Wednesday, September 7, 2011

Roti sardin gulung


The girls have a Eid celebration at school today, and requested mum for something homebaked...I prepared this menu last night , without the egg dipping and the bread crumbs. I fried them in the morning. We can replace the sardine with sausages or any other filling.
 Roti yang dah siap di lenyek dan di isi inti sardin dan di simpan dalam fridge.



  










Roti sardin gulung


1 tin kecil tin sardin
10 keping roti sandwich
3 biji telor
1 biji carrot ~ di parut halus
1 biji cili merah ~ cincang halus
1 biji bawang merah yang agak besar ~ cincang halus
1 biji limau nipis
sedikit serbuk black pepper
bancuhan air kanji ~ sedikit air dengan tepung 
sedikit garam
sedikit serbuk roti


Cara:
1. UNTUK INTI: Asing ikan sardin dari kuahnya, dibuang tulang, dan dihancurkan. Gaul bersama bawang, carrot, cili merah, pepper dan garam. Perahkan air limau nipis.


2. Roti di kukus atau di basahkan sedikit dengan air sebelum di gelek nipis. 
3. Masukkan sedikit inti dan gulung roti. Sapu sedikit air kanji(tepung +air sedikit) untuk gamkan bahagian hujung gulungan roti tadi agar tidak terburai semasa di goreng.
4. Buat sehingga habis roti dan inti.
5. Celupkan gulungan roti ke dalam telor yang telah di pukul, dan golekkan ke atas serbuk roti.
6. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
7. Tapis minyak, sedia untuk di hidang. Boleh di cicah dengan sos atau di makan begitu sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...