Bahan-bahan:
600gm daging lembu
2 1/2 biji kelapa ~ asingkan sedikit utk kerisik
1 peket kecil rempah biji ~ ambil setengah sahaja
1 inci kulit kayu manis ~ goreng tanpa minyak, giling
1 tbsp jintan manis
1 inci halia ~ hiris halus
10 biji bawang putih ~ mayang halus
15 biji bawah merah ~ mayang halus
3 batang serai ~ tumbuk supaya pecah hujungnya sahaja
cili kering ikut suka ~ jika nak pedas, gunakan cili padi
garam, daun kunyit
Caranya:
1. Potong daging ikut size yang dikehendali.
2. Kelapa utk kerisik~ direndang hingga garing, tumbuk hingga keluar minyak
3. Masukkan daging kedalam kuali, gaulkan dengan rempah yang sudah ditumbuk & digiling dan bahan2 yang dihiris.
4.Masukkan santan kelapa dan garam secukupnya.
5. Jerang atas api perlahan, apabila kuah agak pekat, masukkan kerisik dan kacau hingga kering
No comments:
Post a Comment