Tuesday, August 20, 2013

Nasi Dagang

Dah lama nak buat nasi dagang ni tapi ada saja halangan. Kali ini dapat juga buat dan alhamdulillah, menjadi. Ini adalah resepi nasi dagang terengganu, favorite DH. Biasanya sedara disana guna rempah gulai cap ros, tapi takde stok pula disini. Saya guna rempah gulai nasi dagang yang dibeli di pasar, orang ganu jual dah siap dipeketkan. Nanti balik kampung kena cari lagi buat stok. Resepi asal dapat dari sini tapi saya kurang kan sikit beras, Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.


RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU
Bahan-bahan
Untuk nasi:
3 cawan beras wangi
1 cawan beras pulut
400 ml santan
3 ulas bawang merah ] di hiris halus
1/2 inci halia.              ]
1 tbsp halba
Garam
Cara:
1. Rendam beras semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum.
2. Cuci bersih, tos airnya.
3. Kukus beras selama 5 minit.
4. Campur 100ml santan dengan 100ml air untuk dijadikan santan cair. Gaul beras yang dikukus tadi dengan santan cair.
5. Kukus semula selama 45 minit atau hingga nasi masak.
6. Baki 300 ml santan di gaul dengan halba, bawang dan garam.
7. Kukus lagi selama 5~10 minit.
8. Hidang dengan kuah gulai dan acar.

RESEPI KUAH GULAI IKAN AYA(IKAN TONGKOL)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol ~ saya guna ikan tenggiri, tak makan ikan aya
400 ml santan
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
15-20 cili kering ~ gunting kecil, rebus, dikisar
6 asam keping
2-3 tbsp rempah gulai nasi dagang
Gula kerek ~ gula nisan/ gula melaka
5-6 biji cili padi/ 1 biji cili merah
Garam
Sedikit belacan
(* dikisar)

1. Rebus ikan dengan asam keping & sedikit air hingga masak.
2. Masak santan dengan 1 liter air dalam periuk berasingan dengan api perlahan selama 30-40 minit. Kacau selalu agar tidak berketul.
3. Tumis cili hingga garing, masukkan rempah. Biar hingga naik bau & pecah minyak.
4. Masukkan bahan tumis & bahan kisar, nisan,garam kedalam rebusan santan.
5. Masak hingga mendidih, masukkankerisik, cili & ikan bersama air rebusan ikan.
6. Biar kuah pekat sedikit, hidangkan.

RESEPI ACAR TIMUN MENTAH
Bahan-bahan:
2 biji timun ~ buang biji, potong memanjang
1 biji lobak merah ~ potong memanjang
2 biji cili merah ~ hiris serong
2 biji bawang merah~ mayang
1/2 inci halia ~ hiris halus
1 tsp garam
1 tbsp gula
Sedikit cuka masak ~ saya guna perahan limau nipis

Cara:
1. Campurkan semua bahan.
2. Masukkan perahan limau nipis, gaul rata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...