Friday, October 4, 2013

Biskut Peanut butter

Resepi asal ada di hias dengan kismis hitam di bahagian bawah, tempat yg ada lekuk macam berlubang sikit tu. Tetapi, dek kerana kurang rajin, biskut ni tiada hiasan, tapi licin juga. Buat semasa di penghujung syawal lepas, teringin punya pasal..

Resepi Biskut Peanut Butter

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan butter
3/4 cawan gula halus
1 biji telor
1/2 cawan peanut butter
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dgn gula.
2, Masuk telor & vanila, pukul rata.
3. Masukkan peanut butter, gaul hingga sebati.
4. masuk tepung gandum & jagung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
5. bakar 170C 15-20 min.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...