk yang amat simple, even kakak Iman pun dah boleh buat..
RESEPI IKAN GORENG BERCILI
Bahan-bahan:
Ikan kerisi/ikan kerapu
2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cili merah
1 cili hijau
3-4 cili api
1. Goreng ikan dengan kunyit dan garam, toskan minyak.
2. Cincang semua bahan kecuali ikan.
3. Panaskan mminyak, dan tumis bahan cincang tadi hingga layu, masukkan garam dan padam api.
4. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi, ratakan pada ikan.
5. Sedia untuk dihidang.
Senang sangat kan!
Labels:
ikan
Monday, August 13, 2012
Ikan kicap masak bali
Lauk yang simple je..
Lauk yang simple je..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal ~ potong 2, goreng sebentar dengan kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
1 batang serai ~ diketuk
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas putih ~ hiris
sedikit kicap
1 biji cili hijau
1/2 inci halia ~ hiris
Cara:
1. Tumis bawang merah dan putih hingga layu.
2. Masukkan serai, halia, serbuk ketumbar dan jintan manis, gaul rata.
3. Masukkan kicap dan sedikit air, biar mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam, gaul rata, dan padam api
5. Masukkan tomato belah 4. Sedia untuk di hidang.
Labels:
ikan
Wednesday, August 1, 2012
Ikan Masam Manis
Ikan Masam Manis for iftar.
Bahan-bahan;
1 ekor ikan kerapu/ atau siakap ~ saya guna je ikan besar yang ada, tapi dah dipotong 4
1 ulas bawang besar
sedikit halia
2 ulas bawang putih
Sedikit capsicum ~ dipotong dadu
1-2 cili merah ~ hiris nipis
1 biji tomato ~ belah 8
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos cili thai
2 tbsp sos tiram/sos plum
2 tbsp sos tomato
sedikit kunyit
garam
sedikit hirisan batang celery
limau nipis/lemon
tepung jagung
Cara:
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Golekkan atas sedikit tepung jagung.
2. Goreng ikan sebentar, toskan minyak dan susun dalam bekas hidang.
3. Tumis hirisan cili, halia & bawang2 sebentar saja hingga naik bau.
4. Masukkan segala sos, dan sedikit air. Kalau nak berkuah banyak boleh tambah ikut suka, biar mendidih.
5. Masukkan garam ikut rasa, biar pekat,padam api.
6. Tuang kuah keatas ikan tadi.
7. Perahkan air limau nipis/lemon keatas ikan.
8. Taburkan hirisan celery dan bawang goreng, sedia untuk di makan.
Popia ni dibuat banyak sebelum ramadhan, dan di simpan dalam freezer. Resepi ada di SINI
Bahan-bahan;
1 ekor ikan kerapu/ atau siakap ~ saya guna je ikan besar yang ada, tapi dah dipotong 4
1 ulas bawang besar
sedikit halia
2 ulas bawang putih
Sedikit capsicum ~ dipotong dadu
1-2 cili merah ~ hiris nipis
1 biji tomato ~ belah 8
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos cili thai
2 tbsp sos tiram/sos plum
2 tbsp sos tomato
sedikit kunyit
garam
sedikit hirisan batang celery
limau nipis/lemon
tepung jagung
Cara:
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Golekkan atas sedikit tepung jagung.
2. Goreng ikan sebentar, toskan minyak dan susun dalam bekas hidang.
3. Tumis hirisan cili, halia & bawang2 sebentar saja hingga naik bau.
4. Masukkan segala sos, dan sedikit air. Kalau nak berkuah banyak boleh tambah ikut suka, biar mendidih.
5. Masukkan garam ikut rasa, biar pekat,padam api.
6. Tuang kuah keatas ikan tadi.
7. Perahkan air limau nipis/lemon keatas ikan.
8. Taburkan hirisan celery dan bawang goreng, sedia untuk di makan.
Popia ni dibuat banyak sebelum ramadhan, dan di simpan dalam freezer. Resepi ada di SINI
Friday, July 27, 2012
Ikan assam
Actually, lauk ni dari asam pedas, but i made it less pedas so the kids boleh makan sekali, thus the recipe dah hilang the 'PEDAS' title..
Bahan-bahan:
2 keping isi ikan tenggiri
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia & kunyit
sedikit lengkuas
1 tsp serbuk ketumbar
2 biji buah keras
3 tbsp cili kisar
1/2 tsp biji halba
sayur bende
3-4 daun limau purut
Cara-cara:
1. Tumbuk kunyit,halia,buah keras,belacan sikit,lengkuas & bawang hingga lumat.
2. Tumis halba sebentar, masukkan cili kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi & serbuk ketumbar, kacau hingga naik bau & masukkan ikan, kaup perlahan agar tumisan sebati dengan ikan.
4. Masukkan air asam jawa, garam & daun limau, biar hingga mendidih.Masukkan bende,padamkan api
5. Biar mendidih.
belacan
Bahan-bahan:
2 keping isi ikan tenggiri
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia & kunyit
sedikit lengkuas
1 tsp serbuk ketumbar
2 biji buah keras
3 tbsp cili kisar
1/2 tsp biji halba
sayur bende
3-4 daun limau purut
Cara-cara:
1. Tumbuk kunyit,halia,buah keras,belacan sikit,lengkuas & bawang hingga lumat.
2. Tumis halba sebentar, masukkan cili kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi & serbuk ketumbar, kacau hingga naik bau & masukkan ikan, kaup perlahan agar tumisan sebati dengan ikan.
4. Masukkan air asam jawa, garam & daun limau, biar hingga mendidih.Masukkan bende,padamkan api
5. Biar mendidih.
belacan
Labels:
ikan
Thursday, March 1, 2012
Laksa Johor
Ada orang tetiba teringin nak makan laksa johor. Every weekend ada kenduri kawen, so masak ni last monday untuk dinner, after he came back from work. The smaller kids tak berapa makan, but they just eat the spaghetti dengan kuah je. Tak nak makan daun katanya......
Original recipe from Mak mon, auntie yang rajin bagi resepi...Anyways, resepi ni for 30 people, so I reduced untuk 7 people je, divide by 4 lebih kurang...kalau nak masak sikit pepandai le kira ekk...
Laksa Johor (30 org)
1.8 kg ikan parang/ tenggiri
300gm udang kering
4 btg serai ~ di ketuk
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
30 atau lebih tangkai cili kering ~ di kisar halus
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 asam keping
1 cup serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
kunyit hidup
garam
2/3 biji kelapa ~ jadikan santan
kerisik ~ dari 2 genggam kelapa
utk ulam:
4 biji timun
600 gm tauge
bawang besar
lobak masin
kacang panjang
daun kesum
daun selasih
sambal belacan
limau kasturi
Cara:
1. Rebus ikan dan udang kering. Kisar isi ikan & udang kering, guna air rebusan.
1.8 kg ikan parang/ tenggiri
300gm udang kering
4 btg serai ~ di ketuk
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
30 atau lebih tangkai cili kering ~ di kisar halus
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 asam keping
1 cup serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
kunyit hidup
garam
2/3 biji kelapa ~ jadikan santan
kerisik ~ dari 2 genggam kelapa
utk ulam:
4 biji timun
600 gm tauge
bawang besar
lobak masin
kacang panjang
daun kesum
daun selasih
sambal belacan
limau kasturi
Cara:
1. Rebus ikan dan udang kering. Kisar isi ikan & udang kering, guna air rebusan.
2. Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang merah & putih.
3. Masak santan hingga naik minyak.
4. Masukkan bahan-bahan dikisar tadi, digaul dengan rempah jintan dan ketumbar.
5.* Jika guna santan kotak, tumis cili kisar dan bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
6. Masukkan isi ikan kisar tadi. Gaul rata.
7. Masukkan santan & garam. Masak diatas api sederhana, digaul agar tidak hangit dibawah dan sehingga pecah minyak.
Utk ulam:
1. Timun di hiris nipis memanjang keliling, ambil bahagian luar sahaja, kemudian dihiris nipis.
2. Hiris nipis semua ulaman, termasuk bawang.
Monday, May 9, 2011
muffin & patin
Resepi asal dapat dari blog Mat Gebu. Memang sedap.
BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
130gm butter
125g gula halus
3 biji telor size medium
250gm tepung gandum }
10 gm susu tepung } disatukan & diayak
15gm baking powder }
130 ml susu cair/ sejat
1 tsp esen vanila
blueberi filling
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Putar butter & gula halus hingga berkrim, masukkan telor satu demi satu, sambil diputar hingga kembang. Jarak antara setiap telor ialah 1 minit.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang dengan susu cair hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
4. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 1/2 penuh dan sudukan 1/2 tsp blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan diatas filling. Buat hingga habis.
5. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan, dan turunkan suhu kepada 180C. Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak.
GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
10 biji cili merah } ditumbuk
2 cm kunyit hidup }
4 sudu besar tempoyak
3 batang serai ~ dititik
garam
air
Cara:
1. Bersihkan ikan dan potong kecil.
2. Masukkan ikan kedalam periuk bersama tempoyak, gaul rata.
3. Maukkan cili dan gaul rata. Perap selama 15 minit.
4. Masukkan air, kunyit dan serai.
5. Masak hingga mendidih. Letak garam.
Monday, September 7, 2009
Nasi Kerabu Istimewa (Kerabu Tumis)

Another dish prepared for iftar.
MASI KERABU ISTIMEWA (Kerabu Tumis)
Bahan untuk nasi:
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai - di titik
2 inci kunyit hidup - [ tumbuk lumat
sedikit isi cekur - [
Cara masak Nasi:
Beras di bersihkan & di tanak seperti biasa dengan serai, kunyit & cekur tumbuk tadi.
Cara menghidang:
Senduk nasi kedalam pinggan.
Letak sedikit
sambal kelapa, sambal ikan, cilipadi jeruk, tumis budu @ belacan, diakhiri dengan ulam.
Gaul rata2, boleh dihidang bersama lauk seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok, daging bakar, ayam bakar, ikan goreng celup tepung.
Sambal Kelapa
1/2 biji kelapa parut
1 tsp garam
2 tbsp gula merah
5 biji bawang merah - [
sehiris halia [ tumbuk lumat
10 biji lada hitam [
Cara:
Campur semua bahan, sangai atas api kecil (goreng tanpa minyak) hingga agak kering. Tumbuk halus tapi jangan sampai pecah minyak.
Sambal Ikan
5 ekor ikan kembong ( saya guna ikan selar kecil) - dibakar & ambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia
Cara:
Tumbuk bawang merah, halia, garam & sedikit gula. Masuk isi ikan & tumbuk lagi hingga hancur. Masuk dalam kuali & sangai hingga kering.
Tumis budu @ belacan (salah satu saja)
Bahan;
1 senduk budu @ 2 inci belacan bakar
5 biji cili kering }
5 biji bawang merah } tumbuk lumat
2 biji bawang putih }
sehiris halia }
sebatang serai - titik
sedikit gula merah, garam
1/2 biji kelapa - ambil santan dlm 2 cawan
2 tbsp air asam jawa
Cara:
1. Didihkan santan hingga pecah minyak & pekat.
2. Masuk bahan2 tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah & air asam jawa.
3. Masak lagi hingga pekat & agak kering.
Ulam:
Kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia@kunyit
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1/2 biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil tauge - buang ekornya
Solok Lada
10 biji lada hijau, belah jangan sampai putus - buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung - ambil isinya
sedikit garam, gula
1/4 cawan santan pekat
1.Tumbuk bawang & halia hingga lumat
2. Masuk garam, gula & ikan, tumbuk lagi hingga lumat.
3.Campur dalam kelap parut & gaul rata.
4.Sumbat kedalam lada yg telah dibuang biji tadi.
5. Susun dalam periuk, tuang santan pekat & rebus hingga kering.
Ikan goreng celup tepung
5 ekor ikan - bersihkan & toskan
1/2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam
minyak
Bancuh tepung beras dgn air kapur, kunyit, garam & air.
Celup ikan dalam bancuhan tepung & goreng.
Note: Hidangan nasi kerabu lebih sedap kalau dihidang dengan budu mentah saja dgm memerahkan sedikit limau nipis kedalam budu & takperlu lagi guna tumis budu@belacan.
Guna kedu-dua sekali pun boleh.
Monday, June 30, 2008
Ikan Siakap Pedas
Ikan Siakap Masak Pedas
Bahan
1 ekor ikan siakap di belah belakang
sedikit kunyit tumbuk atau serbuk
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
sedikit garam
air
Cara:
1. Goreng ikan yang telah digaul dengan sedikit kunyit dan garam, ketepikan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air , gaul dan biar hingga mendidih.
5. Padam api dan hidangkan.
6. Tabur sedikit bawang goreng dan daun bawang.
Sayur Choy Sim tumis minyak bijan dengan udang
Labels:
ikan
Subscribe to:
Posts (Atom)







