ubi ketuk
CLONE OF A CINNABON
Sumber: allrecipes.com
Bahan-bahannya
1 cawan susu segar - saya guna susu tepung di bancuh dgn air
2 biji telur, pada suhu bilik
1/3 cawan majerin, dicairkan - saya guna butter pada suhu bilik saja
4 1/2 cawan tepung roti
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula caster
2 1/2 sudu teh yis
Untuk Inti
1 cawan gula perang, dipadatkan
2 1/2 sudu besar serbuk kayu manis
1/3 cawan mentega, dilembutkan
Cara-caranya
1. Letak kesemua bahan didalam mesin roti dan tekan punat DOUGH.
2. Setelah diuli biarkan doh naik dua kali ganda dan kemudian letak atas papan canai yang telah ditabur tepung selama 10 sebentar. Dalam mangkuk kecil campurkan gula perang dan serbuk kayu manis.
3. Canai doh kepada 16 x 21 inci. Sapukan 1/3 mentega yang telah dilembutkan diatas roti yang telah dicanai, kemudian tabur rata campuran gula perang dan serbuk kayu manis. Gulung doh tersebut dan potong pada 12 bulatan. Letak rolls pada loyang yang telah dilenser dan perap sehingga ia naik dua kali ganda selama 30 minit.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C dan bakar sehingga kekuninga selama 15 minit. Sementara membakar, pukul krim keju, 1/4 cawan mentega, gula aising, esen vanilla dan garam. Sapukan topping pada roti yang panas sebelum menghidang.
No comments:
Post a Comment