DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas, gaul rata.
2. Masukkan dalam blender dan kisar, kemudian tapis adunan.
Untuk menggoreng kulit/crepe:
1. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
2. Panaskan hingga kuali benar-benar panas.
3. Oleskan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan api.
4.Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan biar hingga masak, tak perlu di balikkan.
5. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.
6. Buat sehingga habis adunan.
7. Biarkan crepe sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Untuk sediakan inti/filling:
1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental/medium peak forms.
2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Untuk isi filling:
1. Bentangkan 1 keping crepe
2. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
3. Letakkan isi durian diatas cream tadi.
4. Lapiskan sekali lagi dengan Whipping Cream.
5. Lipatlah crepe menjadi empat segi, simpan dalam peti ais sebentar
6. Sedia untuk dihidangkan selepas di sejukkan.
No comments:
Post a Comment