Thursday, August 18, 2011

Cuti nuzul quran

Salam ramadhan buat semua.
Hari ini badan dah rasa segar sedikit, tetapi tengkuk masih rasa tegang dan kepala masih ada rasa berat dan berdenyut sedikit. Kesan dari hentakan semasa kemalangan tempohari masih belum hilang. Tangan pun masih menggeletar bila bila banyak bekerja.Nak kena pergi urut  untuk perbetulkan blood circulation dibadan ini.

Mee ini di buat dari campuran sayuran, sedap. Ada orang request nak mee goreng basah for iftar yesterday.

























Ayam kampung di celup dalam telor dan tepung goreng ayam radix FC. Lebih sedap buat sendiri dari yang di beli di RFC.

















Resepi untuk lompat tikam ada di SINI

Tahu sumbat

This is daddy's favorite. Tapi kan, ada orang tersilap, potong dulu baru goreng, jadi, bila nak belah tu keras la sikit..apa-apa pun, licin jugak...













CICAH DENGAN KICAP CILI..













Menu iftar for the day.




Ondeh-ondeh

Ada orang nak makan kuih yang bulat-bulat warna hijau dalamnya ada gula coklat, kat luar ada putih-putih?? Punya la dia describe, tapi tak tau nama kuih...So, kita sediakan je la adunan tepung nya. Gula melaka di potong2 oleh ayahanda. Little chef and assistants yang menggentel...
Kuih ni namanya ondeh-ondeh atau pun buah melaka..Siapa boleh tolong jawap.."cemana buah ni ada kat melaka ?"......













 

Kuey tiau ni di buat dari berbagai jenis sayur. Agak kental sikit dari kuey tiau biasa, di beli dekat pasar asnaf pagi sabtu lepas. Anak-anak ni kan sukar sikit nak makan sayur.









My little chef

These are some of our menus for Iftar for the past few days. Usually, the kids take turns choosing the menu, what they wanted for iftar. But since mom is not able to stand too long, they help prepare the dishes, with mom's instructions of course.

Colorful kan! Memula she chose, blue, purple & pink...alahai anak ibu...so, modify sikit, and voila....



Buat semangkuk besar, balik terawih boleh makan lagi. Mom prepare the dough only, my girl put in the coloring and completed all the tasks, assisted by one little boy. Assistant lagi sorang, tido tak mau bangun...hmmm..siapa budak tu yee..


Resepi ada kat SINI.


 Tak sampai, kena berdiri atas step ladder, baju sekolah tak ganti lagi...Ayah ada supervise kat belakang tu...no worries..Sorang ni la yang ada interest kat dapur.











Banana split for dessert, a treat for the kids. The have been helping a lot the past few days.  Huzaifah balik tadika, tengok tvtutor tengah buat demo buat ice cream sundae....terlior je dia..kesian..ayahanda terus beli 1 tub ice cream, malam huzaifah and the girls created their own sundaes....siap ada wafer lagi...

Thursday, August 11, 2011

Alkisah

Dah few days since I last cooked for iftar, due to the  mishap last friday. Thank you ALLAH, I am still alive, and grateful with whatever YOU bestowed upon us. Thank you for all the help and Dua's from near and afar. May ALLAH bless you all.

Kesian tengok anak-anak makan menu sempoi je. Kuih beli 2-3 kali, sering tak habis, walaupun sedikit. So, yesterday and today, my other half with the help of the kids, prepared the required things for me to cook. Duduk jap je masak, preparations and the rest, semua depa buat, guided by me. I cannot stand for too long, kepala still dizzy kalu berdiri lama and my hands still shakes. Big Boss aka "ayah" finishes all the cooking tasks, alhamdulillah..

We had kuey tiau goreng and ayam goreng RFC for iftar.














Kuey tiau goreng


1 peket kuey tiau
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 tbsp cili mesin ~ kalau nak pedas, boleh lebihkan
sedikit isi ayam ~ kalau ada kerang atau udang boleh tambah
sedikit sos kuey tiau
garam 
minyak


Cara:


1. Tumis bawang putih dalam minyak panas, hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, gaul sekejap.
4. Masukkan sedikit air, dalam 1/2 cawan, dan 6 sudu besar sos kuey tiau, biar mendidih, letak garam.
5. Masukkan kuey tiau, gaul rata.
6. Tolak ke tepi dalam kuali kuey tiau yang telah digaul rata tadi. Masukkan telor, kacau hingga agak separuh masak, gaul terus dengan kuey tiau tadi. 
7. Masukkan tauge dan kucai, gaul rata , padam api.


Tarlet ni sebenarnya di order sehari sebelum ramadhan, 50 tartlet, 25 per box.
JZK ye kak am.



Wednesday, August 10, 2011

Lompat Tikam Terengganu

Juadah kesukaan semua. Resepi asal dari rubiah suparman di SINI

LOMPAT TIKAM

Bahan utk lapisan atas:


4 cawan air pandan (kisar 2 helai daun pandan dgn air, tapis)
1 cawan tepung beras
1 tbsp air kapur


Bahan utk lapisan bawah:


4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam


Bahan utk air gula:
2 ketul gula melaka/manisan
4 cawan air
1 helai daun pandan di ikat


Cara-cara:
1. UTK LAPISAN BAWAH:
Campur semua bahan dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga pekat dan berkilat. Tuang kedalam acuan.


2. UTK LAPISAN BAWAH:
Campur semua bahan, masak atas api sederhana sehingga pekat. Tuang atas dalam acuan tadi.
Sejukkan. 


3. UTK AIR GULA:
Masak gula, air & daun pandan hingga gula larut dan pekat. Sejukkan. Tuang keatas acuan yg telah sejuk, sedia utk di hidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...