Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

Curry Laksa


Nama je curry tapi takde letak serbuk curry pun. Another menu for iftar


Resepi Curry Laksa

Bahan

1 peketLaksa ~ celur dalam air panas

Bahan kisar
Udang kering
Bunga kantan
Daun kesum
Cili merah or cili kering
Lengkuas
Halia
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit

Mushroom seasoning
Kiub pati ayam ~ saya omit
Udang besar ~ rebus & buang kulit, simpan air rebusan
Sedikit ayam ~ rebus & simpan air rebusan
Tauhu pok
Santan

Untuk hiasan
Telur rebus
Fish cake~ celur
Daun sup
Daun pudina
Daun kesum
Limau kasturi
Tauge
Isi udang
Bawang goreng
Cili padi

Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan ayam & udang.
3. Masukkan tauhu pok, garam, mushroom seasoning.
4. Masukkan santan, gaul rata, biar mendidih.
5. Sedia untuk dihidang dengan laksa & bahan hiasan.
Selamat menjamu selera








Monday, February 2, 2015

MEE REBUS JAWA S'PORE

RESEPI MEE REBUS JAWA S'PORE
sumber: adik pakcik singapore

Bahan:

2 kati mee kuning
1 cawan minyak ~ utk tumis
5 biji buah tomato ~ dibelah
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 kg keledek ~ rebus & lenyek/kisar lg cantik pekat kuahnya
1 batang serai ~ tumbuk
1/2 inci lengkuas ~ tumbuk
4-5 tbsp rempah kari daging BABAs
20 ulas bawang merah ~ tumbuk
10 labu bawang putih ~ tumbuk
1 inci belacan ~ tumbuk
150 gm kacang tanah ~ goreng  & tumbuk halus
3 genggam ikan bilis goreng tumbuk halus
3 sudu besar taucu ~ kisar 
daging tetel ~rebus
sedikit udang basah ~ separuh direbus & kisar, separuh lg masuk dlm kuah

Bahan Hiasan:
Mee kuning dicuci & toskan
3-4 keping tahu ~ goreng & hiris kecil
telor rebus ~ belah dua
lada hijau ~ mayang
daun sadri & bawang ~ hiris halus
tauge ~ celor

Cara:

1. Lebihan minyak goreng kacang & bilis tadi, di tumis belacan, bawang merah & putih hingga garing.
2. Masuk rempah kari (tanpa air).
3. Masukkan 1 mangkuk air, didihkan.Masukkan serai & lengkuas.
4. Saring lebihan minyak diatas, ketepikan.
5. Masukkan tetel rebus, kacang & ikan bilis tumbuk.
6. Masukkan udang & udang kisar, tomato.
7. Masukkan keledek, garam, gula. Gaul rata agar tidak berketul, biar mendidih.
8. Masukkan minyak yang telah di saring tadi.
Kalau nak sedap, sediakan sambal tumis yang diletak udang kering tumbuk. Letak diatas mee semasa menghidang.

Tuesday, December 23, 2014

MEE KARI

Sedap mee kari ni, resepi asal dari SINI




RESEPI MEE KARI


Bahan Untuk Menumis 
1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock
1/2 kg udang basah

1. Udang basah ni dibahagi dua.

2. Satu bahagian dibuang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

3. Satu bahagian lagi di asingkan isi udang dari kulit dan kepalanya.

4. Rebuskan kulit dan kepala udang tadi dengan sedikit air hingga mendidih. Biarkan sejuk kejap, kemudian kisar dalam blender hingga halus, tapis airnya.
4. Kisar halus air tapisan kulit udang dengan isi udang untuk hasilkan stock udang. Stock ni boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, seperti laksa atau tom yam.


Bahan Perasa
1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang ~Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah ~ yg telah di asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan isi kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya

Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis, daun kari dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan cili kering kisar, udang kering kissar, dan rempah kari.
4. Kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak.
5. Masukkan stok udang, kacau hingga terbit minyak.  Masak semua ini dengan api sederhana dan lama sedikit agar bahan betul-betul masak dan garing.
6. Masukkan daging bersama air rebusan, biar mendidih dan daging empuk.
7. Masukkan gula melaka, asam keping, kiub daging & kiub bilis, dan santan.
8. Renihkan kuah sebentar.
9. Masukkan udang basah, kerang, & fishball, biarkan masak sebentar.
10. Masukkan garam, gula, & kentang kisar. Gaul rata.

Bahan hiasan yang di makan bersama :

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh/telur ayam ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya

Sunday, December 14, 2014

LAKSA NYONYA

RESEPI LAKSA NYONYA

Bahan:

50 gm bawang merah
15 gm serai
10 gm halia
10 gm bawang putih
7 gm lengkuas
220 gm tauge
100 gm bunga kantan ~ mayang
250 gm timun ~ hiris halus
200 gm bebola ikan
250 gm udang basah
50 gm cili kisar
5 gm serbuk kunyit
15 gm cili merah ~ hiris
1 kg santan
50 gm mee hoon ~ di celur
60 gm minyak
garam

Bahan hiasan:
timun 
tauge
bunga kantan

Cara:
1. Tumbuk bawang merah, serai, halia, lengkuas , bawang putih. Gaul kunyit.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing, masuk cili kisar. tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, masak hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan udang dan bebola ikan, garam.
5. Untuk menghidang, masukkan meehoon, letak timun hiris, tauge, bunga kantan. Tuang kuah. Hias dengan cili hiris.

Wednesday, October 9, 2013

Mee Hailam

Baru-baru ni lepas sorang-sorang selsema, batuk, demam. Tekak rasa nak makan yang panas-panas berkuah tapi kurang pedas, nanti menjadi lagi pulak batuknya. Tapi saya still buat sambal kicap cili, tak de 'ummph' kalu tak pedas...

RESEPI MEE HAILAM

MEE HAILAM

2 peket mee kuning
300 gm daging lembu - hiris nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
sedikit udang - buang kulit saja
sotong - di hiris
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1/2 batang carrot - hiris nipis
1 biji tomato - belah 8
sedikit sayur sawi putih - asing batang & daun
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos sotong
1 tbsp sos abalone
1 tsp serbuk lada hitam
t tbsp tpg jagung - bancuh dgn 1/2 cawan air
garam
air secukupnya

Cara:

1. Rebus daging dengan 1 inci halia ketuk & 2 ulas bawang putih ketuk hingga empuk.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau,asuk sos & serbuk lada hitam, gaul rata.
3. Masukkan daging dengan air rebusannya, didihkan.
4. Masuk carrot biar lembut.
5. Masukkan batang sawi, capsicum, tomato & garam, biar mendidih.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata.
7. Masukkan daun sawi.
8. Goreng sebentar mee dengan sedikit minyak & kicap, gaul rata.
9. Hidang mee dalam bekas, & curahkan kuah kedalam bekas mee tadi, hias dengan hirisan daun bawang, cili merah & bawang goreng.
10. Jika suka, boleh di tambah dengan sedikit cili api diketuk & masukkan dalam kuah tadi.




Thursday, October 3, 2013

MEE UDANG

RESEPI MEE UDANG

Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 500gm mee kuning
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 tbsp cili giling/kisar
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 tbsp udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 tbsp sos tomato
  • 1 tbsp sos cili
  • 1 keledek / 2-3 kentang yg tlh direbus dan di lenyek (optional- sedikit sahaja utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng
  • 3 biji telor ~ rebus & belah dua
  • *(bahan ini dikisar)

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak,  tapis udang dan asingkan air rebusan, untuk kuah.
  2. Tumis cili kisar hingga garing/pecah minyak. Masukkan bahan kisar, biar hingga betul garing dan naik bau.
  3. Masukkan air rebusan udang, biar kuah mendidih.
  4.  Masukkan sos tomato, sos cili dan petis. Perlahan kan api dan renehkan kuah.
  5. Masukkan garam dan gula ikut rasa masing2.
  6. Letak keledek/kentang  lenyek untuk memekatkan kuah.
  7. Celur mee, taugeh dan sawi. Masukkan udang yg telah direbus tadi, tuang kuah.Hidang dengan telur rebus. Tabur dgn daun bawang dan bawang goreng.



Thursday, March 21, 2013

Char Kuey Teow


My little boy requested me for this dish recently. His favorite, so, kena la kurangkan pedas sikit.
You have to eat it while it is freshly cooked and removed from the wok or 'kuali'. Kalau tidak, nanti kembang dah lembik pulak kue tiau nya.

Found this tasty recipe from here

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Bahan untuk paste:
200 gm udang
250 ml air
4 ulas bawang putih ~ di ketuk
6 tbsp sos tiram
3 tsp kicap pekat
3 tbsp kicap manis
1 tsp petis
2 tbsp pati ikan bilis/udang
2 tbsp kicap/sos Char Kuey Teow 
gara & gula ikut rasa

Bahan untuk mee:
1 peket kuey teow
2 tbsp cili kisar
daun kucai
tauge
udang/sotong/kerang
2 biji telor
3 tbsp minyak masak

Cara:
1. Rebus udang hingga masak, keluarkan udang dari air rebusan. 
2. Masukkan semua bahan untuk paste char kuey teow ke dalam air rebusan udang tadi,  dan rebus hingga pekat.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan 3~4 tbsp rebusan paste char kuey tiau tadi (lebihan paste boleh disimpan) dan secawan air, biar mendidih.
3.Masukkan kuey teow, udang/sotong/kerang, kucai, tauge, dan telor.
4. Masak sebentar sahaja sambil di kacau agar telor rata.
5. Sedia dihidang ketika masih panas.

Friday, August 31, 2012

Mee Rebus Johor

Selamat Hari Raya buat semua. Marilah kita rapatkan ukhwah dengan saling kunjung mengunjung tanpa perlu menunggu jemputan open house, sementara hayat kita masih ada.

Resepi ni di kongsi oleh kawan sekolah lama, dr jah nun di jb tu.


MEE REBUS JOHOR

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning ~ di celur
300 gm daging tetel ~ di rebus hingga empuk
250g udang basah - direbus, isi udang di blend. Kulit  udang nak blend pun boleh, toskan air masuk kedalam air rebusan semula.
500 g keledek - direbus and dilenyek

Bahan kisar 1:

2 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih

Bahan kisar 2:

6 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering - rendam
2inci lengkuas
2-3 tbsp serbuk kari
4 tbsp tauchu

3 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis
2 Senduk tepung gandum ~ dibancuh dgn sedikit air.
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan:

Tauge
Telur rebus
Tauhu goring - dihiris nipis
Limau kasturi ~ belah dua
Daun bawang
Daun sup

Cara:

1. Tumis bahan kisar #1 sehingga harum. 
2. Masukkan bahan kisar #2 dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan semua air rebusan  dengan isinya. 
4. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh tadi. 
5. Masuk kan keledek  penyek. Biar kan sampai mendidih. Masukkan garam dan gula ikut rasa.. 

Thursday, August 9, 2012

Sambal Jawa

I got to know of this dish when I was still small. My late mum used to bring back "nasi ambeng" if she went to 'kenduri' at one of our neighbors back in kampung. Neighbor ni orang jawa, we used to call her Mak daseh, and her house was just behind ours. My family is from mixed malay bugis and chinese origin, tiada darah jawa....

Kalau ada kenduri kawen, yang ada lauk ni, memang le sure ambik, lagi-lagi kalau ada lauk daging sambal goreng kering, sedappp..Resepi ni jumpa di internet and as usual, saya ubah suai sikit ikut bahan yang ada, senang je nak masaknya pun..

RESEPI SAMBAL JAWA KERING
Bahan-bahan:
3 keping tauhu    }
2 keping tempe   } potong dadu dan digoreng
2 biji kentang     }
1-2 batang kacang panjang ~ potong serong
6-7 ekor isi udang segar
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1-2 cili hijau/merah ~ hiris
sedikit su'un ~ rendam biar lembut
sedikit santan ~ 2 or 3 sudu
sedikit kicap
garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah & putih dengan sedikit minyak hingga layu.
2. Masukkan isi udang dan garam, gaul hingga rata.
3. Masukkan tempe,kentang, tauhu, sayur kacang, su'un, kicap dan cili, gaul rata.
4. Masukkan santan dan lada sulah, gaul, padam api.


Selalunya nasi ambeng ada lauk ni sekali, mee goreng kicap. Ni ada budak kecik yang puasa teringin nak makan mee goreng. Kalau ada abang-abangnya, kena buat dua dish, satu pedas & satu lagi tak pedas. Yang ini tak pedas, tapi I made some sambal kicap (cili padi tumbuk dengan se ulas bawang putih, letak kicap perah limau kasturi) untuk sesiapa yang nak pedas...

Friday, October 28, 2011

Belated posts


Dah lama tak update blog ni, almost a month since my last entry.
Ujian tuhan kembali menduga kami baru-baru ini. Chef of the house kena demam denggi pulak, admitted to the hospital for 4 days, dah lemah masa tu. Sebelum tu, 6 days demam tak kebah2, then whole body aches like crazy.....sakit ya amat, hanya tuhan je yang tau. Lost my appetite, then kena cirit-birit pulak. The kids yang kat rumah pulak, one by one demam. Keluar hospital, jaga the girls pulak yang demam. Alhamdulillah, I recovered fast. Untuk rawatan denggi di hospital, I was treated with painkillers and masuk drip. 2x sehari kena ambil darah, lebam2 tangan. Nasib baik platelet cepat naik, and no other blood problems. I was on homeopathy medicine once confirmed of dengue fever, dan dengan izinNYA, my platelet and wbc naik within 2 days. After 1 week discharged, baru kembali normal. BUT, kesannya, pada badan, takes weeks to get back my pre-dengue health condition.

Semoga kami diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang datang, yang pasti, kami redha, dan yakin bahawa Tuhan merencanakan yang lebih baik bagi kami nanti. Amiin.


Mee ladna on daddy's request, after I recovered from the car accident.

Resepi nya almost the same dengan mee hailam, except, letak telur sebelum dipadam api, jadi isi telur tu nampak lembut macam makan shark fin's soup.

Tuesday, September 6, 2011

Riang Ria AidilFitri

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi berkunjung.

Pok Su Huzaifah dengan anak-anak sedara di Gebeng, Kuantan















Main bunga api di Muar


















Eidul Fitri kali ini agak singkat dengan persiapan yang paling ringkas. Sempat buat satu jenis je cookie sebelum balik kampung. Adunan di siapkan oleh Chief Cook, dan di bake dan simpan semua oleh anak-anak. Tak larat den. Lepas raya ni baru nak buat sikit, nak bekal anak-anak yang akan pulang ke asrama masing-masing.













MEE BANDUNG


Bahan-bahan: (untuk 4 orang)


10 biji bawang merah  ] di mesin
3 biji bawang putih      ]
1 paket mee kuning
sedikit sotong basah
sedikit udang segar
air rebusan daging
300 gm daging ~ di rebus dahulu hingga lembut
sayur sawi
3 keping tauhu  ~ di potong kecil dan di goreng
3 biji tomato ~ di potong baji
4 biji telor ayam
4 sudu kacang tanah ~ goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk kasar
sedikit daun bawang
garam 
minyak
bawang goreng


Untuk pes:
500 gm udang kering
sedikit cili mesin
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih


Cara-cara:


1. Blend bahan untuk pes.
2. Tumis dengan minyak yang banyak kerana udang kering meresap minyak hingga separuh masak, asingkan.
3. Untuk kuah: Tumis bawang yang telah di mesin hingga garing.
4. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan air rebusan ikut kepekatan yang di sukai, biar mendidih.
5. Masukkan pes yang telah siap tadi. Jika inginkan kuah yang pekat, lebihkan pes.
6. Kacau supaya tidak berkerak, dan masukkan sotong dan udang segar, dan kacang tanah yang telah ditumbuk dan garam.
7. Masukkan telor satu per satu agar tidak hancur.
8. Bila dah masak, masukkan mee dan sayur sawi, tauhu goreng.
9. Taburkan bawang goreng dan daun bawang semasa di hidang.


Ini menu raya ke lima selepas balik ke rumah sendiri. Resepi asal dari Ika, dan seperti biasa telah di ubah suai sedikit.

Hari ini, anak bujang no2, genap 17 thn, dan sedang menduduki percubaan SPM di hari lahirnya. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Doa ibu sentiasa mengiringi, insya'allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Jadikanlah anak-anak ku dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran dan peperiksaan percubaan SPM ini, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh dan bertakwa.


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan gemar membuat kerosakan.


Ya Allah, Ya Fattah Ya Alim,
Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara takwil serta tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin, wahai Tuhan yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Lapangkanlah dada-dada mereka, permudahkanlah segala urusan mereka serta kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, luruskanlah kehidupan mereka serta kumpulkan mereka dalam perkara betul dan berpahala, lindungilah mereka daripada segala kesalahan dan kesilapan setelah mendapat nikmat dan kurniaanMu.


Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu, bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.


Ya Allah, Ya Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak,
Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan adab sopan, jauhkanlah mereka daripada perbuatan yang mungkar, akhlak yang keji, menurut hawa nafsu dan penyakit yang membinasakan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Thursday, August 18, 2011

Cuti nuzul quran

Salam ramadhan buat semua.
Hari ini badan dah rasa segar sedikit, tetapi tengkuk masih rasa tegang dan kepala masih ada rasa berat dan berdenyut sedikit. Kesan dari hentakan semasa kemalangan tempohari masih belum hilang. Tangan pun masih menggeletar bila bila banyak bekerja.Nak kena pergi urut  untuk perbetulkan blood circulation dibadan ini.

Mee ini di buat dari campuran sayuran, sedap. Ada orang request nak mee goreng basah for iftar yesterday.

























Ayam kampung di celup dalam telor dan tepung goreng ayam radix FC. Lebih sedap buat sendiri dari yang di beli di RFC.

















Resepi untuk lompat tikam ada di SINI

Ondeh-ondeh

Ada orang nak makan kuih yang bulat-bulat warna hijau dalamnya ada gula coklat, kat luar ada putih-putih?? Punya la dia describe, tapi tak tau nama kuih...So, kita sediakan je la adunan tepung nya. Gula melaka di potong2 oleh ayahanda. Little chef and assistants yang menggentel...
Kuih ni namanya ondeh-ondeh atau pun buah melaka..Siapa boleh tolong jawap.."cemana buah ni ada kat melaka ?"......













 

Kuey tiau ni di buat dari berbagai jenis sayur. Agak kental sikit dari kuey tiau biasa, di beli dekat pasar asnaf pagi sabtu lepas. Anak-anak ni kan sukar sikit nak makan sayur.









Thursday, August 11, 2011

Alkisah

Dah few days since I last cooked for iftar, due to the  mishap last friday. Thank you ALLAH, I am still alive, and grateful with whatever YOU bestowed upon us. Thank you for all the help and Dua's from near and afar. May ALLAH bless you all.

Kesian tengok anak-anak makan menu sempoi je. Kuih beli 2-3 kali, sering tak habis, walaupun sedikit. So, yesterday and today, my other half with the help of the kids, prepared the required things for me to cook. Duduk jap je masak, preparations and the rest, semua depa buat, guided by me. I cannot stand for too long, kepala still dizzy kalu berdiri lama and my hands still shakes. Big Boss aka "ayah" finishes all the cooking tasks, alhamdulillah..

We had kuey tiau goreng and ayam goreng RFC for iftar.














Kuey tiau goreng


1 peket kuey tiau
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 tbsp cili mesin ~ kalau nak pedas, boleh lebihkan
sedikit isi ayam ~ kalau ada kerang atau udang boleh tambah
sedikit sos kuey tiau
garam 
minyak


Cara:


1. Tumis bawang putih dalam minyak panas, hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, gaul sekejap.
4. Masukkan sedikit air, dalam 1/2 cawan, dan 6 sudu besar sos kuey tiau, biar mendidih, letak garam.
5. Masukkan kuey tiau, gaul rata.
6. Tolak ke tepi dalam kuali kuey tiau yang telah digaul rata tadi. Masukkan telor, kacau hingga agak separuh masak, gaul terus dengan kuey tiau tadi. 
7. Masukkan tauge dan kucai, gaul rata , padam api.


Tarlet ni sebenarnya di order sehari sebelum ramadhan, 50 tartlet, 25 per box.
JZK ye kak am.



Tuesday, October 19, 2010

Mee udang

Another favorite. Dulu kalau pergi penang, mesti cari mee udang. Now, kalau masak sendiri, puas sikit, boleh letak banyak udang. Original recipe dari Ika di bangkok tu, tapi dah saya modify sikit.

Mee udang

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning - 500gm
  • 2 ulas bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 15 tangkai cili kering - dikisar
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp udang kering
  • udang segar
  • 1 biji kentang
  • 2 biji telor - utk kuah
  • sayur sawi
  • garam
  • bawang goreng
  • daun bawang
  • telur rebus
** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:

  1. Rebuskan kentang, kulit udang & udang kering dalam periuk.
  2. Bila dah masak, keluarkan kulit udang. Kisar dan toskan air kisar kulit udang.
  3. Kisar kentang dan udang kering
Cara masak kuah:
  1. Tumis bawang merah & bawang putih yang dah dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar & tumis hingga garing.
  3. Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) & didihkan
  4. Masukkan bahan kisar dari **
  5. Masukkan udang & garam
  6. Bila dah cukup rasa, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah.
  7. Bila telur dah masak, tuangkan keatas mee kuning yang dah dicelur.
  8. Taburkan lada hiris, bawang goreng, telur rebus & limau.

Thursday, September 23, 2010

Happy Birthday

Hari jadi zulaikha was on the 31st of august, anak merdeka. I remembered the night she was born when I was admitted, the nurses remarks " kalau akak bersalin pagi tadi boleh masuk tv..ramai reporter dtg..."...well, tak masuk tv, tapi dapat hamper je...

Today I cooked Mee rebus for iftar.
Sebab sendiri nak makan kan, so banyak la isi-isinya..Sampai taugeh dan bawang goreng pun tersorok dah..Ni mee rebus biasa je..my favorite is mee rebus jawa..sedap...

Friday, August 20, 2010

Kuih gulung @ ketayap

Kuih ni requested by abang amir..my eldest currently with  crutches.

Teringin pulak nak makan mee goreng mamak. Mee ni basah sikit. Dah dekat berbuka baru masukkan mee and telur, kalau tak nanti mee kembang.  I put udang and daging dengan sedikit air rebusan daging.                                                              























Kuih Ketayap

Bahan-bahan ( dlm 22 gulung ) 

3 cawan tepong gandum
 1 biji telor 
1 1/2 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil perwarna hijau
 4 cawan air ~ blenderkan dgn 4 helai daun pandan, tapis ambik airnya 
1/2 cawan minyak masak
 3 helai daun pandan 

Cara-cara 

Satukan semua bahan, kecuali minyak, 
kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
 Masukan minyak dalam mangkuk kecil.
 Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali. 
Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar.
 Letakkan semula kuali di atas api. Setelah dadar masak, angkat. 
Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut. 

Friday, June 25, 2010

Mee Ladna


This is one of my favorites. While blog hopping, found this recipe on the net at Ika's.


Tq ika for sharing this delicious recipe.


LADNA

Bhn A
  •  Kue teow  - 1 pkt
  • 4tbs Minyak masak
  • 1tbs  Kicap manis

Bhn B
  • 1 cwn Dada Ayam/daging dpotong nipis
  • 3 tbsp Tepung ubi/jagung>>guna 1tsp tuk perap dan 2sb untuk dcampurkan dgn air.
  • 1 tsp Maggi seasoning - saya tak guna

Bhn C
  • 1 tbsp Bawang putih - dicincang
  • 1 tsp Tauchu - tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 tbs Sos ikan 
  • 1 tbs Sos Tiram
  • 1 tbs gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 tbs lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
Cara2:

Bahan A
Panaskan minyak dlm kuali, masukkan kue teow yg telah drendam dan d toskan, masukkan kicap pekat td gaul hingga warna kicap sekata, angkat dan ketepikan.

Bahan B
Gaulkan 1sb tepung jagung bersama daging td bersama 1sb seasoning maggi sampai sebati ketepikan. Biar terperap lebih kurang 10 min.

Bahan C
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, selepas itu masukkan tauchu dan kacau lagi dan masukkan bahan B kacau sehingga daging masak, masukkan udang atau sotong dan kacau lagi, kemudian masukkan lobak merah, fresh shiitake, btg kailan dan baby corn kacau seketika dan masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih dan masukkan pula sos tiram, sos ikan selepas itu tunggu sehingga sayur lembut dan masukkan daun kailan pula perasakan mana yg kurang dan masukkan telur yg telah d kocok td, dan akhir sekali masukkan 2 sb lebihan tepung jagung yg telah dbancuh dgn air, kacau sehingga kuah pekat, matikan api. Masukkan kue teow yg telah dgoreng td kedalam pinggan dan curahkan kuah td ke atas kue teow yg telah dgoreng td.. sedia untuk dhidang, boleh dmakan bersama dgn lada jeruk atau powderkan dgn lada putih td, selamat mencuba! :-)

Sunday, September 6, 2009

Mee Hailam


We had this for iftar yesterday.

MEE HAILAM

2 peket mee kuning
300 gm daging lembu - hiris nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
sedikit udang - buang kulit saja
sotong - di hiris
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1/2 batang carrot - hiris nipis
1 biji tomato - belah 8
sedikit sayur sawi putih - asing batang & daun
2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos sotong
1 tbsp sos abalone
1 tsp serbuk lada hitam
t tbsp tpg jagung - bancuh dgn 1/2 cawan air
garam
air secukupnya

Cara:

1. Rebus daging dengan 1 inci halia ketuk & 2 ulas bawang putih ketuk hingga empuk.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau,asuk sos & serbuk lada hitam, gaul rata.
3. Masukkan daging dengan air rebusannya, didihkan.
4. Masuk carrot biar lembut.
5. Masukkan batang sawi, capsicum, tomato & garam, biar mendidih.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata.
7. Masukkan daun sawi.
8. Goreng sebentar mee dengan sedikit minyak & kicap, gaul rata.
9. Hidang mee dalam bekas, & curahkan kuah kedalam bekas mee tadi, hias dengan hirisan daun bawang, cili merah & bawang goreng.
10. Jika suka, boleh di tambah dengan sedikit cili api diketuk & masukkan dalam kuah tadi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...