Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Selamat Jalan Kak

This will be a short entry.Dah lama tak update blog.
Last entry was on the day my sis in law, Maimunah Abd Majid, passed away at the age of 60. Semoga di ampunkan dosa-dosanya dan kita semua bertemu di jannah kelak. Alfatehah.

Macam terbantut idea nak menulis ketika itu kerana masih lagi terbayang-bayang keperitan beliau menahan sakit sehingga akhir hayatnya, amat menginsafkan. Pemergian allahyarham dalam masa yang singkat amat memberi kesan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang dekat.

Setiap yang hidup pasti MATI, kembali menemui Pencipta kita, hanya menunggu saat dan ketikanya. Sudah cukupkah amalan kita untuk dijadikan bekalan?

Tuesday, May 15, 2012

Mother's Day Surprise















I got one day leave last Sunday..heh..heh..

Every mother is a working woman, but a mother who stays home actually works round the clock, 24x7. Never gets a day off or sick leave. Demam pun kena keja..I have no regrets leaving a well paid job 7 years ago, seeing the kids grew up in front of my eyes, nurtured by me. At least, I don't have the never ending stress of  maid problems like before..

The kids nak buat surprise, baking a cake for me whilst I attended my sunday night classes. Tapi kan, when I got home, kek masih dalam oven lagi belum masak. And I was wondering, sape lah bakar kuih memalam ni..

The girls first time bake a cake, refering to resepi from this blog...berguna juga kan, simpan resepi2 ni. 


Tuesday, April 24, 2012

Pizza for dinner



Ni menu last sunday.Ada orang teringin nak makan pizza, selepas kemas-kemas and jumpa flyer pizza.....
Since pagi tu breakfast mee goreng banyak, and then about 11am makan nasi lemak, mee hoon lagi dekat RFC section 7, ada program Santai bersama Hijjaz.So, by lunch semua dah kekenyangan.

 Rupanya, this program diadakan every month, free food sponsored by the owner. Tapi food yg kat luar je lah, kat dalam kena bayar... Ok juga, sambil makan nasi lemak dengan ayam goreng rfc, kumpulan nasyid hijjaz buat live performance...The kids malu nak bergambar dengan Hijjaz, so ambik gambar dari jauh je..
Huzaifah posing nun kat tepi..

Tuesday, September 6, 2011

Riang Ria AidilFitri

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi berkunjung.

Pok Su Huzaifah dengan anak-anak sedara di Gebeng, Kuantan















Main bunga api di Muar


















Eidul Fitri kali ini agak singkat dengan persiapan yang paling ringkas. Sempat buat satu jenis je cookie sebelum balik kampung. Adunan di siapkan oleh Chief Cook, dan di bake dan simpan semua oleh anak-anak. Tak larat den. Lepas raya ni baru nak buat sikit, nak bekal anak-anak yang akan pulang ke asrama masing-masing.













MEE BANDUNG


Bahan-bahan: (untuk 4 orang)


10 biji bawang merah  ] di mesin
3 biji bawang putih      ]
1 paket mee kuning
sedikit sotong basah
sedikit udang segar
air rebusan daging
300 gm daging ~ di rebus dahulu hingga lembut
sayur sawi
3 keping tauhu  ~ di potong kecil dan di goreng
3 biji tomato ~ di potong baji
4 biji telor ayam
4 sudu kacang tanah ~ goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk kasar
sedikit daun bawang
garam 
minyak
bawang goreng


Untuk pes:
500 gm udang kering
sedikit cili mesin
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih


Cara-cara:


1. Blend bahan untuk pes.
2. Tumis dengan minyak yang banyak kerana udang kering meresap minyak hingga separuh masak, asingkan.
3. Untuk kuah: Tumis bawang yang telah di mesin hingga garing.
4. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan air rebusan ikut kepekatan yang di sukai, biar mendidih.
5. Masukkan pes yang telah siap tadi. Jika inginkan kuah yang pekat, lebihkan pes.
6. Kacau supaya tidak berkerak, dan masukkan sotong dan udang segar, dan kacang tanah yang telah ditumbuk dan garam.
7. Masukkan telor satu per satu agar tidak hancur.
8. Bila dah masak, masukkan mee dan sayur sawi, tauhu goreng.
9. Taburkan bawang goreng dan daun bawang semasa di hidang.


Ini menu raya ke lima selepas balik ke rumah sendiri. Resepi asal dari Ika, dan seperti biasa telah di ubah suai sedikit.

Hari ini, anak bujang no2, genap 17 thn, dan sedang menduduki percubaan SPM di hari lahirnya. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Doa ibu sentiasa mengiringi, insya'allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Jadikanlah anak-anak ku dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran dan peperiksaan percubaan SPM ini, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh dan bertakwa.


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan gemar membuat kerosakan.


Ya Allah, Ya Fattah Ya Alim,
Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara takwil serta tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin, wahai Tuhan yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Lapangkanlah dada-dada mereka, permudahkanlah segala urusan mereka serta kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, luruskanlah kehidupan mereka serta kumpulkan mereka dalam perkara betul dan berpahala, lindungilah mereka daripada segala kesalahan dan kesilapan setelah mendapat nikmat dan kurniaanMu.


Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu, bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.


Ya Allah, Ya Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak,
Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan adab sopan, jauhkanlah mereka daripada perbuatan yang mungkar, akhlak yang keji, menurut hawa nafsu dan penyakit yang membinasakan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Monday, July 18, 2011

Musim buah di kampung

Weekend baru ni, kami pulang ke kampung meraikan kenduri kawin Raihan di Teluk Mas, Melaka. Lepas makan, terus pulang ke Muar, berkampung di rumah Bang Mat. Ada pulak birthday party anak2 ariza & adliah. So, kira langkah kanan la kan. Esoknya sarapan dengan lodeh, sate, putu piring dan macam-macam lagi. Anak-anak seronok dapat balik rumah pak ngah, jumpa geng2 mereka.

Entry kali ni tak de resepi ek...Cuci mata je..



On the way balik dari BP, lepas hantar pengantin, beli sikit buah2. Semerbak kereta bau durian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...