I love this dish. Ubi banyak hasil tanam kat tepi sungai.
Original recipe dari blog azlita, masam manis.
RESEPI BOKO UBI
Bahan
Lapisan Bawah
3 cawan ubi yang telah di parut halus
2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir ~ boleh skip untuk kurang manis
2 helai daun pandan
3 cawan air
Lapisan Atas
2 kotak santan KARA ~ atau santan segar pekat 400ml
3 cawan air
7 tbsp tepung beras
1 1/2 tsp garam
Cara
Untuk lapisan bawah
1. Buat air gula dulu, satukan semua bahan dalam periuk kecuali ubi. Masak hingga gula larut, sejukkan.
2.: Dah sejuk, tuang air gula dalam parutan ubi.
3. Panaskan kukusan.
4. Susun bekas dan isi setengah sahaja.
5. Kukus hingga masak, dalam 20 minit.
Untuk lapisan atas
1. Satukan semua bahan dalam periuk & masak hingga sedikit pekat.
2. Tuang adunan putih ini ke atas bekas lapisan bawah tadi.
3. Sejukkan. Sedia untuk dimakan.....
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Monday, June 12, 2017
APAM CANTIK MANIS
RESEPI APAM CANTIK MANIS (k ngah)
Bahan:
10 oz tepung gandum
9 oz gula
3 biji telor
3/4 cawan aiskrim soda
1 sudu ovalette
1 tsp esen ros
Blender semua bahan hingga putih.
Kukus dalam acuan.
utk apam gula melaka:
5 oz gula melaka
4 oz gula pasir
Bahan:
10 oz tepung gandum
9 oz gula
3 biji telor
3/4 cawan aiskrim soda
1 sudu ovalette
1 tsp esen ros
Blender semua bahan hingga putih.
Kukus dalam acuan.
utk apam gula melaka:
5 oz gula melaka
4 oz gula pasir
Labels:
Kuih-Muih
KUIH TALAM BANJAR
Another recipe from an old personal recipe book.
RESEPI KUIH TALAM BANJAR
Bahan-bahan:
Lapisan 1:
3 biji telor
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
2 1/2 cawan santan
680 gm gula melaka
85 gm gula pasir
2 helai daun pandan
Lapisan 2:
85 gm sagu biji
sedikit kelapa parut
1 cawan santan
sedikit garam
Lapisan 3:
2 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
3 tbsp tpg jagung
6 biji telor
sedikit air daun pandan
pewarna hijau
Cara:
1. Satukan bahan2 utk setiap lapisan dalam bekas berasingan, gaul hingga sebati.
2. Tuangkan adunan lapisan pertama kedalam loyang, kukus hingga masak.
3.Ulang utk setiap lapisan, hingga masak.

Monday, April 6, 2015
BINGKA UBI
How time flies...Dah 2nd week of april of 2015...Banyak backdated photo tak sempat update for some of my previous entries...Will update later with pics.
I love this kuih, and my little one pun suka..
RESEPI BINGKA UBI
Bahan-bahannya:
4 cups ubi parut
2 cups tepung gandum
1 cup gula pasir
1/2 biji kelapa ~ diperah dgn 3/4 cup air
2 biji telor ~ dipukul sedikit, asingkan sedikit utk sapuan
56 gm butter
1 tin susu cair
garam
CARANYA:
1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
2. Tinggalkan sedikit telor utk disapu pada kuih nanti.
3. Masukkan adunan kedalam loyang pembakar yang telah disapu butter.
4. Bakar pada 150C.
5. Bila sudah masak, keluarkan dan sapukan bahagian atasnya dengan baki telor tadi.
6. Masukkan semula kedalam oven, dan biar beberapa minit.
Monday, October 13, 2014
Kuih Sagu
Baru-baru ni masa tengah nak clearkan cabinet dapur, jumpa 2 paket sagu belum buka lagi. Dah lama tak buat kuih sagu/bronok ni, last masa ramadhan rasanya..
Sekali bila dah masak, dah siap salut kelapa, berebut pulak anak-anak makan..Sekejapan dah licin...kena cari kelapa parut lagi ni, sagu ada sepaket lagi..boleh perabis sebelum expire..
Kali ni kita kukus pulak, instead masak atas api.Original recipe dari SINI.Resepi yang mudah je untuk disediakan..
RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 gelas sagu biji kecil
- 2 1/2 gelas air
- 1/2 gelas gula pasir
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara
- Panaskan air & pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, gaul rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya.
- Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa.
Labels:
Kuih-Muih
Tuesday, July 1, 2014
Kuih Tepung Pelita
Ramadhan kareem buat semua umat islam. Hari ni hari ke 3 kita berpuasa, moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
Ramadhan kali ni semua anak-anak ada dirumah, syukur alhamdulillah. Satu hari satu resepi kuih ikut pilihan anak2 untuk berbuka. Semalam masak kuih puteri mandi, pilihan si dara ke2. Hari ni, bujang ke2 pula minta kuih pelita.
Kali ni, kita cuba resepi ni pula.
Kuih Tepung Pelita
Sumber resepi: jintanmanis.com
Untuk Lapisan Bawah ( warna hijau)
1/2 cawan tepung beras
1 paket (100gram) tepung hoen kwe warna hijau
1 sudu besar air kapur
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan air perahan daun pandan
Untuk Lapisan Atas ( warna putih)
450ml santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara-caranya
1. Satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.
2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam bekas dan biarkan seketika. Tabur sedikit gula pasir di atas lapisan hijau.
3. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah adunan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.
3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Wednesday, June 25, 2014
Chinese Donut
Cuaca kat luar sangat panas sejak akhir-akhir ni. Dah lama tak hujan. Ramadhan dah semakin hampir, tinggal lagi 3 hari je. Mudah-mudahan kita di beri kesihatan yang baik untuk memperbaiki dan menambah amalan dibulan yang dinantikan ini.
Resepi ni sangat la simple, tanpa menggunakan yis. Anak-anak pasti suka.
CHINESE DONUTS RECIPE
Ingredients
2 cups flour
1/2 tsp. salt
2 ½ tsp baking powder
3 tbsp butter flavored shortening (or butter)
¾ cup milk
Oil for frying
caster sugar for coating
Directions:
1) Mix flour, salt, and baking powder in a medium sized mixing bowl.
2) Crumble and incorporate the shortening into the flour mixture until there are no large clumps remaining.
3) Add the milk and stir just until the dough forms into a ball.
4) Knead 8-12 times. Don’t over knead.
5) Heat an inch or two of oil over medium to medium-high heat.
6) Take a ¼ cup of dough and roll into a ball. Gently flatten to resemble a biscuit shape. ~ NOTE:agar donut lebih crunchy bila digoreng
7) Fry in oil until both sides are very lightly browned, about 2 minutes per side.
8) Roll the donut around on a plate spread with sugar (add cinnamon powder to the caster sugar).

Saturday, March 1, 2014
Kuih Lopes
Kuih ni juga salah satu favorite keluarga. Budak-budak ni makan je anything from pulut. Dulu I cannot take pulut. Ada migraine, makan sikit je naik pening sampai muntah-muntah. Sekarang not so bad, still have migraine attacks once in a while, tapi jarang dah. But I still take caution kalau makan yang banyak angin ni like nangka, kangkung, kobis etc. Kalau nak makan, not on an empty stomach..
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Untuk air gula:
3 ketul gula melaka
5 sb gula pasir
3 cawan air
My late mother selalu buat kuih lopes ni masa kecik-kecik dulu. She uses the traditional way, no short cut. I remembered her making small cones from banana leaves, filling them with pulut..then susun bertingkat, ikat dengan tali rafia ketat2 & rebus for long hours..
Resepi ni yang dah disimplifiedkan prosesnya...Teringin nak makan, buat sendiri je ya..senang je
Original recipe dari SINI ya.
RESEPI KUIH LOPES
Bahan-bahan ( dpt lebih 24ketul )
2 cawan beras pulut2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Untuk air gula:
3 ketul gula melaka
5 sb gula pasir
3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut, rendam dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
- Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan ambil air tapisannya. Masukkan santan & air pandan pada pulut kukus tadi, gaul rata. Kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat (8 in) dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- NOTA: air gula bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula pasir.
Tuesday, October 1, 2013
Lempeng kelapa
Buat untuk breakfast baru-baru ini. Berselera encik suami makan cicah dengan sambal telur. Original recipe dari blog Mat Gebu.
RESEPI LEMPENG KELAPA
RESEPI LEMPENG KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih (kalau dapat guna kelapa untuk buat inti)
1 camca teh baking powder
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, kari, sos cili atau apa saja yang anda rasa sesuai sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh tepung, baking powder, kelapa parut, gaul rata dan tuang air, bancuh hingga semua sebati. Tambah garam secukup rasa, kasi rasa lemak2 saja. Ketepikan sebentar.
- Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Kemudian cedok 1/3 cawan bancuhan lempeng dan tuang dalam pan, ratakan dengan senduk. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat. Terbalikkan dan masak hingga perang keemasan.
- Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi. Kalau anda nak cepat, tutup permukaan pan dengan tudung periuk (nak senang guna non-stick pan bertutup kaca). Hidangkan dengan sambal tumis, kari atau sos yang anda gemari.
Labels:
Kuih-Muih
Thursday, July 18, 2013
Friday, April 5, 2013
Lepat Ubi stelo @keledek @ belebat
Dah several time buat kuih ni, tapi asyik lembik je and not as what he used to eat. I have never eaten kuih ni, so tak dapat bayangkan rasa dan macamana nak buat.
Then, baru-baru ni I found the following recipe from the internet. Rasa macam what he described it to me, so kita pun cubalah try buat...And...berjaya juga akhirnya, ikut citarasa yang he used to eat long time ago..
Ini ialah kuih-muih dari pantai timur. Belebat atau lepat, dan ubi stelo ialah ubi keledek..Resepi dapat dari sini.
Since takde daun pisang, saya masuk dalam loyang/bekas kek je, then potong kecil-kecil.
BELEBAT UBI STELO @KELEDEK
Bahan-bahan:
3 biji ubi keledek - dipotong halus-halus
2 cawan tepung gandum
2 keping nisan kerek/ gula melaka
1 cawan kelapa parut
Sedikit kapur makan
Air
Dua helai daun pisang dipotong selebar 4 inci setiap satu.
Cara:
1. Nisan kerek/ gula melaka dicairkan dengan sehelai daun pandan. Tambahkan 2 sudu gula ke dalam air manisan. Biarkan sejuk.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk besar kemudian tuangkan air manisan yang sudah disejukkan. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit air kapur.
4. Masukkan kelapa parut dan ubi keledek yang telah dipotong halus tadi.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Masukkan sesudu penuh adunan ke dalam daun pisang, kemudian bungkus seperti sungkusan nasi lemak.

Monday, April 1, 2013
Karipap Daging
Resepi kali ni di ambil dari SINI ya.
RESEPI KARIPAP
Untuk kulit karipap:
2 cawan tepung gandum
2 tbsp majerin
1/4 cawan air ~ campur dgn sedikit garam
Cara membuat kulit:
1. Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata.
2. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
Untuk Inti:
3 biji kentang dipotong dadu.
200g daging cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sudu besar udang kering-ditumbuk
Setangkai daun sup }dihiris
Sedikit gula & garam
Cara membuat inti:
1. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan udang kering.
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Sebelum diangkat masukkan daun sup.
Tips:
1. Kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti.
2. Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.

Friday, August 31, 2012
Kuih Putri Ayu
Ni salah satu menu iftar tempohari, tak sempat post masa ramadhan. Original recipe from here.
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 tsp ovallete
1 tsp ~ saya guna air dari daun pandan kisar
pewarna hijau
kelapa parut putih ~ campur dgn sikit tepung gandum, 1tsp baking powder dan garam
Cara-cara
1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati
3. Isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
Kuih Seri Ayu
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

Petua untuk kuih yang lembut dan gebu:
~ pukul dulu telur hingga berbuih, baru masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru masukkan ovallete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovalette tidak kelihatan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yang lain.
~ sapu acuan dengan sedikit minyak agar kuih mudah dikeluarkan setelah masak.
Labels:
Kuih-Muih
Wednesday, August 8, 2012
Kuih Lopes
My late mom used to make this kuih when I was small. Back then, tak pandang sangat this kuih. Kalau kek ke cookies suka lah. That was then........ We just loveee this kuih . Dah lama salin resepi ni, tapi tak sempat2 nak buat. Forgotten where it was from, but sincerely appreciate it. Tq. Kalau rasa banyak, boleh simpan kuih ni (tanpa salut kelapa lagi ye) dalam freezer. Bila nak makan, kukus kan, then potong dan salut dengan kelapa.
KUIH LOPES
Bahan-bahan:
500gm pulut
1 sudu makan air kapur
5-6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis )
sedikit pewarna hijau (masukkan kedalam pati pandan)
sedikit garam(masukkan kedalam pati pandan)
air secukupnya
daun pisang yang lebar ~ untuk gulung jadi macam bantal (kalau rajin boleh buat bentuk tiga segi sahaja)
tali untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih gaul dgn secubit garam
Cara :

Cara membuatnya:
- Rendam pulut dengan air kapur semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam
- Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.
- Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.
- Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau sentiasa, jangan bagi berkerak dibawah.
- Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.
- Basuh daun pisang, layur atas api dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.
- Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.
- Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang (bergantung kepada saiz daun anda)
- Gulung dan padatkan.
- Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air...tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat. Tekan2 sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi.
- Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan dapat 3 gulung pulut.
- Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.
- Rebus selama 2 jam.
- Angkat dan toskan
- Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang, macam potong telor.
- Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.
- Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
- Hidangkan bersama air gula melaka
Untuk Air Gula melaka:
300gm gula melaka
250ml air (tambah jika perlu)1-2 helai daun pandan
300gm gula melaka
250ml air (tambah jika perlu)1-2 helai daun pandan
Cara :
- Masukkan gula melaka dan air, masak sehingga gula melaka larut
- Angkat dan tapis untuk mendapatkan air gula melaka yang jernih dan pekat.
Labels:
Kuih-Muih
Wednesday, August 1, 2012
Ikan Masam Manis
Ikan Masam Manis for iftar.
Bahan-bahan;
1 ekor ikan kerapu/ atau siakap ~ saya guna je ikan besar yang ada, tapi dah dipotong 4
1 ulas bawang besar
sedikit halia
2 ulas bawang putih
Sedikit capsicum ~ dipotong dadu
1-2 cili merah ~ hiris nipis
1 biji tomato ~ belah 8
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos cili thai
2 tbsp sos tiram/sos plum
2 tbsp sos tomato
sedikit kunyit
garam
sedikit hirisan batang celery
limau nipis/lemon
tepung jagung
Cara:
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Golekkan atas sedikit tepung jagung.
2. Goreng ikan sebentar, toskan minyak dan susun dalam bekas hidang.
3. Tumis hirisan cili, halia & bawang2 sebentar saja hingga naik bau.
4. Masukkan segala sos, dan sedikit air. Kalau nak berkuah banyak boleh tambah ikut suka, biar mendidih.
5. Masukkan garam ikut rasa, biar pekat,padam api.
6. Tuang kuah keatas ikan tadi.
7. Perahkan air limau nipis/lemon keatas ikan.
8. Taburkan hirisan celery dan bawang goreng, sedia untuk di makan.
Popia ni dibuat banyak sebelum ramadhan, dan di simpan dalam freezer. Resepi ada di SINI

Tuesday, July 31, 2012
Masak daging
My little one requested this dish for iftar, while Alya wanted onde-onde for the 'kuihs'.
Daging sambal sos tiram
Bahan-bahan:
1/2 kg daging ~ rebus hingga lembut
1 ulas bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
5 - 6 tbsp cili kisar ~ boleh tambah lagi kalau suka pedas
5 ulas bawang merah ~ di kisar
1 biji tomato
2 tbsp sos tiram
Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan bawang yang dah dikisar tadi, gaul hingga naik pecah minyak.
3. Masukkan bawang hiris, halia dan bawang putih, kacau sebentar hingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, isi daging & sedikit air rebusan, gaul & biar mendidih.
5. Masukkan tomato & garam ikut rasa, tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.
Sayur Campur
Ini simple je. Kobis, capsicum, carrot di hiris. Masak dengan sedikit bawang putih cincang dan sos tiram, dengan minyak bijan. Letak sedikit isi udang.
Onde-onde
Bahan
2 cup tepung pulut
sedikit air pandan ~ (blender 4 helai pandan & tapis airnya )
garam
pewarna hijau
gula kelapa/manisan yang di potong kecil
1 - 1 1/2 cup kelapa parut putih ~ gaul dengan secubit garam
Cara:
1. Gaul tepung pulut dengan air tapisan pandan & pewarna tadi hingga jadi doh yang tidak melekit pada tangan/ tepi mangkuk.
2. Gentel bulat-bulat kecil, isis dengan potongan gula kelapa tadi, bentukkan bebola kecil.
3. Didihkan air dalam periuk.
4. Masukkan bebola tepung yang telah didisi dengan gula kelapa tadi kedalam air mendidih.
5. Kuih akan timbul bila dah masak. Angkat dangaul dengan parutan kelapa putih.

Monday, July 30, 2012
Puteri mandi
Bila ramadhan je, kuih ni mesti jadi pilihan anak-anak...so, I made them colorful...
PUTERI MANDI
Bahan-bahan:
2 cup tepung pulut
3 cup air pandan ~ air di mesin dengan pandan, ditapis
sedikit garam
1 1/2 biji kelapa parut
3/4 cup gula pasir
Cara-cara:
1. Bancuh tepung dengan air pandan & garam.
2. Didih kan air dalam periuk.
3. Bulat-bulatkan doh tadi dan picit sedikit di tengah.
4. Maukkan kedalam air mendidih.
5. Bila kuih timbul, boleh diangkat.
6. Masak air dengan gula, hingga mendidih, masukkan kelapa parut.
7. Gaul kuih dimasak dengan kelapa parut tadi.
Rendang pucuk ubi, lauk dari rembau, nogori sembilan.
Yang ni pulak untuk dearest hubby. Mengidam nak makan keledek jepun. I just sliced the top and wrap in aluminium foil, then baked in the oven. Very soft and sweet. Nanti boleh buat baked cheese potato lah pulak. Kena cari russet potatoes yang besar tu.

Friday, July 27, 2012
Cek Mek Molek
Kuih tradisional dari kelantan. Salah satu favorite anak-anak juga...
Kuih Cek Mek Molek
Bahan-bahan:
2 cup ubi keledek yg telah direbus & dihancurkan
1 cup tepung gandum
sedikit gula pasir ~ untuk inti
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Gaulkan keledek hancur tadi dengan tepung & secubit garam halus hingga menjadi doh yang lembut.
2. Kepalkan menjadi bebola bulat.
3. Leperkan bebola tadi, isi dengan sedikit gula, dlm 1 tsp.
4. Cantumkan balik doh berisi gula tadi, dan ratakan agar inti gula tadi tidak terkeluar.
5. Bentukkan menjadi bujur memanjang.
6. Goreng dalam api sederhana hingga kuning/masak.

Wednesday, July 25, 2012
Ubi ketuk @getok
Juadah yang sangat mudah untuk disediakan. Makan panas-panas....hmmmm.
UBI KETUK @GETOK
Bahan-bahan:
2 cup ubi kayu rebus yg sudah ditumbuk
1 cup kelapa parut
1/2 cup gula
sedikit garam
tepung beras atau tepung goreng pisang
Cara-cara:
1. Gaulkan ubi kayu & gula hingga rata.
2. Kepalkan bulat-bulat.
3. Bancuh tepung beras dengan sedikit air dan garam.
4 Celupkan bebola ubi tadi kedalam bancuhan tepung beras.
5. Goreng dalam minyak panas hingga kuning. Jangan panas/ lama sangat nanti cepat hangit dan pecah bebola tadi.
6. Sedia untuk dihidang
Labels:
Kuih-Muih
Wednesday, July 18, 2012
Karipap
Ni pun untuk stock freezer baru-baru ni. Jumpa resepi di internet, memang sedap Karipap masih rangup lagi walaupun dah sejuk. My favorite recipe so far.Will use this recipe in the future. Pastikan minyak jangan terlalu panas, nanti kulit karipap jadi berjerawat.. :-)
Original recipe from HERE. Terimakasih pada yang sudi berkongsi resepi.
KARIPAP RANGUP
Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gram tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
100 gram tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
Serbuk lada putih/sulah
1 Sudu makan gula
(B)
4-5 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan (dicairkan)
1/2 cawan minyak masak
Sedikit air suam dicampur dengan 1/2 tbsp garam untuk menguli - bancuh sikit dulu air. ditambah sikit-sikit untuk jadi doh.
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan (A - kecuali garam) kedalam bekas adunan, digaul rata hingga sebati.
2. Masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati. Doh akan kelihatan sedikit berketul-ketul, ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
3. Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan kedalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai)
4. Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi kedalam adunan. Uli sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal, dan tidak melekit ditangan dan dinding bekas adunan. jika melekit, tambah sedikit tepung dan diluli sedikit.
5. Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam. Simpan dalam bekas di tutup dengan kain atau penutup. setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit. Sedia untuk diguna.
~ Adunan ini boleh diguna berkali-kali. untuk menyimpannya, masukkan kedalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali. Tak habis, boleh freeze balik.

Subscribe to:
Posts (Atom)