Tuesday, January 20, 2009

Kek Prune Kukus





I made two of these cakes for ira and ada's wedding recently, to serve the guests at the kitchen. I like this cake because of the taste and especially because of the simple recipe. Main campak-campak aje...

Resepi ni pun dapat dari internet but i lost track of the owner sebab duk catit kat buku rojak ku. Anyways, kalu the owner jumpa mekasih ya kerana sudi kongsi resepi jadi saya pun panjang-panjangkanlah ilmu ni...

KEK PRUNE KUKUS

Bahan:

250 gm butter
2 cup self raising flour
1 cup sugar (or 1/2 cup brown sugar + 1/2 cups castor sugar)
1/4 tin besar susu pekat
20 biji pitted prune (kisar dgn sedikit air ~ 2 camca besar air)
5 biji prune - hiris kasar
5 biji telur
1 tsp ovalette
tin kek 9" x 9"

Cara:

1. Didihkan air di kukusan.
2. Beat butter+ gula+susu pekat.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan ovalette dan gaul lagi hingga rata.
5.Masukkan prune kidar, gaul rata.
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit, gaul dengan senduk hingga sebati.
7. Masukkan prune hiris dan gaul rata. Tuang ke dalam loyang , pastikan adunan separuh dari bekas.
8. Kukus 1 1/2 jam hingga masak. ( Tutup tin kek dengan aluminium foil untuk elakkan air menitis ke atas kek.)


Teringat masa di mrsm dulu, bila lepas cuti semester, roommate bawa balik sambal ni ke asrama. Sebelum ni cuba buat tapi selalu tak rangup bilisnya. Sekali tu jumpa satu makcik jual, beli satu bekas macam isi tofufa tu, RM10, bilis campur kacang tanah goreng, rangup tak lemau bilisnya. Test 2-3 kali, jadi juga akhirnya. Rupanya, letak bawang goreng aje, kalau letak bawang hiris dalam tumisan cili kisar tu, alamat la bilis tu nanti tak rangup.


Sambal Ikan Bilis Kering

Bahan:

1/2 kg ikan bilis jepun - bersihkan
sesenduk cili mesin
sesenduk bawang goreng
sediikit gula & garam

Cara:
1. Goreng ikan bilis dengan api sederhana hingga garing. Toskan minyaknya.
2. Tumis cili mesin dengan api perlahan hingga garing/ pecah minyak.
3. Masukkan gula dan garam ikut rasa, gaul rata.
4. Sejukkan tumisan cili tadi.
5. Maukkan ikan bilis goreng dan bawang goreng kedalam tumisan cili tadi, gaul rata hingga semua bilis bersalut cili.
6. Masukkan kedalam bekas kedap udara, boleh tahan lama.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...