Sebenarnya, cookie ni ade buat for raya, but sikit je, for all the hungry tummies kat rumah tu. Plan nak buat sikit after raya jugak, then ade order pulak, so buat sekali lah.
Snow Almond cookie
SNOW ALMOND
Bahan A
220gm mentega
1 tbsp shortening
1000gm gula kastor
1 tsp esen kopi
1 biji kuning telor
Bahan B
220gm tepung gandum
50gm nestum - dikisar halus
2tbsp coffeemate
70gm tepung sagu/ubi
40gm badam kisar
Bahan hiasan
serbuk roti putih (white breadcrumbs)
sedikit coklat masakan - cairkan
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula kastor & shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi & kuning telur, gaul rata.
2.Satukan kesemua bahan B & masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit, gaul rata.
3. Bentukkan & bakar pada suhu 170'C selama 20 minit. Sejukkan.
4. Setelah sejuk, celupkan dalam coklat masakan, dan golekkan pula dalam serbuk roti putih.
Nota: Cookie ni bila dah dicelup & gaul dengan serbuk roti, jadi tebal sedikit, jadi, semasa dibentuk, buatlah agak nipis dan kecil sedikit.
BISKUT SAMPAN - resepi asal dari Zaliana
Bahan-Bahan
125gm butter
75gm gula halus
2 kuning telor
200gm tepung gandum
1 tsp esen vanila
Inti:
1/2 cawan kismis hitam
1 cawankelapa parut kering
10 biji ceri merah - potong kecil
10 biji cerihijau - potong kecil
1/2 cawan susu pekat
Cara:
1. Satukan mentega & gula, pukul hingga kembang. Maukkan kuning telur & esen vanila, masukkan tepung sedikit demi sedikit., gaul rata.
2. Untuk inti, satukan semua bahan kecuali ceri.
3. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan sampan, tekan dengan jari. Kemudian masukkan inti. Susun ceri merha dan hijau diatasnya.
4. Bakar pada 170'C hingga masak.
This is my favorite kuih, other than tat nenas. Dah jarang jumpa kuih-kuih lama ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment