Monday, February 28, 2011

Cream Puff with custard filling













Cream puff sebelum dimasak.














Baru keluar oven, dan terus di potong dua untuk keluarkan stimnya,
 agar puff(choux pasrty)  rangup diluar &  lembut didalam.
 












Puff yang telah siap diisi dengan kastad filling & sedia untuk dimakan.


CREAM PUFF 

100 ml air
45 gm butter ~ suhu bilik
60 gm tepung ~ diayak
2 biji telor

1. Panaskan oven pada suhu 210C. Alas dulang pembakar dengan aluminium foil, disapu sedikit minyak.
2. Masak air & butter dalam periuk dengan api sederhana sebentar. Kemudian dengan api kuat hingga mendidih.Padam api.
3. Masukkan tepung yang telah diayak & kacau dengan cepat.
4. Panaskan semula adunan tepung dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis, padamkan api.
5. Masukkan telor & kacau dengan cepat.
6. Masukkan dalam piping bag, dan pipe kedalam dulang pembakar tadi.
7. Spray permukaan adunan yang sedia untuk dibakar dengan sedikit air.
8. Bakar pada 210 C selama 15 minit. Kemudian pada suhu 180 C selama 20 minit.
 
     











KRIM KASTAD

1 tbsp tepung
1 tbsp tepung jagung
4 tbsp gula
1 cawan susu segar
1 biji telor
1 tbsp butter

1. Gaul semua bahan kecuali butter didalam periuk. 
2. Masak diatas api sederhana, gaul sehingga adunan pekat, padam api.
3. Masukkan butter & gaul rata, untuk filling yang berkilat dan cantik.

                      

Nasi & AYAM

Ini antara menu yang dimasak semasa anak-anak pulang bercuti. Bila makan ramai-ramai, seronok tengok mereka makan. Nasi temasik dan ayam sambal bugis ni resepi asal dari blog Mat Gebu. Ada juga yang diubah suai ikut stok yang ada.

  
Nasi Temasek

Bahan-bahan
  • 1 kilo beras basmathi ~ cuci & toskan
  • 8 biji bawang merah kecil ~ dimayang
  • 2 1/2 inci halia ~ dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 1/2 inci kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tin susu cair
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 1 cawan minyak
  • 2 helai daun pandan
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, kuning & merah untuk renjisan
  • sedikit badam goreng ~ saya tak letak
  • sedikit kismis untuk ditabur
  1. Panaskan minyak dengan minyak sapi dalam periuk. Tumis bawang merah, masukkan bawabg putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga hingga naik bau.
  2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan & beras. Goreng beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya beras tidak hancur. Masukkan air, susu cair & garam.
  3. Tutup periuk & biarkan nasi masak. Setelah masak, renjiskan bahan-bahan pewarna secara berasingan.
  4. Masukkan kismis dan hidang dengan taburan bawang goreng dan badam goreng. 
 SAMBAL AYAM BUGIS

Bahan-bahan:

  • 600 gm ayam ~ potong ikut suka
  • 1 biji bawang besar ~ hiris bulat
  • 1 genggam isi kacang tanah jenis besar
  • 1 cawan santan
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 tbsp tomato puree
  • 2 tangkai daun ketumbar ~ potong kasar2
  • garam & gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • 3 biji bawang merah ~ hiris halus
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris halus
Cara:
  1. Cuci kacang tanah & rebus hingga lembut dan buang kulit. Cuci ayam, lumur dengan garam & kunyit, goreng sedikit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis & tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar & tomato puree, kacau hingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah & santan, kacau rata & biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar , garm & gula. Kacau rata & masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan bawang besar, masak hingga bawang layu.








Saturday, February 5, 2011

Mixed Salad

Ini menu minggu lepas. Since ramai yang tak berapa sihat, so tak boleh nak masak yang berminyak-minyak.
Kekadang buat sayur ala-ala sashimi, japanese or korean style. Bungkus salad, sumbat penuh dalam mulut.
Mixed salad ni, campuran seafood & daging hiris yang dah di rebus. Kenyang bebudak makan.

Birthday boy

Hari ini, Huzaifah genap 6 tahun. Sekejap betul masa berlalu.
Dia nak cuppies for his birthday..Jadi kat bawah ni chocolate  chip with ground hazelnut cupcakes, decorated with swiss meringue butter cream and piping jelly for the lettering. Resepi nya later yea...

Ibu letak coloring, dia sibuk buat face painting...nak posing lagi tu..

Birthday boy enjoying his cuppie..

Cuppies for Huzaifah Anas 6th birthday...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...