Saturday, March 1, 2014

Kuih Lopes

Kuih ni juga salah satu favorite keluarga. Budak-budak ni makan je anything from pulut. Dulu I cannot take pulut. Ada migraine, makan sikit je naik pening sampai muntah-muntah. Sekarang not so bad, still have migraine attacks once in a while, tapi jarang dah. But I still take caution kalau makan yang banyak angin ni like nangka, kangkung, kobis etc. Kalau nak makan, not on an empty stomach..

My late mother selalu buat kuih lopes ni masa kecik-kecik dulu. She uses the traditional way, no short cut. I remembered her making small cones from banana leaves, filling them with pulut..then susun bertingkat, ikat dengan tali rafia ketat2 & rebus for long hours..

Resepi ni yang dah disimplifiedkan prosesnya...Teringin nak makan, buat sendiri je ya..senang je
Original recipe dari SINI ya.


RESEPI KUIH LOPES

Bahan-bahan (  dpt lebih 24ketul )

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair

1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

Untuk air gula:
3 ketul gula melaka
5 sb gula pasir
3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut, rendam dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. 
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan ambil air tapisannya. Masukkan santan & air pandan pada pulut kukus tadi, gaul rata. Kukus lagi selama 30minit.
  3. Alas bekas 4segi/bulat (8 in) dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  4. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  5. NOTA: air gula bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula pasir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...