Tuesday, March 18, 2008

Happy Birthday Iman Nadiah

Birthday girl
ready for the oven
chewy gooey brownies still warm
Resepi Chewy Gooey Brownie

Bahan:
230 gm butter
2 1/2 cawan brown sugar halus
6 oz unsweetened chocolate

4 biji eggs size A
2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan walnuts/pecans


Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
2. Lenserkan bekas pembakar 9 * 13 inci dengan butter.
3. Alaskan dengan kertas yg di lekapkan pada dasar acuan yg telah disapu butter.
4. Campurkan butter, brown sugar, dan chocolate dalam bekas dan panaskan atas api perlahan utk cairkan coklat. Biarkan .
5. Pukul telur dan vanilla kedalam bancuhan coklat cair tadi dengan senduk kayu.
6. Masukkan tepung dan garam dan gaul sebati, masukkan walnut.
7. Tuang adunan kedalam acuan kek dan ratakan bahagian atasnya.
8.Bakar selama 35 hingga 40 minutes. Sejukkan.
9. Lebih sedap jika dibiarkan semalaman.


assistant to scrape the mixer..for easy washing..


Semalam Iman genap 11 tahun. Since I have been so busy these past few days completing her new school uniforms, tak sempat nak buat special cake for her. Teruknya mak dia ni. Tapi, I just baked her a simple chewy gooey yummy brownies late last night. While waiting for the oven to complete baking, I finished up on the sewing, jimat masa. Ni mata dah mengantuk ya amat, even though jam baru pukul 10pm. Dah berapa hari tidur lewat menjahit.

Well, the brownies turn out exactly as its name. The original recipe was from Zack's recipes. Since I ran out of flour, I just used high ratio/cake flour instead and add chopped walnuts, for the nutty taste. It turns out ok. Will post the recipe later as my drooping eyelids is getting very-very heavy. Nighty folks.


Monday, March 17, 2008

Balik asrama




Hari ini semua sibuk prepare esok nak mula sekolah balik. Yang balik asrama, dah siap packing and order ibu buat spagheti untuk jamuan bilik. Pagi tu, I bake two trays of seafood pizza, the children's favorite. Sekali masak kena banyak, for my family of eight, with 2 adults and two growing teenagers and 4 littel kids.


Thursday, March 13, 2008

Air Terjun Sg Gabai, Ulu Langat

anak-anak mandi di sungai
air terjun sg gabai


mee goreng
karipap daging
sotong ball

Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, ayah ambik cuti hari ini untuk bawa anak-anak pergi berkelah diSg Gabai. Kami bertolak pagi dan sampai di sana, kawasan parking masih banyak kosong. Memang dah lama tak pergi picnic ni, ever since Iman lahir and ayah dah kerap travelling, family time pun agak kurang. Especially masa tu, tak de maid lagi, then I had to fetch 3 kids after work from two locations masa tu, memang le penat. Now, I dah jadi homemaker for almost 3 years come this july. How time flies. It was a big decision to make, as we lose half of the household income, BUT, planning is really important. I am happy.

Anyways, anak-anak memang enjoy sakan hari tu, sebab the 4 small ones tak pernah pergi waterfall or mandi sungai etc. Sungai Gabai ni masih bersih dan jernih airnya, and very sejuk, sebab waktu tu masih pagi lagi and cuaca agak mendung walaupun dah almost noon.

This time, kulit karipap rangup walaupun dah sejuk. Original resepi dapat dari myresepi.com
tapi tak ingat which author. Kalau terbaca tu, terima kasih banyak le sudi kongsi resepi.

KARIPAP RANGUP

Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan Inti :

  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

Inti :

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Doh :
  1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  3. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  4. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  5. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  6. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  7. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  8. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.







Tuesday, March 11, 2008

Ubi ketuk and Rolls


Cinnabon @ cinnamon rolls


ubi ketuk


I had some tapioca/ubi kayu, beli di pasar tani last weekend. Teringat masa kecik-kecil dulu,my late mum selalu buat for us. So, I boiled the tapioca till soft and mashed it. Then chopped one ketul 'gula melaka and then mix it with white grated coconut. The kids love this dish, which we called ubi ketuk.We had it for breakfast. Then for tea, I baked some cinnamon rolls. The original recipe was Clone of Cinnabon which I found from a fellow blogger Koleksi resepi pilihan Diana . This recipe has become one of my family favorites.

CLONE OF A CINNABON
Sumber: allrecipes.com

Bahan-bahannya
1 cawan susu segar - saya guna susu tepung di bancuh dgn air
2 biji telur, pada suhu bilik
1/3 cawan majerin, dicairkan - saya guna butter pada suhu bilik saja
4 1/2 cawan tepung roti
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula caster
2 1/2 sudu teh yis

Untuk Inti
1 cawan gula perang, dipadatkan
2 1/2 sudu besar serbuk kayu manis
1/3 cawan mentega, dilembutkan


Cara-caranya
1. Letak kesemua bahan didalam mesin roti dan tekan punat DOUGH.
2. Setelah diuli biarkan doh naik dua kali ganda dan kemudian letak atas papan canai yang telah ditabur tepung selama 10 sebentar. Dalam mangkuk kecil campurkan gula perang dan serbuk kayu manis.
3. Canai doh kepada 16 x 21 inci. Sapukan 1/3 mentega yang telah dilembutkan diatas roti yang telah dicanai, kemudian tabur rata campuran gula perang dan serbuk kayu manis. Gulung doh tersebut dan potong pada 12 bulatan. Letak rolls pada loyang yang telah dilenser dan perap sehingga ia naik dua kali ganda selama 30 minit.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C dan bakar sehingga kekuninga selama 15 minit. Sementara membakar, pukul krim keju, 1/4 cawan mentega, gula aising, esen vanilla dan garam. Sapukan topping pada roti yang panas sebelum menghidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...