Friday, September 30, 2011

Waffle

I just loveddd waffles..and the kids enjoyed them too. Usually we made our waffles from the instant pancake/waffle mix bought from the store and cooked on the electric waffle maker. Then I found this recipe from here, and they are just yummy as well...

I'm hoping to get an iron waffle pan/griddle which I can cook on the stove. Something that look like this


Waffle

Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam

Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3.  Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup atau ice cream.

Thursday, September 29, 2011

Popia Basah

Bulan ramadhan lepas, ada jiran beri popia goreng buat berbuka. Anak-anak suka, and ibu dah lama tak buat. Ini antara menu semasa berpuasa di bulan syawal lepas, buat bebanyak guna ready made kulit popia, dan simpan di freezer.Nak makan, just defrost dan goreng je, senang keja. Bahan inti dan kuah masih sama, cuma masa ni agak kurang rajin nak buat kulitnya.

 Resepi POPIA BASAH ~ original recipe dari myresepi


Bahan Kulit:


2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam 


Bahan Inti:


1/2 biji kobis - diricih halus ( ganti dengan sengkuang)
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering ~ saya guna udang segar
garam secukupnya
minyak untuk menumis



**Cincang bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu. 

Bahan Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis/sedikit isi kurma
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya


*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam .

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.

2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.
8. Sedia untuk dimakan :)

Nota: Bila nak ratakan adunan untuk kulit tu  alihkan frypan dari api dan letakkan frypan di atas tuala yang di basahkan, kemudian ratakan adunan menggunakan jari, jadinya tak lah panas jari tu...

Macaroni Gratin

Oven ku kurang panas, jadi toppingnya agak pucat, tak garing. Walaumacamana pun, bakar dalam 2 dish, licin anak-anak makan.













MACARONI GRATIN

1 ulas bawang besar ~ cincang halus
300 gm macaroni
2 tbsp butter
80 gm parutan keju
sedikit isi udang ~ di potong kecil
garam & black pepper

Untuk white sauce:
80 gm butter
80 gm tepung
1.6 liter susu
garam & black pepper

Cara:
1. Didihkan air dengan sedikit garam, rebus macaroni hingga lembut 8~9 min, toskan.
2. Cairkan butter dalam kuali panas, masukkan isi udang, bawang dan macaroni, gaul rata hingga masak.
3. Tuang macaroni kedalam bekas bakar yang telah di sapu dengan butter.
4. Untuk white sos: Cairkan butter dalam kuali diatas api sederhana, masukkan tepung & susu, Kacau hingga pekat, masukkan garam dan pepper.
5. Tuang sos ke atas macaroni tadi, taburkan keju parut.
6. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit hingga bahagian atas cheese tadi garing keperang-perangan.
 

Tuesday, September 20, 2011

Hujung Syawal

Antara menu semasa berpuasa di bulan syawal ni.











Puding Karamel

1 tin susu cair/ susu segar
1 tin air
3/4 cup gula halus
1 tsp esen vanila
5 biji telor


Untuk karamel:
1/2 cup gula
2-3 tbsp air

Cara: 

1. Sediakan karamel: Masak gula dgn 1tbsp air atas api sederhana hingga gula bertukar warna ke perang. Masukkan lagi 1 tbsp air, gaul, padam api. Jgn hangus ye.
2. Tuang karamel ke dalam bekas yang tahan panas/loyang bulat.
3. Sediakan puding: Panaskan kukusan.
Pukul telor, gula & vanila sehingga gula hancur secara manual sahaja, tanpa mesin. Nanti puding nya berlobang-lobang.
4. Masukkan susu, gaul rata, masukkan air.
5. Tuang adunan kedalam bekas karamel. Kukus selama 20 minit.
Boleh di hidang dengan fruit cocktail.


Portuegese egg Tart (12 biji)

2 keping puff pastry size besar
1/2 cup gula halus
1/2 cup susu segar/susu cair
1/2 cup whipping cream
6 biji kuning telor 
1/2 tsp esen vanila

Cara:
1. Pukul semua bahan(kecuali pastry) hingga sebati. Tapis & ketepikan.
2. Potong tiap keping pastry kepada 6 bahagian. Cucuk dengan garfu.
3. Susun puff pastry yang telah dipotong kedalam acuan muffin.
4. Isiskan adunan telor tadi kedalam pastry  3/4 penuh.
5. Bakar pada 200C selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin selama 5-10 minit sebelum di hidang.
 

 

Wednesday, September 7, 2011

Roti sardin gulung


The girls have a Eid celebration at school today, and requested mum for something homebaked...I prepared this menu last night , without the egg dipping and the bread crumbs. I fried them in the morning. We can replace the sardine with sausages or any other filling.
 Roti yang dah siap di lenyek dan di isi inti sardin dan di simpan dalam fridge.



  










Roti sardin gulung


1 tin kecil tin sardin
10 keping roti sandwich
3 biji telor
1 biji carrot ~ di parut halus
1 biji cili merah ~ cincang halus
1 biji bawang merah yang agak besar ~ cincang halus
1 biji limau nipis
sedikit serbuk black pepper
bancuhan air kanji ~ sedikit air dengan tepung 
sedikit garam
sedikit serbuk roti


Cara:
1. UNTUK INTI: Asing ikan sardin dari kuahnya, dibuang tulang, dan dihancurkan. Gaul bersama bawang, carrot, cili merah, pepper dan garam. Perahkan air limau nipis.


2. Roti di kukus atau di basahkan sedikit dengan air sebelum di gelek nipis. 
3. Masukkan sedikit inti dan gulung roti. Sapu sedikit air kanji(tepung +air sedikit) untuk gamkan bahagian hujung gulungan roti tadi agar tidak terburai semasa di goreng.
4. Buat sehingga habis roti dan inti.
5. Celupkan gulungan roti ke dalam telor yang telah di pukul, dan golekkan ke atas serbuk roti.
6. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
7. Tapis minyak, sedia untuk di hidang. Boleh di cicah dengan sos atau di makan begitu sahaja.

Kuih Raya

These are among my favorites. Ni semua kuih lama, jarang dapat jumpa. Original recipe dari mak ex-office mate yang sekarang berada di Dubai, thank you fida. Gambar nanti ekkk..

Resepi Biskut Peanut Butter

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan butter
3/4 cawan gula halus
1 biji telor
1/2 cawan peanut butter
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dgn gula.
2, Masuk telor & vanila, pukul rata.
3. Masukkan peanut butter, gaul hingga sebati.
4. masuk tepung gandum & jagung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
5. bakar 175C 15-20 min.


RESEPI BISKUT BUAH KANA

1 cup marjerin/butter (butter lebih sedap)
1 cup gula icing
2 cup paras tepung jagung
1 1/2 - 2 cup paras tepung gandum
1/2 cup tpg kastad
1 tsp baking powder
1/4 tsp esen vanila
2 biji kuning telor (
sedikit jem strawberry (untuk di tangkup dua)



Cara-cara:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang(dengan tangan).
2. Masukkan kuning telor, kacau rata, masukkan vanilla, tepung2 tadi perlahan-lahan hingga habis.Gaul rat dan tekan dengan acuan buah kana.

3. Bakar pada suhu 180C.
4. Bila masak dan elok kuning, diangkat. Panas2 sapukan jem strawberry, tangkup dua seperti buah kana.
*jgn habis semua tepung gandum (agak2 tak melekat...kalau melekat tambah
tepung)
*kacau marjerin/gula secara manual (senduk) bukan guna mesin
* tepung2 dimasukkan secara berselang-seli sehingga abis

Tuesday, September 6, 2011

Riang Ria AidilFitri

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang sudi berkunjung.

Pok Su Huzaifah dengan anak-anak sedara di Gebeng, Kuantan















Main bunga api di Muar


















Eidul Fitri kali ini agak singkat dengan persiapan yang paling ringkas. Sempat buat satu jenis je cookie sebelum balik kampung. Adunan di siapkan oleh Chief Cook, dan di bake dan simpan semua oleh anak-anak. Tak larat den. Lepas raya ni baru nak buat sikit, nak bekal anak-anak yang akan pulang ke asrama masing-masing.













MEE BANDUNG


Bahan-bahan: (untuk 4 orang)


10 biji bawang merah  ] di mesin
3 biji bawang putih      ]
1 paket mee kuning
sedikit sotong basah
sedikit udang segar
air rebusan daging
300 gm daging ~ di rebus dahulu hingga lembut
sayur sawi
3 keping tauhu  ~ di potong kecil dan di goreng
3 biji tomato ~ di potong baji
4 biji telor ayam
4 sudu kacang tanah ~ goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk kasar
sedikit daun bawang
garam 
minyak
bawang goreng


Untuk pes:
500 gm udang kering
sedikit cili mesin
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih


Cara-cara:


1. Blend bahan untuk pes.
2. Tumis dengan minyak yang banyak kerana udang kering meresap minyak hingga separuh masak, asingkan.
3. Untuk kuah: Tumis bawang yang telah di mesin hingga garing.
4. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan air rebusan ikut kepekatan yang di sukai, biar mendidih.
5. Masukkan pes yang telah siap tadi. Jika inginkan kuah yang pekat, lebihkan pes.
6. Kacau supaya tidak berkerak, dan masukkan sotong dan udang segar, dan kacang tanah yang telah ditumbuk dan garam.
7. Masukkan telor satu per satu agar tidak hancur.
8. Bila dah masak, masukkan mee dan sayur sawi, tauhu goreng.
9. Taburkan bawang goreng dan daun bawang semasa di hidang.


Ini menu raya ke lima selepas balik ke rumah sendiri. Resepi asal dari Ika, dan seperti biasa telah di ubah suai sedikit.

Hari ini, anak bujang no2, genap 17 thn, dan sedang menduduki percubaan SPM di hari lahirnya. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Doa ibu sentiasa mengiringi, insya'allah.

Ya Allah ya tuhan kami,
Jadikanlah anak-anak ku dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran dan peperiksaan percubaan SPM ini, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh dan bertakwa.


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan gemar membuat kerosakan.


Ya Allah, Ya Fattah Ya Alim,
Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara takwil serta tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin, wahai Tuhan yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Lapangkanlah dada-dada mereka, permudahkanlah segala urusan mereka serta kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, luruskanlah kehidupan mereka serta kumpulkan mereka dalam perkara betul dan berpahala, lindungilah mereka daripada segala kesalahan dan kesilapan setelah mendapat nikmat dan kurniaanMu.


Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu, bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.


Ya Allah, Ya Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak,
Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan adab sopan, jauhkanlah mereka daripada perbuatan yang mungkar, akhlak yang keji, menurut hawa nafsu dan penyakit yang membinasakan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...