Monday, March 21, 2011

Masak-masak cuti sekolah

Cuti sekolah baru je tamat, anak-anak dah balik asrama. Ni antara menu kami sepanjang cuti sekolah baru-baru ini.  Dear hubby teringin nak makan keropok lekor home-made, so buat le sikit. Dia tolong siang isi ikan and gentel 'kepok'.

 Then I  bake a simple japanese cheese cake with lemon cream cheeese topping for iman's birthday last week..the kid's favorite. Enjoy the pictures.

Original recipe dari majalah keluarga february 2005. Magazine ni dapat dari somebody yang nak clearkan rumah dia , dapat sekotak old magazines & books. As usual, saya dah modified sikit utk lebihkan isi ikan dan kurang kan pati (tpg kanji & sagu).

KEROPOK LEKOR


Bahan-bahan:
8 kg ikan tamban/sardin/ parang ~ i used a mixture of ikan kerisi, ikan selar kuning & ikan selayang at 1 kg je
1 kg tepung kanji ~ i used 100 gm , tak letak pun ok
6 kg tepung sagu  ~ i used 500 gm
sedikit garam
sedikit ketul ais


Cara:


1. Siang & asingkan isi ikan dari tulangnya.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat bersama tepung, tambah garam.
3. Ambil sedikit adunan tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang di taburkan dengan sedikit tepung sagu. Kemudian uli bersama ketulan ais & bentukkan memanjang.
4. Setelah selesai, rebus didalam air panas yang sedang mendidih selama lebih kurang lima minit sebelum di angkat. Boleh juga di goreng terus tanpa di rebus.
5. Keluarkan keropok lekor yang terapung di permukaan air mendidih. Boleh dimakan begitu saja atau di goreng selepas di rebus.



Keropok lekor dah siap di goreng tanpa di rebus.
 Isi ikan yang telah dicincang dan diuli dengan tepung kanji dan sagu.
 Beratur untuk digoreng atau di rebus.


 Baru siap di rebus dan boleh masuk freezer. Berasap lagi tu.








Ni kek untuk birthday iman thursday lepas, tapi dapat bake on saturday sebab tunggu amir balik cuti on friday. Ignore the cosmetic ye..masih belajar lagi cake deco ni, and takde benda alah ape tu yang boleh rotate kek..so pusing manually je..Recipe for Japanese Souffle Cheese cake boleh tengok kat  SINI




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...